• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ketahui Borenos, Jenama Fast Food Kebanggaan Yang Hanya Ada Di Sabah

Oleh
Nazihah AN
20 Mei 2024
Kongsi
3 Min Bacaan
Ketahui Borenos, Jenama Fast Food Kebanggaan Yang Hanya Ada Di Sabah

Kalau Sarawak ada SugarBun, Sabah pun ada Borenos

Ketahui Borenos, Jenama Fast Food Kebanggaan Yang Hanya Ada Di Sabah. Jika anda pencinta ayam goreng seperti mana rakyat Sarawak cintakan Sugarbun, anda juga kena tahu kehadiran jenama Borenos yang hanya ada di Sabah!

Bukan setakat digemari orang Sabah sahaja, bahkan pelancong dari luar negara turut minat dengan keenakan ayam goreng di Borenos.

Ketahui Borenos, Jenama Fast Food Kebanggaan Yang Hanya Ada Di Sabah

Ketahui Borenos, Jenama Fast Food Kebanggaan Yang Hanya Ada Di Sabah

Meninjau ke ruangan review di laman web Borenos, ramai pelanggan berpendapat yang Borenos Fried Chicken mempunyai rasa yang lebih sedap. Orang Korea dan Ireland pun siap tinggalkan review positif.

Diasaskan pada 2015, Borenos merupakan restoran makanan segera tempatan pertama dari Sabah yang menggunakan bahan mentah segar dari sumber-sumber di negeri ini, termasuk ayam kampung yang dibesarkan di ladang-ladang tempatan.

Anda mungkin perasan ayam mereka lebih kecil kerana Borenos menggunakan ayam muda atau spring chicken, yang lebih empuk dan lembut. Semua makanan di Borenos adalah disahkan Halal dan tidak menggunakan bahan Modifikasi Genetik (GMO) yang mungkin membawa risiko kesihatan.

Antara menu popular Borenos adalah Signature Spring Chickens & Potato Platter yang disarankan untuk para pelanggan mencubanya. Restoran ini juga menawarkan pelbagai set hidangan lain seperti Mashed Potatoes, Nasi, French Fries, Fish & Chips, Coleslaw, Wedges dan Soup-of-the-day. Set hidangan kanak-kanak turut disediakan.

Uniknya, nama “Borenos” adalah gabungan perkataan “Borneo” dan “S” mewakili Sabah, di mana jenama kebanggaan negeri ini berasal. Borenos kini mempunyai cawangan di Kota Kinabalu (Asia City & Alamesra) dan Papar (Plaza 22).

📍Borenos Asia City
📍Borenos Papar
📍Borenos Alamesra

📍Borenos Asia City

Lokasi: Lot G23, Kompleks Asia City, Jalan Asia City, Sabah, 88000 Kota Kinabalu

No telefon: +60 18-963 2280

Waktu beroperasi: 24-hours (Daily)

📍Borenos Papar

Lokasi: Lot 13, Block D, Plaza 22, Kg Sapat, 89600 Papar

No telefon: +60 16-210 6023

Waktu beroperasi: Isnin-Khamis: 9am – 10pm
Jumaat- Ahad, malam hari cuti umum, Cuti Umum: 9am – 11pm

📍Borenos Alamesra

Lokasi: Lot 8, Block A, Lorong Plaza Permai 1, Alamesra Shop, Jalan Sulaman, Kuala Menggatal, 88400 Kota Kinabalu, Sabah

No telefon: +60 16-634 6623

Waktu beroperasi: Isnin-Khamis: 9am – 10pm
Jumaat- Ahad, malam hari cuti umum, Cuti Umum: 9am – 11pm

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Penunggang Motosikal Maut Gara-Gara Rempuh Hilux Buat U-Turn Haram Di Bintulu Penunggang Motosikal Maut Gara-Gara Rempuh Hilux Buat U-Turn Haram Di Bintulu
Next Article Padah Rogol Wanita Hamil Di Sibu, Lelaki Bakal Berhadapan Hukuman Penjara 30 Tahun Padah Rogol Wanita Hamil Di Sibu, Lelaki Bakal Berhadapan Hukuman Penjara 30 Tahun

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?