• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Dinobat Antara Atlet Para Terbaik Dunia, Ketahui Biodata ‘Badang’ Sarawak Bonnie Bunyau

Oleh
Husna Hazmi
27 Ogos 2023
Kongsi
3 Min Bacaan

Atlet Paralimpik cemerlang, Bonnie Bunyau.

Dinobat Antara Atlet Para Terbaik Dunia, Ketahui Biodata ‘Badang’ Sarawak Bonnie Bunyau. Anak kelahiran Serian, Sarawak, Bonnie Bunyau Gustin sekali lagi mencipta rekod baharu apabila beliau memecah rekod dunia dalam kategori lelaki lebih dari 72kg di Kejohanan Para Powerlifting Dunia 2023 yang berlangsung di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) baru-baru ini.

Pencapaian Bonnie bukan sahaja mengharumkan nama negara malah beliau juga telah mendapat gelaran sebagai atlet para terbaik di dunia! Untuk artikel kali ini, kami akan berkongsi biodata Bonnie untuk anda:

Dinobat Antara Atlet Para Terbaik Dunia, Ketahui Biodata 'Badang' Sarawak Bonnie Bunyau
Dinobat Antara Atlet Para Terbaik Dunia, Ketahui Biodata ‘Badang’ Sarawak Bonnie Bunyau
  • Nama penuh: Bonnie Bunyau Gustin
  • Nama gelaran: Bonnie
  • Ketinggian: 132 cm
  • Tarikh Lahir: 3 Jun 1999
  • Tempat Lahir: Serian, Sarawak
  • Kaum: Bidayuh
  • Pendidikan: Berhenti sekolah pada usia 15 tahun
  • Nama Bapa: Gustin Jenang (Bidayuh)
  • Nama Ibu: Evylen Gelagar (Iban)
  • Kejayaan besar:
  1. Memenangi pingat emas pertama Malaysia pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020 (kategori 72 kilogram)
  2. Memegang rekod dunia dengan angkatan 230 kg, yang dimenangi pada Piala Dunia Angkat Berat Dubai Faza ke-11 pada 2021
  3. Juara pada Kejohanan Angkat Berat Dunia 2021 di Tbilisi
  4. Raih pingat emas Sukan Komanwal Birmingham 2022 (Angkat berat para) sekaligus memecah rekod baharu Sukan Komanwel di Birmingham sebanyak dua kali.
  5. Sekali lagi pecah rekod dunia dalam kategori lelaki lebih dari 72kg di Kejohanan Para Powerlifting Dunia 2023 yang berlangsung di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Dinobat Antara Atlet Para Terbaik Dunia, Ketahui Biodata 'Badang' Sarawak Bonnie Bunyau
Kredit foto: FB Gustin Jenang

Mula berjinak dalam sukan Paralifting pada usia 15 tahun

Mula berjinak dalam sukan Paralifting pada usia 15 tahun, Bonnie mengikut jejak bapa beliau, Gustin Jenang yang juga merupakan atlet para dan pernah bertanding dalam Para Powerlifting di Kejuaraan Dunia 2010 di Kuala Lumpur. Abang beliau, Bryan Junancey Gustin turut bertanding di peringkat antarabangsa dalam sukan yang sama.

Bonnie Bunyau juga dinobatkan sebagai Olahragawan Paralimpik Kebangsaan pada tahun ini dan beliau juga pernah dipilih sebagai pembawa Jalur Gemilang di Temasya Paralimpik Tokyo 2020.

Kejayaan Bonnie Bunyau ini telah dijadikan inspirasi untuk orang ramai tidak kira apapun halangan yang dihadapi, semangat dan usaha adalah penentu kejayaan diri sendiri.

Lagi biodata atlet Malaysia yang cemerlang di sini:

Bintang Muda Dalam Sukan Muay Thai, Ini Biodata Johan Ghazali
Kenali Josiah Ng, Jaguh Berbasikal Trek Pertama Malaysia Ke Final Sukan Olimpik
SUMBER :The Borneo Post
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sepanjang 3 Kilometer, Laluan ART Dari Kampung Rembus Ke Jambatan Kuap Bakal Siap Oktober Ini Sepanjang 3 Kilometer, Laluan ART Dari Kampung Rembus Ke Jambatan Kuap Bakal Siap Oktober Ini
Next Article Filem & Drama Lokal Ditayangkan Secara Percuma, Sempena Bulan Kemerdekaan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?