• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Menarik

Borneo Cultures Museum Di Kuching Bakal Dibuka 9 Mac 2022, Tempah Lawatan Pertama Anda Sekarang!

Oleh
Husna Hazmi
23 Februari 2022
Kongsi
5 Min Bacaan

Tempahan boleh dibuat bermula 1 Mac ini!

Borneo Cultures Museum Di Kuching Bakal Dibuka 9 Mac 2022, Tempah Lawatan Pertama Anda Sekarang! Merupakan muzium terbesar di Malaysia dan kedua terbesar di Asia Tenggara, Borneo Cultures Museum kini telah menetapkan tarikh pembukaannya kepada orang ramai iaitu pada 9 Mac 2022!

Isi Isi Penting
  • Tempahan boleh dibuat bermula 1 Mac ini!
  • Borneo Cultures Museum akan menjadi destinasi wajib untuk disinggah
  • Menggunakan teknologi audio visual dan juga realiti terimbuh (AR)
  • Majlis perasmian muzium ini akan diadakan pada 4 Mac
  • Muzium ini juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan buat orang awam
  • Borneo Cultures Museum beroperasi setiap hari
Borneo Cultures Museum Di Kuching Bakal Dibuka 9 Mac 2022, Tempah Lawatan Pertama Anda Sekarang!
Borneo Cultures Museum Di Kuching Bakal Dibuka 9 Mac 2022, Tempah Lawatan Pertama Anda Sekarang! Kredit gambar: FB Borneo Cultures Museum

Borneo Cultures Museum akan menjadi destinasi wajib untuk disinggah

Menurut Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Borneo Cultures Museum akan menjadi tarikan atau destinasi wajib untuk disinggah jika menjejak kaki ke Bandaraya Kuching, Sarawak.

Bagi setiap aras pada bangunan Muzium ini, empat tema telah dipilih iaitu ‘Sayangi Sungai Kita’ (Aras Dua), ‘Harmoni dengan Alam Semula Jadi (Aras Tiga), ‘Perubahan Masa (Aras Empat) dan ‘Objek Keinginan’ (Aras Lima).

Aras Dua direka bentuk bagi memenuhi tanggungjawab sosial dengan memperkasakan imaginasi kanak-kanak dan penjagaan alam sekitar.

Aras Tiga pula adalah untuk meneroka hubungan antara manusia dan alam semula jadi, manakala Aras Empat mempamerkan sejarah Sarawak dan Borneo dari zaman pra sejarah hingga tahun 1970an. Aras Lima pula menempatkan objek-objek paling dihargai bagi kumpulan etnik di Bumi Kenyalang ini.

Borneo Cultures Museum Di Kuching Bakal Dibuka 9 Mac 2022, Tempah Lawatan Pertama Anda Sekarang!
Kredit gambar: FB Borneo Cultures Museum

Menggunakan teknologi audio visual dan juga realiti terimbuh (AR)

Di samping itu, bangunan Muzium yang tersegam indah ini juga menawarkan pengalaman mendalam dan menarik kepada pengunjung kerana ia menggunakan teknologi audio visual dan juga realiti terimbuh (AR).

“Mereka yang berkeluarga pastinya teruja membawa anak-anak ke sini dan saya percaya penduduk tempatan mempunyai keinginan tinggi untuk mengunjungi muzium ini. Panduan akan disediakan untuk pengunjung supaya mereka lebih memahami sejarah Sarawak dan asal usul artifak-artifaknya,” kata beliau pada sidang media semalam.

Hadir sama pada sidang media tersebut adalah Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Hii Chang Kee dan Pengarah Jabatan Muzium Sarawak Tazudin Mohtar.

Borneo Cultures Museum Di Kuching Bakal Dibuka 9 Mac 2022, Tempah Lawatan Pertama Anda Sekarang!
Kredit gambar: FB Borneo Cultures Museum

Majlis perasmian muzium ini akan diadakan pada 4 Mac

Majlis perasmian muzium ini akan diadakan pada 4 Mac 2022 oleh Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud pada jam 8 malam.

“Selepas beberapa tahun menunggu akhirnya, kita akan menyaksikan pelancaran muzium baharu ini tidak lama lagi,” ujar beliau lagi.

Abdul Karim juga turut berkata bahawa Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan beliau akan berucap pada majlis berkenaan kemudian diikuti pertunjukan unjuran pemetaan bangunan Muzium Budaya Borneo.

Dalam masa yang sama, beliau menjelaskan bahawa pembukaan muzium baharu itu sepatutnya lebih awal namun terpaksa ditangguhkan kerana Covid-19.

Borneo Cultures Museum Di Kuching Bakal Dibuka 9 Mac 2022, Tempah Lawatan Pertama Anda Sekarang!
Kredit gambar: FB Borneo Cultures Museum

Muzium ini juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan buat orang awam

Muzium itu dan bangunan tambahannya dibina di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11), sebahagian daripada Projek Kampus Muzium Sarawak, menelan kos RM323 juta yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan negeri.

Borneo Cultures Museum yang terletak di tengah Bandaraya Kuching ini juga merupakan muzium pertama yang memperoleh pensijilan di bawah index Bangunan Hijau dan bangunan lima tingkat ini meliputi pameran kekal, galeri kanak-kanak, bilik majlis, bilik VIP, auditorium, restoran, kantin, kedai cenderamata termasuk galeri seni dan kraf.

Seluas 6,628 meter persegi dikhaskan untuk ruang pameran dalam bangunan baharu dan jumlah keluasan lantai muzium serta bangunan tambahan pula adalah sekitar 31,000 meter persegi.

Borneo Cultures Museum Di Kuching Bakal Dibuka 9 Mac 2022, Tempah Lawatan Pertama Anda Sekarang!
Kredit gambar: FB Borneo Cultures Museum

Borneo Cultures Museum beroperasi setiap hari

Dari hari Isnin hingga Jumaat, Borneo Cultures Museum bakal beroperasi pada jam 9 pagi hingga 4.45 petang manakala pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum pula, ia akan mula beroperasi pada jam 9.30 pagi hingga 4.30 petang. (Kemasukan terakhir adalah pada jam 4 petang).

Bagi memasuki Muzium Budaya Borneo ini, orang ramai digalakkan agar membuat tempahan awal menerusi laman web museum.sarawak.gov.my kerana hanya 500 pengunjung sahaja yang akan dibenarkan berada di dalam bangunan tersebut pada satu masa. Tempahan waktu untuk mengunjung boleh dibuat bermula 1 Mac 2022!

Mengenai bayaran masuk ke muzium ini pula, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah akan mengadakan rundingan dengan Kabinet Negeri. Bagi tiga bulan pertama selepas perasmian Muzium Budaya Borneo, tiada bayaran masuk akan dikenakan.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Bermula 1 Mac 2022, Urusan Check-In Di Kaunter AirAsia Akan Dikenakan Cas RM 100
Next Article Nikmati Keenakan Buah-Buahan Segar Dihidang Bersama Aiskrim Di Borneo Fruit Shaved Ice Metrocity

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?