• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Buat Kenduri Masa PKP, Bapa Pengantin Didakwa Di Mahkamah Kerana Tetamu Positif COVID-19

Oleh
Ismail NA
5 Mac 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Kejadian berlaku di Mentakab, Pahang.

Buat Kenduri Masa PKP, Bapa Pengantin Didakwa Di Mahkamah Kerana Tetamu Positif COVID-19. Musim PKP bukanlah musim yang sesuai untuk melakukan aktiviti keramaian. Apatah lagi kenduri yang melebihi 50% kapasiti ruang seperti yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Isi Isi Penting
  • Kejadian berlaku di Mentakab, Pahang.
  • 7 individu yang menghadiri majlis disahkan positif
  • Bapa pengantin hanya seorang pesara dengan pencen RM 1,500 sebulan
  • Baca juga :

Namun demikian, gara-gara ingkar arahan ini, seorang lelaki telah dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan melakukan kenduri untuk majlis perkahwinan anak perempuannya di Mentakab, Pahang. Lebih malang, tetamu jemputan majlis tersebut telah disahkan positif COVID-19.

Abu Bakar Osman, seorang pesara yang berusia 59 tahun tersebut bagaimanapun mengaku bersalah atas kesalahan menganjurkan majlis sosial walaupun menyedari bahawa majlis tersebut boleh mendatangkan kesan jangkitan penyakit berbahaya kepada orang ramai terutamanya kepada jemputan dan ahli keluarga.

Buat Kenduri Masa PKP, Bapa Pengantin Didakwa Di Mahkamah Kerana Tetamu Positif COVID-19. Abu Bakar Osman, tertuduh majlis kenduri.
Sumber : BERNAMA

7 individu yang menghadiri majlis disahkan positif

Tertuduh juga didakwa melakukan kenduri tersebut tanpa kebenaran pihak berkuasa dan menjemput jiran serta ahli keluarga. Malangnya, beberapa hari kemudian, salah seorang tetamu telah disahkan positif COVID-19. Susulan itu, terdapat 6 lagi individu yang menghadiri majlis itu didapati positif.

Lelaki ini dituduh melakukan aktiviti tersebut di sebuah rumah di taman perumahan di Mentakab, Pahang antara jam 1 tengah hari hingga 2 petang pada 13 Februari 2021 di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan, lelaki tersebut boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 6 bulan atau denda, atau kedua-duanya sekali.

Walau bagaimanapun, Majistret Ti Pei Si membenarkan tertuduh diikat jamin RM 1,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu untuk tarikh hukuman dijatuhkan pada 23 Mac 2021.

Bapa pengantin hanya seorang pesara dengan pencen RM 1,500 sebulan

Timbalan pendakwa raya, Rifah Izzati Abdul Mutalif, terdahulu telah menawarkan jaminan RM 5,000 dengan seorang penjamin. Walau bagaimanapun, peguam yang mewakili tertuduh, Tan Yu Tang daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan memohon agar jumlah tersebut dikurangkan.

Menurut Tan, lelaki tersebut hanya berstatus seorang pesara dengan pencen bulanan berjumlah RM 1,500. Wang pencen tersebut juga merupakan sumber pendapatan keluarga tersebut untuk menyara isteri serta anaknya yang masih menuntut di institusi pengajian tinggi.

Memandangkan negeri Pahang diletakkan di bawah PKP mulai 22 Januari hingga 18 Februari yang lalu, majlis akad nikah yang dibenarkan hanyalah di pejabat majlis agama dengan pematuhan SOP dan tidak dibenarkan sama sekali mengadakan kenduri.

Beringat-ingat sebelum kena.

Baca juga :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Brunei Darussalam Lancar Strategi Vaksinasi, Dimuatkan Dalam Dokumen Yang Menarik Perhatian
Next Article TERKINI: Sesi Persekolahan Bagi Sekolah Rendah Dibenarkan Beroperasi Mulai 8 Mac 2021

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?