• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Bermula 1 Mac 2022, Urusan Check-In Di Kaunter AirAsia Akan Dikenakan Cas RM 100

Oleh
Ismail NA
23 Februari 2022
Kongsi
4 Min Bacaan

Cas ini merangkumi penerbangan domestik dan antarabangsa untuk 8 negara.

Bermula 1 Mac 2022, Urusan Check-In Di Kaunter AirAsia Akan Dikenakan Cas RM 100. Menerusi kemas kini terbaharu laman sesawang AirAsia pada 22 Februari 2022, syarikat penerbangan tambah murah ini akan mengenakan cas RM 100 untuk setiap urusan daftar masuk atau check-in yang dibuat di kaunter.

Isi Isi Penting
  • Cas ini merangkumi penerbangan domestik dan antarabangsa untuk 8 negara.
  • Cas tinggi untuk galakkan tetamu check-in dalam talian
  • Apakah situasi dan siapakah individu yang layak mendapat pengecualian cas ini?
  • Baca juga :
  • Dah pernah cuba pesan makanan guna AirAsia Food? Okay tak?

Peraturan baharu ini akan diguna pakai bermula 1 Mac 2022, Selasa.

Urusan check-in yang akan dikenakan bayaran ini merangkumi penerbangan domestik serta penerbangan antarabangsa dari dan ke Malaysia dalam kalangan 8 negara yang disenaraikan. Antaranya adalah Malaysia, Vietnam, Brunei, Laos, Taipei, Kaohsiung, Honolulu Hawaii dan India.

Berikut adalah tukaran mata wang asing cas berkenaan yang bersamaan dengan RM 100;

Bermula 1 Mac 2022, Urusan Check-In Di Kaunter AirAsia Akan Dikenakan Cas RM 100
Bermula 1 Mac 2022, Urusan Check-In Di Kaunter AirAsia Akan Dikenakan Cas RM 100

Cas tinggi untuk galakkan tetamu check-in dalam talian

Jelas pihak AirAsia lanjut, langkah ini adalah bagi menggalakkan penggunaan medium check-in secara digital yang disediakan oleh AirAsia secara percuma. Terdapat 3 saluran check-in digital yang tidak dikenakan cas iaitu kaedah check-in melalui laman sesawang AirAsia, aplikasi mudah alih dan kiosk di lapangan terbang.

Sehubungan itu, pengenalan cas yang tinggi ini juga adalah bagi meningkatkan langkah berjaga-jaga serta memperluaskan pengalaman perjalanan udara tanpa sentuhan. Tambahnya lagi, mereka amat menitik beratkan amalan tanpa sentuhan di kala pandemik COVID-19 bagi mengurangkan sentuhan fizikal antara tetamu dan staf.

Bermula 1 Mac 2022, Urusan Check-In Di Kaunter AirAsia Akan Dikenakan Cas RM 100

Cas ini boleh dibayar menggunakan kaedah tunai atau kad kredit di kaunter lapangan terbang. Anda boleh membayar menggunakan akaun kredit AirAsia namun perlu menempah sesi check-in kaunter dalam talian (yang ni, baik check-in je terus online).

Syarikat penerbangan tambang murah ini juga turut mengingatkan orang ramai bahawa ini bukan kali pertama mereka memperkenalkan cas check-in di kaunter. Kaedah check-in di kaunter untuk penerbangan domestik (dalam Malaysia) telah dikenakan cas sejak 14 September 2011 manakala untuk penerbangan antarabangsa, bayaran ini telah diperkenalkan pada 1 September 2020 dengan cas RM 20.

Apakah situasi dan siapakah individu yang layak mendapat pengecualian cas ini?

  • Tetamu kelainan upaya
  • Tetamu bersama bayi di bawah usia 24 bulan
  • Tetamu remaja yang terbang bersendirian (12 hingga 16 tahun)
  • Penerbangan staf (sediakan ID90/ID90X)
  • Tetamu yang terjejas akibat perubahan jadual dan pembatalan penerbangan
  • Ketiadaan kiosk lapangan terbang atau kesemua servis digital tergendala
  • Tetamu yang tidak dapat melengkapkan proses check-in kerana sistem tergendala
  • Tetamu yang membeli naiktaraf tempat duduk atau servis tambahan berbayar di kaunter check-in
  • Ahli AirAsia Platinum dan AirAsia Black
  • Tetamu Premium Flex (kecuali AirAsia India) dan tetamu Flatbed
  • Tetamu Corporate Full Flex (GCP) dan tetamu Corporate Lite (GCPL)(kecuali AirAsia India)
  • Tetamu Red Carpet
  • Tetamu Red Pass (AirAsia India sahaja)
  • Tetamu menggunakan waran perjalanan dan tempahan kerajaan
  • Marsyal udara yang sedang dalam tugas
  • Tetamu yang sudah melakukan check-in dalam talian, namun terpaksa mencetak pas masuk di kaunter
  • Warga emas berusia 70 tahun dan ke atas

Untuk maklumat lanjut serta pertanyaan lazim yang lain, anda boleh menyemak sendiri kemaskini terbaharu ini di pautan ini : AirAsia Counter Check-In Fee

TERKINI, AIRASIA U-TURN & TAK JADI CAJ RM100 UNTUK DAFTAR MASUK

Baca juga :

Dah pernah cuba pesan makanan guna AirAsia Food? Okay tak?

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article [VIDEO] Sekumpulan Nelayan Di Miri Terpesona Jumpa Paus Jerung Yang Rare Semasa Mencari Bubuk
Next Article Borneo Cultures Museum Di Kuching Bakal Dibuka 9 Mac 2022, Tempah Lawatan Pertama Anda Sekarang!

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?