• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Brunei Hulur Bantuan Kepada Malaysia Berupa Ventilator Dan Kit Ujian Saringan COVID-19

Oleh
Ismail NA
2 Julai 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Terima kasih Brunei.

Brunei Hulur Bantuan Kepada Malaysia Berupa Ventilator Dan Kit Ujian Saringan COVID-19. Malaysia dan Brunei telah menjalinkan hubungan diplomatik yang erat selama 37 tahun. Sepanjang tempoh ini, banyak suka duka yang ditempuhi bersama-sama.

Malaysia semalam berbesar hati menerima bantuan daripada negara Brunei Darussalam berupa 10 alat bantuan pernafasan (ventilator) dan 200 kit ujian saringan PCR COVID-19. Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein berkata bantuan ini menunjukkan semangat solidariti dan setiakawan antara 2 negara.

Bantuan daripada negara Brunei tersebut adalah berjumlah RM 1.7 juta dan diserahkan kepada kerajaan Malaysia di pos pengawal Labu Temburong, Brunei, yang bersempadan dengan Miri.

Brunei Hulur Bantuan Kepada Malaysia Berupa Ventilator Dan Kit Ujian Saringan COVID-19
Bantuan dari Brunei kepada Malaysia yang tiba semalam. Sumber : The Borneo Post

Malah, bantuan daripada negara di utara Pulau Borneo ini tiba sehari selepas Datuk Seri Setia Erywan Pehin Datu Pekerma Jaya Mohd. Yusof, Menteri Luar Negeri II Negara Brunei Darussalam menyatakan kesediaan Sultan Brunei untuk menyumbangkan peralatan perubatan kepada Malaysia.

Hishammudin turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Brunei atas sumbangan tersebut dan memberitahu bahawa sumbangan tersebut akan diagihkan ke hospital di Sarawak, Labuan dan Sabah.

“Datuk Erywan dan saya juga memperbaharui komitmen kedua-dua negara untuk terus bekerjasama dan saling membantu terutamanya dalam situasi semasa pandemik Covid-19 ini.

“Sejak Mac 2020, Brunei merupakan antara negara pertama yang bekerjasama dengan Malaysia untuk mendepani cabaran serta impak berikutan penularan pandemik,” katanya.

Menurut beliau, antara kerjasama itu termasuklah beberapa misi repatriasi rakyat kedua-dua negara dari Arab Saudi, India, Kemboja, Mesir, dan Sri Lanka serta memudah cara urusan pulang rakyat kedua-dua negara ke Malaysia dan Brunei.

Ventilator dan kit ujian terus diagihkan ke Sabah dan Labuan

Sementara itu, timbalan pengarah kesihatan Sarawak, Dr Azlie Ayub menerima sumbangan daripada Awang Zakaria Awang, setiausaha tetap Kementerian Kesihatan Brunei.

Dr Azlie beserta pengarah Hospital Lawas, Dr Ahmad Syahir Sarji kemudian menghantar 4 buah alat bantuan pernafasan dan kit ujian saringan COVID-19 kepada wakil pihak kesihatan dari Sabah dan Labuan di sempadan Merapok-Sindumin.

Semoga hubungan baik antara 2 negara ini terus kekal demi kesejahteraan rantau bersama. Sekali lagi, terima kasih Brunei.

Baca juga :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Mereka Yang Terima Vaksin AZ Kini Boleh Semak MySejahtera Untuk Janji Temu Dos Kedua Mereka Yang Terima Vaksin AZ Kini Boleh Semak MySejahtera Untuk Janji Temu Dos Kedua
Next Article Perkhidmatan Kumpul Sampah Di Kuching Akan Kembali Seperti Biasa 5 Julai Ini Perkhidmatan Kumpul Sampah Di Kuching Akan Kembali Seperti Biasa 5 Julai Ini

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?