I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Brunei Mengenakan Caj Perkhidmatan Dan Pas Khas Untuk Merentasi Sempadan Darat Sarawak-Brunei
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Brunei Mengenakan Caj Perkhidmatan Dan Pas Khas Untuk Merentasi Sempadan Darat Sarawak-Brunei

Kedung BK 7 Oktober 2020
Kongsi
2 Min Bacaan
Brunei Mengenakan Caj Perkhidmatan Dan Pas Khas Untuk Merentasi Sempadan Darat Sarawak-Brunei
Kongsi

Berkuatkuasa Mulai 1 Oktober

Brunei Mengenakan Caj Perkhidmatan Dan Pas Khas Untuk Merentasi Sempadan Darat Sarawak-Brunei. Baru-baru ini, ia dilaporkan bahawa kerajaan Brunei Darussalam telah mengenakan caj perkhidmatan untuk warga Brunei, Malaysia dan warga asing lain yang merentasi sempadan darat Sarawak Brunei. Sebuah pas khas iaitu Frequent Commuter Pass (FCP) juga akan diperlukan sekiranya ingin berbuat demikian.

Brunei Mengenakan Caj Perkhidmatan Dan Pas Khas Untuk Merentasi Sempadan Darat Sarawak-Brunei
Brunei Mengenakan Caj Perkhidmatan Dan Pas Khas Untuk Merentasi Sempadan Darat Sarawak-Brunei

Caj perkhidmatan adalah B$3

Menurut sebuah pernyataan dikeluarkan oleh Konsulat Brunei menerusi kerajaan negeri, dijelaskan bahawa caj perkhidmatan sebanyak B$3 (sekitar RM9.30) dikenakan pada setiap individu setiap kali mereka merentasi pos sempadan darat Sarawak (Malaysia) dan Brunei.

Bagi warga Brunei, Malaysia, dan warga negara asing yang kerap melakukan perjalanan sekurang-kurangnya 15 kali sebulan untuk tujuan pekerjaan atau pendidikan, mereka layak untuk memohon FCP.

Pas ini boleh dimohon secara dalam talian menerusi portal Jabatan Perdana Menteri Negara Brunei Darussalam (www.pmo.gov.bn/travelportal)

Pas boleh dimohon mengikut kesesuaian masa

FCP tersebut boleh dimohon untuk tempoh sebulan, 3 bulan atau 6 bulan dengan kadar bayaran berbeza.

Untuk pas sebulan, kategori pekerja adalah B$50 untuk satu individu (sekitar RM152.30) manakala kategori pelajar adalah B$30 untuk satu individu (kira-kira RM91.40). Bagi pas 3 bulan, ia adalah B$150 untuk satu indvidu (kira-kira RM456.90) manakala pas 6 bulan adalah B$300 untuk satu individu (sekitar RM913.80) bagi kategori pekerja manakala kategori pelajar adalah B$180 (RM548.30)

Pengecualian daripada caj perkhidmatan akan diberikan kepada kenderaan yang dimiliki oleh kerajaan Malaysia atau kerajaan negeri Sarawak untuk kegunaan rasmi, kereta bomba, ambulans atau polis, kenderaan yang membawa jenazah dan kanak-kanak berumur dua tahun ke bawah.

Pengecualian untuk kes khas boleh dilaksanakan melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Negara Brunei Darussalam.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article TERKINI: Sempadan Sabah Ditutup, Perjalanan Penting Hanya Dibenarkan TERKINI: Sempadan Sabah Ditutup, Perjalanan Penting Hanya Dibenarkan
Next Article Singapura Menawar Pembayaran Kepada Ibu Bapa Untuk Bayi Dilahirkan Semasa Pandemik Singapura Menawar Pembayaran Kepada Ibu Bapa Untuk Bayi Dilahirkan Semasa Pandemik

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Ini 5 Laman Percuma ‘Digital Marketing’ Yang Ramai Tak Tahu
Persembahan Kaum Asli Sarawak Bakal Serikan Upacara Pembukaan Festival Seni Tertua Singapura!
Geran Usahawan GO DIGITAL Sarawak Kembali Lagi Untuk Batch 2, Mohon Sekarang!
5 Pemenang Sarawak Shell Livewire 2021 Telah Diumumkan, Apa Pelan Seterusnya Untuk Usahawan Sarawak Ini?
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?