• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

YB Khairy Jamaluddin Jadi Wakil Kerajaan Minta Maaf Secara Bersemuka Dengan Veveonah Di UMS

Oleh
Ismail NA
10 September 2020
Kongsi
4 Min Bacaan

Akhirnya.

YB Khairy Jamaluddin Jadi Wakil Kerajaan Minta Maaf Secara Bersemuka Dengan Veveonah Di UMS. Setelah tular isu berita palsu yang dilontarkan oleh menteri terhadap Veveonah Mosibin, gadis Sabah yang menduduki peperiksaan online di atas pokok, wakil kerajaan hari ini tampil memohon maaf secara bersemuka dengan gadis tersebut.

Isi Isi Penting
  • Akhirnya.
  • Khairy turut beri cadangan agar Veveonah bekerjasama dengan Yayasan Inovasi untuk projek pemeliharaan alam sekitar
  • Mesyuarat Kabinet putuskan kenyataan Zahidi dan Abdul Rahim adalah tidak tepat
  • Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang isu Veveonah, anda boleh baca artikel berkaitan di sini :

YB Khairy Jamaluddin melalui laman Twitter rasminya telah memuat naik ciapannya yang menyatakan bahawa beliau telah bertemu dengan gadis tersebut berserta ibu bapanya.

Dalam pertemuan tersebut, beliau mewakili pihak kerajaan telah menyatakan permohonan maaf secara bersemuka dengan Veveonah serta keluarganya atas insiden tersebut.

YB Khairy Jamaluddin Jadi Wakil Kerajaan Minta Maaf Secara Bersemuka Dengan Veveonah Di UMS
YB Khairy Jamaluddin Jadi Wakil Kerajaan Minta Maaf Secara Bersemuka Dengan Veveonah Di UMS
Sumber foto : Twitter @Khairykj

Sempat bertemu Veveonah di UMS. Saya telah mohon maaf kepada beliau dan ibu bapa beliau bagi pihak kerajaan. Saya juga telah cadangkan untuk Veve berkerjasama dengan @YayasanInovasi untuk membangunkan projek inovasi di kampung beliau dalam pemeliharaan alam sekitar. pic.twitter.com/LnK96fTadX

— Khairy Jamaluddin 🇲🇾🌺 (@Khairykj) September 10, 2020

Khairy turut beri cadangan agar Veveonah bekerjasama dengan Yayasan Inovasi untuk projek pemeliharaan alam sekitar

Bahkan, Khairy juga telah mencadangkan agar Veveonah bekerjasama dengan Yayasan Inovasi untuk membangunkan projek inovasi di kampung Veveonah dalam usaha untuk memelihara alam sekitar.

Tindakan Khairy turut menerima pujian daripada netizen yang membalas ciapan tersebut. Dalam masa yang sama, rata-ratanya mempersoalkan sikap menteri yang mengeluarkan kenyataan palsu yang tidak segera bersemuka dengan Veveonah, sekurang-kurangnya untuk meminta maaf.

Simple. Mudah dan berkesan. Tak banyak cakap, terus turun minta maaf bagi pihak kerajaan. Thanks YB @Khairykj dapat menjernihkan sedikit keadaan yg semakin keruh.

— FarquarAzman (@FarquarAzman) September 10, 2020

ni baru betul buat kerja, bukan macam sorang lagi tu, sebut orang lain lah, salah orang lain lah apa lah lol

— Saytri (@sayyidsafari) September 10, 2020

Bravo! The right thing to do.

— Dr Jemilah Mahmood (@JemilahMahmood) September 10, 2020

Setiap hari aku scroll twitter je mesti ada kisah menteri tu cakap tentang Veveonah ni, nak jumpa bincang la, nak tengok apa masalah sebenarnya kat sana la.

Sekali hari ni aku scroll tengok KJ dah jumpa terus + dengan pelan untuk membangunkan lagi tempat tu.

Kan lebih mudah 👍🏻

— MOHAMAD SHAZLAN (@shazlan_90) September 10, 2020

Bagus YB @Khairykj, tapi bukan salah YB, harap lagi berdua tu akan ada inisiatif memohon ampun secara live berdepan dengan veveonah.. supaya boleh sejukkan hati rakyat

— Danial ✊🏽🇲🇾 (@ahkamdan) September 10, 2020

Ini yg terbaek YB. Bukannya mcm 2 timbalan menteri tu.

— M_kiey (@zoukmh) September 10, 2020

Mesyuarat Kabinet putuskan kenyataan Zahidi dan Abdul Rahim adalah tidak tepat

Terdahulu, Khairy telah menjelaskan bahawa perkara tersebut telah dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet dan memutuskan bahawa kenyataan kedua-dua menteri yang terlibat iaitu Datuk Zahidi Zainul Abidin dan Datuk Abdul Rahim Bakri adalah palsu dan tidak wajar dikeluarkan.

Bekas Menteri Pelancongan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun turut mengesahkan bahawa Veveonah merupakan pelajar Asasi UMS yang cemerlang dan menduduki peperiksaan online pada 9 hingga 12 Jun yang lalu. Pengesahan tersebut dimuat naik oleh beliau melalui sebuah ciapan di laman Twitter setelah mendapat pengesahan daripada Pengarah Pusat Asasi Sains UMS.

Isu antara Menteri dan Veveonah ini mula tercetus akibat kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin yang menyatakan bahawa Veveonah tidak pernah menduduki peperiksaan.

Sebaliknya, Veveonah dikatakan hanya memuat naik video tersebut untuk tujuan meraih populariti.

Kronologi isu Veveonah telah kami ringkaskan dalam infografik ini.

YB Khairy Jamaluddin Jadi Wakil Kerajaan Minta Maaf Secara Bersemuka Dengan Veveonah Di UMS

Semoga Veveonah kekal tabah dan meneruskan minatnya untuk menyebarkan minat serta perkara bermanfaat di laman Youtube nya sebagai inspirasi kepada anak muda yang lain.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang isu Veveonah, anda boleh baca artikel berkaitan di sini :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Bot Tiba-Tiba Karam, Sekumpulan Pelajar Di Telupid Sabah Hampir Lemas Semasa Ke Sekolah
Next Article Gaduh Gara-Gara Mabuk Langkau, 5 Individu Termasuk Remaja Bawah Umur Ditangkap

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?