• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Buang Janin Tanpa Sedar Dalam Tandas Di Kilang, Wanita Samarahan Ini Dikenakan Denda

Oleh
Nazihah AN
5 Oktober 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Buang Janin Tanpa Sedar Dalam Tandas Di Kilang, Wanita Samarahan Ini Dikenakan Denda

Wanita ini membuang janinnya tanpa sedar

Buang Janin Tanpa Sedar Dalam Tandas Di Kilang, Wanita Samarahan Ini Dikenakan Denda. Di sebuah kilang di Sama Jaya, tragedi menyedihkan berlaku apabila seorang wanita, tanpa pengetahuan awal tentang kehamilannya.

Seorang pekerja kilang telah dijatuhkan hukuman denda RM3,000 atau penjara sembilan bulan jika gagal membayar denda itu, oleh Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan menyembunyikan kelahiran janinnya dengan membuangnya ke dalam tandas.

Buang Janin Tanpa Sedar Dalam Tandas Di Kilang, Wanita Samarahan Ini Dikenakan Denda
Gambar sekadar hiasan

Janin ditemui dalam tangki kumbahan

Majistret Mason Jaro Lenya Barayan menjatuhkan hukuman itu kepada wanita berusia 31 tahun dari Kota Samarahan selepas dia mengaku bersalah kepada tuduhan yang dibuat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.

Seksyen tersebut membawa hukuman maksimum penjara selama dua tahun, atau denda, atau kedua-duanya apabila disabitkan kesalahan. Wanita tersebut melakukan kesalahan itu di tandas sebuah kilang di Sama Jaya pada kira-kira 12.05 pagi, pada 12 Jun 2023.

Berdasarkan fakta kes, pada 16 Jun 2023, seorang pekerja kilang lelaki telah memanggil polis setelah menemui janin yang sudah mati dalam tangki kumbahan kilang tersebut.

Buang Janin Tanpa Sedar Dalam Tandas Di Kilang, Wanita Samarahan Ini Dikenakan Denda
Buang Janin Tanpa Sedar Dalam Tandas Di Kilang, Wanita Samarahan Ini Dikenakan Denda

Menurut The Borneo Post, polis telah menangkap wanita tersebut pada 20 Jun 2023. Keputusan ujian dan analisis DNA oleh Jabatan Kimia Malaysia mengesahkan bahawa wanita tersebut adalah ibu kepada janin tersebut.

Difahamkan bahawa wanita tersebut tidak sedar bahawa dia hamil dan dia kerap mengalami kesakitan semasa haid dan mempunyai kitaran haid yang tidak tetap.

Buang Janin Tanpa Sedar Dalam Tandas Di Kilang, Wanita Samarahan Ini Dikenakan Denda

Pada 12 Jun 2023, dia mendakwa bahawa dia mengalami sakit perut dan tergesa-gesa ke tandas.

Semasa dia membuang air kecil, dia melihat banyak bekuan darah dan merasa ‘objek’ itu keluar dari bahagian sulitnya. Wanita itu, yang hampir pengsan setelah melihat begitu banyak darah, juga mendakwa bahawa dia tidak tahu apa ‘objek’ itu dan segera mengepam tandas.

Dia mencari bantuan perubatan keesokan harinya dan diberi ubat penghilang kesakitan serta ubat untuk mengurangkan aliran darah.

Lagi artikel menarik, boleh baca pautan bawah:

Kongsi Foto Pinggan Berkerak, Netizen ‘Kembang Tekak’ Dengan Peniaga Kedai Makan Ini
Aksi ‘Superman’ Berlumba Di Atas Jalan Pan Borneo Sri Aman – Serian Ini Undang Geram Netizen
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article ‘Kejadian Ini Tanpa Kerelaan Saya’, Lelaki Dicekup Liwat OKU Berulang Kali
Next Article Jadi Rider Hantar Makanan, Pasangan Warga Emas Ini Buat Netizen Sebak

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?