• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Penunggang Motosikal Maut Gara-Gara Rempuh Hilux Buat U-Turn Haram Di Bintulu

Oleh
Aina Musa
20 Mei 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Penunggang Motosikal Maut Gara-Gara Rempuh Hilux Buat U-Turn Haram Di Bintulu

Mangsa disahkan maut dilokasi kejadian

Penunggang Motosikal Maut Gara-Gara Rempuh Hilux Buat U-Turn Haram Di Bintulu. Seorang juruteknik penyaman udara berusia 33 tahun maut setelah motosikalnya merempuh sebuah trak pikap yang membuat pusingan U haram di persimpangan Taman Permaisuri di Jalan Sebiew sekitar jam 8.16 malam tadi.

Ketua Polis Bintulu, Supt Nixon Joshua Ali, berkata kejadian berlaku ketika trak pikap tersebut sedang bergerak dari Pine Avenue menuju ke Ing Ling Residence.

Penunggang Motosikal Maut Gara-Gara Rempuh Hilux Buat U-Turn Haram Di Bintulu. Sumber: The Borneo Post

“Sewaktu trak pikap itu sampai di simpang Taman Permaisuri dan sedang membuat pusingan U haram, suspek tiba-tiba dilanggar oleh sebuah motosikal yang datang dari lampu isyarat JPJ,” katanya dalam satu kenyataan.

Nixon berkata, berikutan kejadian tersebut, penunggang motosikal tersebut disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas perubatan.

Beliau berkata, kes ini sedang disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan cuai sehingga menyebabkan kematian.

“Pengguna jalan raya dinasihatkan supaya tidak membuat pusingan U haram kerana ia boleh membahayakan nyawa pengguna jalan raya lain,” katanya.

Nixon juga menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat palsu mengenai kejadian tersebut.

Beliau berkata, mereka yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini harus menghubungi Balai Trafik Polis Bintulu atau pegawai penyiasat Insp Lydia Allan di 086-338575.

Baca lagi artikel menarik:

SUMBER :The Borneo Post
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Joseph Ladi Rangkul Emas, 6 Atlet Bina Badan Sarawak Bawa Cabaran Harumkan Malaysia Di Laos
Next Article Ketahui Borenos, Jenama Fast Food Kebanggaan Yang Hanya Ada Di Sabah Ketahui Borenos, Jenama Fast Food Kebanggaan Yang Hanya Ada Di Sabah

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?