• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Brunei Darussalam Lancar Strategi Vaksinasi, Dimuatkan Dalam Dokumen Yang Menarik Perhatian

Oleh
Ismail NA
5 Mac 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Tahniah Brunei!

Brunei Darussalam Lancar Strategi Vaksinasi, Dimuatkan Dalam Dokumen Yang Menarik Perhatian. Salah sebuah negara di Kepulauan Borneo iaitu Brunei Darussalam telah pun melancarkan Strategi Vaksinasi untuk rakyat di negara tersebut semalam. Melalui laman sesawang Kementerian Kesihatan Brunei, strategi tersebut disiarkan bersama-sama nasihat kesihatan dan kompilasi soalan lazim berkenaan vaksin COVID-19.

Isi Isi Penting
  • Tahniah Brunei!
  • Fasa pertama melibatkan petugas kesihatan, warga emas dan pelajar yang bakal melanjutkan pengajian ke luar negara
  • Vaksin di Brunei percuma untuk rakyat dan pemastautin
  • Selasa lalu, Brunei juga telah menerima sumbangan derma berbentuk vaksin Sinopharm daripada kerajaan China. Baca selanjutnya di sini :

Namun demikian, apa yang menarik perhatian ialah bagaimana manual strategi tersebut dihasilkan. Walaupun hanya mempunyai 10 mukasurat dokumen dalam talian, namun informasi yang diberikan cukup padat dan informatif.

Bukan itu sahaja, manual dokumen ini juga cukup ringkas dan menarik untuk dibaca sehingga habis. Pendek kata, sesuai untuk bacaan rakyat marhaen.

Brunei Darussalam Lancar Strategi Vaksinasi, Dimuatkan Dalam Dokumen Yang Menarik Perhatian
Brunei Darussalam Lancar Strategi Vaksinasi, Dimuatkan Dalam Dokumen Yang Menarik Perhatian
Sumber : Strategi Vaksinasi Negara Brunei Darussalam

Fasa pertama melibatkan petugas kesihatan, warga emas dan pelajar yang bakal melanjutkan pengajian ke luar negara

Dalam dokumen ini, anda akan diberitahu mengenai strategi pembahagian vaksin dan kumpulan sasaran. Untuk program vaksinasi Brunei, kumpulan sasaran dibahagikan kepada 3 fasa yang merangkumi;

Fasa 1 : Petugas barisan hadapan, warga emas berusia 60 tahun ke atas, dan pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Fasa 2 : Kakitangan pusat penjagaan kanak-kanak, orang dewasa berisiko tinggi dan guru

Fasa 3 : Orang awam yang berusia 18 tahun ke atas.

Selain itu, terdapat juga maklumat lain seperti pusat vaksinasi, langkah tempahan vaksin menerusi aplikasi BruHealth, serta penjelasan ringkas mengenai vaksin yang lengkap dengan illustrasi yang menarik. Indah dipandang, mudah dibaca.

Brunei Darussalam Lancar Strategi Vaksinasi, Dimuatkan Dalam Dokumen Yang Menarik Perhatian
Sumber : Strategi Vaksinasi Negara Brunei Darussalam

Vaksin di Brunei percuma untuk rakyat dan pemastautin

Untuk makluman semua juga, pemberian vaksin di Brunei adalah percuma untuk semua rakyat Brunei dan penduduk yang bermastautin di negara terbabit. Walau bagaimanapun, senarai vaksin yang bakal digunakan oleh Brunei belum diberitahu secara terperinci kepada umum.

Anda juga boleh membaca soalan lazim berkaitan vaksin COVID-19 Brunei di sini : FAQ Vaksin Brunei atau layari laman sesawang mereka di pautan Kementerian Kesihatan Brunei.

Selasa lalu, Brunei juga telah menerima sumbangan derma berbentuk vaksin Sinopharm daripada kerajaan China. Baca selanjutnya di sini :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pergerakan Keluar Masuk Labuan, Sabah Dan Sarawak Perlu Jalani Ujian Calitan 3 Hari Sebelum
Next Article Buat Kenduri Masa PKP, Bapa Pengantin Didakwa Di Mahkamah Kerana Tetamu Positif COVID-19

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?