I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Part Of Borneo Digital
Reading: ‘Buat Diskaun Dan Tukar Tempat Duduk Sukahati’, Individu Kecewa Dengan Pengurusan Borneo Sonic
Aa
I Love Borneo I Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

‘Buat Diskaun Dan Tukar Tempat Duduk Sukahati’, Individu Kecewa Dengan Pengurusan Borneo Sonic

Oleh iloveborneo 18 September 2023
Kongsi
3 Min Bacaan

Individu kecewa dengan pengurusan penganjur Borneo Sonic MF kerana tukar tempat duduk tanpa pengetahuan pembeli

Buat Diskaun Dan Tukar Tempat Duduk Sukahati, Individu Kecewa Dengan Pengurusan Borneo Sonic. Satu hantaran tular apabila seorang individu memuat naik mengenai kecewa dengan pengurusan Borneo Sonic Music Festival yang akan berlangsung pada 6 hingga 7 Oktober 2023 bertempat di Stadium Sarawak, Kuching.

Menerusi perkongsiannya di laman Facebook itu, dia menyatakan bahawa dia berasa kesal dan kecewa dengan pertukaran tempat duduk, malah harga diskaun tidak masuk akal yang baru sahaja dijual baru-baru ini.

Buat Diskaun Dan Tukar Tempat Duduk Sukahati, Individu Kecewa Dengan Pengurusan Borneo Sonic
Sumber: facebook

“Wahai Borneo Music MF, please refund duit aku balik, dah lah sukahati je buat diskaun dan tukar tempat duduk,” tulis individu itu dengan bengang.

Seat CAT4 (harga lebih mahal) ditukar dengan seat CAT5 (harga lebih murah)

“Walaupun aku beli tempat duduk untuk CAT4, tapi sukahati je tukar ke sama level dengan CAT5, kalau macam tu lebih baik aku beli CAT5 je haritu.

Dalam pada itu, individu berkenaan turut mendakwa pada hari pembelian, tempat duduk tidak boleh dipilih sendiri, bahkan bahagian tidak dibahagikan dalam barisan yang sama.

“Buat diskaun dengan harga CAT1 lebih murah berbanding CAT4, baik aku tak beli masa tiket mula jual hari tu.

Buat Diskaun Dan Tukar Tempat Duduk Sukahati, Individu Kecewa Dengan Pengurusan Borneo Sonic
Sumber: facebook

“Kalau aku tahu baik aku tak support korang punya event, dengan utamakan media dan influencer lagi,” ujarnya lagi dengan rasa kecewa.

Simpati bagi sesiapa yang sudah membeli tiket harga VIP

Sementara itu, dia berkata, dia berasa simpati dengan orang yang sudah membeli tiket paling mahal, iaitu di tempat duduk VIP. Bukan itu sahaja, dia turut memaklumkan bahawa dia tidak akan sokong lagi dengan event seperti ini.

Sementara itu, dia turut melahirkan rasa simpati kepada mereka yang sudah membeli tiket paling mahal, iaitu di tempat duduk VIP. Bukan itu sahaja, dia memaklumkan bahawa dia tidak akan menyokong event seperti itu lagi.

Buat Diskaun Dan Tukar Tempat Duduk Sukahati, Individu Kecewa Dengan Pengurusan Borneo Sonic
Sumber: facebook

Netizen setuju dengan kenyataan individu tersebut

Bagaimanapun, menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata pengguna media sosial setuju dengan kenyataan dari individu tersebut, malah ramai juga menyalahkan penganjur tersebut.

Untuk makluman, menerusi Facebook rasmi Borneo Sonic MF, pihak Borneo Sonic memaklumkan akan menangani isu ini secepat yang mungkin.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Anggap Tak Berbaloi, Netizen Sarawak Kecoh Isu Harga Tiket Konsert Borneo Sonic ‘Cekik Darah’
Konsert Artis Jemputan K-pop Pertama Di Sarawak, Borneo Sonic Kini Tawarkan Tiket ‘1-Day Pass’
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Suspek Langgar Anggota JPJ Ada 8 Rekod Dadah, Jenayah Suspek Langgar Anggota JPJ Ada 8 Rekod Dadah, Jenayah
Next Article 'Tuah' Guna Nombor Plat Kereta, Suri Rumah Di Sarawak Beruntung Menang Jackpot RM17 Juta ‘Tuah’ Guna Nombor Plat Kereta, Suri Rumah Di Sarawak Beruntung Menang Jackpot RM17 Juta

Teruskan Berhubung

Facebook Like
Twitter ikuti
Instagram ikuti
Youtube Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Rumah Ronald McDonald di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah: Rumah Inap Selesa Untuk Keluarga yang Memerlukan
Cerita Borneo 4 September 2023
5 Startup Lokal Sarawak Berjaya Raih Hadiah Tunai RM2.5K Melalui Program TPAB TEGAS 2023
#innovatesarawak 20 Jun 2023
Program Flagship Buat Startup Sarawak, TEGAS Pre-Accelerator Bootcamp Kembali Jun Ini
#innovatesarawak 24 Mei 2023
11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023
11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023
#innovatesarawak 29 Mac 2023
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?