• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Bot Tiba-Tiba Karam, Sekumpulan Pelajar Di Telupid Sabah Hampir Lemas Semasa Ke Sekolah

Oleh
Ismail NA
10 September 2020
Kongsi
4 Min Bacaan

Sehingga kini, para pelajar tersebut trauma untuk ke sekolah kerana perlu menaiki bot.

Bot Tiba-Tiba Karam, Sekumpulan Pelajar Di Telupid Sabah Hampir Lemas Semasa Ke Sekolah. Tatkala kebanyakan pelajar di Malaysia mempunyai kemudahan asas seperti jalan raya yang baik untuk ke sekolah, para pelajar di Telupid, Sabah pula menghadapi situasi yang sebaliknya.

Isi Isi Penting
  • Sehingga kini, para pelajar tersebut trauma untuk ke sekolah kerana perlu menaiki bot.
  • Tiba-tiba dinaiki air, pelajar tidak pandai berenang
  • Pelajar takut untuk ke sekolah selepas kejadian karam
  • Detik menakutkan apabila kaki pelajar tersangkut pada pukat
  • Hanya jalan air sahaja pilihan yang ada untuk ke sekolah
  • Baca juga :

Sekumpulan pelajar yang sedang dalam perjalanan ke sekolah menghadapi detik cemas apabila bot yang dinaiki mereka tiba-tiba karam dan ditenggelami air.

Bot yang dinaiki seramai 20 orang pelajar tersebut sedang dalam perjalanan dari Kampung Tembidong-Bidong ke Sekolah Kebangsaan Perancangan.

Bot Tiba-Tiba Karam, Sekumpulan Pelajar Di Telupid Sabah Hampir Lemas Semasa Ke Sekolah
Bot Tiba-Tiba Karam, Sekumpulan Pelajar Di Telupid Sabah Hampir Lemas Semasa Ke Sekolah.
Sumber foto : Astro Awani

Tiba-tiba dinaiki air, pelajar tidak pandai berenang

Semasa waktu kejadian iaitu sekitar jam 6.30 pagi, bot tersebut dikatakan tiba-tiba dinaiki air ketika sedang berlayar di Sungai Labuk untuk ke sekolah.

Namun, malang tidak berbau, bot yang dinaiki pelajar yang berusia dalam lingkungan 6 hingga 12 tahun itu tiba-tiba dinaiki air. Lebih mencemaskan, sebahagian besar daripada mereka tidak memiliki kemahiran berenang menjadikan situasi semakin buruk dan huru-hara.

Seorang pelajar, Siti Nurashurah Alin Zurani, berkata dia duduk di bahagian hadapan bot semasa kejadian. Dia bernasib baik kerana pandai berenang apabila bot tersebut karam dan sempat berpaut pada bot yang hampir hanyut itu selama 5 minit sebelum ada pihak lain yang datang menyelamatkan mereka.

Kesemua barangan mereka seperti beg telah hanyut, namun ada juga yang ditemui semula.

Bot Tiba-Tiba Karam, Sekumpulan Pelajar Di Telupid Sabah Hampir Lemas Semasa Ke Sekolah
Sumber foto : Astro Awani

Pelajar takut untuk ke sekolah selepas kejadian karam

Sementara itu, bapa kepada dua orang pelajar yang terlibat insiden itu berkata bahawa anaknya masih trauma dan takut untuk ke sekolah ekoran peristiwa hitam itu.

Sewaktu kejadian, bapa pelajar tersebut mendengar teriakan para pelajar tersebut dari arah sungai memandangkan rumah mereka tidak jauh dari situ.

Pihak keluarga serta saudara mara sempat menyelamatkan para pelajar yang hampir lemas di sungai akibat kejadian tersebut.

Detik menakutkan apabila kaki pelajar tersangkut pada pukat

Seorang individu yang menyelamatkan pelajar tersebut, Hamzah Sahi menceritakan momen menakutkan semasa kejadian tersebut apabila seorang pelajar tersangkut kakinya pada pukat manakala seorang lagi sudah tercungap-cungap hampir lemas.

Bot Tiba-Tiba Karam, Sekumpulan Pelajar Di Telupid Sabah Hampir Lemas Semasa Ke Sekolah
Sumber foto : Astro Awani

Hamzah hendak pulang ke kampung terserempak dengan kapal karam tersebut lalu bertindak pantas menyelamatkan para pelajar yang telah hanyut jauh terlebih dahulu. Para pelajar tersebut kemudian disuruh untuk berpaut pada botnya sementara dia menyelamatkan beberapa pelajar yang lain.

Semua pelajar terbabit berjaya diselamatkan.

Hanya jalan air sahaja pilihan yang ada untuk ke sekolah

Para pelajar terbabit yang berasal dari Kampung Tembidong-Bidong, Telupid hanya menggunakan akses jalan air iaitu perahu sebagai pengangkutan utama ke sekolah. Ini disebabkan tiada pengangkutan darat yang menghubungkan mereka ke sekolah tersebut.

Sejak kejadian, kesemua mangsa dikatakan masih takut dan trauma untuk ke sekolah.

Semoga kejadian ini membuka mata pihak berkuasa untuk memperbaiki keperluan asas seperti jambatan atau jalan raya untuk memudahkan perjalanan anak-anak ke sekolah.

Baca juga :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Rosmah Upah Cybertroopers RM100K Sebulan Untuk Awasi Komen Negatif Tentangnya Di Laman Sesawang
Next Article YB Khairy Jamaluddin Jadi Wakil Kerajaan Minta Maaf Secara Bersemuka Dengan Veveonah Di UMS

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?