• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Brunei Kembali Catat Satu Kes Positif Hari Ini

Oleh
Ismail NA
19 Ogos 2020
Kongsi
2 Min Bacaan

Kes tersebut kembali dikesan setelah tiada kes baharu selama lebih satu bulan

Brunei Kembali Catat Satu Kes Positif Hari Ini. Kementerian Kesihatan Brunei hari ini memaklumkan bahawa negara tersebut kini kembali mencatatkan 1 kes positif.

Isi Isi Penting
  • Kes tersebut kembali dikesan setelah tiada kes baharu selama lebih satu bulan
  • Kes baru tersebut tidak menunjukkan sebarang simptom
  • 3 warga Indonesia yang positif setelah pulang dari Brunei telah pulih
  • Artikel berkaitan :

Kes yang dikesan melibatkan seorang wanita yang berusia 31 tahun. Wanita tersebut dikatakan pulang dari negara Timur Tengah dan transit di Kuala Lumpur sebelum mengambil penerbangan pulang ke Brunei.

Kes 143 itu tiba di Brunei melalui sebuah penerbangan pada 12 Ogos. Wanita tersebut dikesan positif melalui ujian saringan swab yang dilakukan untuk individu yang baru pulang dari luar negara.

Brunei Kembali Catat Satu Kes Positif Hari Ini
Brunei Kembali Catat Satu Kes Positif Hari Ini

Kes baru tersebut tidak menunjukkan sebarang simptom

Wanita tersebut walau bagaimanapun tidak menunjukkan sebarang simptom dan kini sedang dirawat di Pusat Pengasingan Nasional Brunei.

Sehingga kini, seramai 42 kontak rapat telah dikesan dan 34 daripadanya telah menjalani ujian saringan dan disahkan negatif. Selebihnya masih menunggu keputusan makmal.

Kesemua mereka juga dikehendaki menjalani perintah kuarantin sebagaimana dalam Akta Penyakit Berjangkit (Seksyen 104).

3 warga Indonesia yang positif setelah pulang dari Brunei telah pulih

Negara tersebut telah mencatatkan 139 kes positif dengan 3 kematian dan 1 kes aktif terkini sejak kes pertama dikesan pada 9 Mac 2020.

Dalam masa yang sama, 3 warga Indonesia dikesan positif di Surabaya, Indonesia setelah mereka pulang dari Bandar Seri Begawan, Brunei telah pulih dan dibenarkan pulang ke rumah.

Semoga semuanya baik-baik sahaja buat jiran kita dari Brunei Darussalam. Amin.

Artikel berkaitan :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tiga Anggota Tentera Langgar Perintah Kuarantin Ditahan Di Sibu
Next Article Tetap Bersemangat Walaupun Hidap Kanser Tahap 4, Pelajar Dari Kuching Ini Dianugerah Ijazah Khas

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?