• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Buat Julung Kalinya, E-Sport Bakal Dipertandingkan Di SUKMA 2024

Oleh
Nazihah AN
20 Mac 2023
Kongsi
3 Min Bacaan
Buat Julung Kalinya, E-Sport Bakal Dipertandingkan Di SUKMA 2024

Keputusan ini dibuat setelah perbincangan dengan semua exco sukan di negara ini.

Buat Julung Kalinya, E-Sport Bakal Dipertandingkan Di SUKMA 2024. Sukan elektronik (e-Sport) akan dipertandingkan untuk kali pertama dalam Sukan Malaysia (SUKMA) yang akan diadakan di Sarawak pada tahun depan.

Menurut Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, menyatakan bahawa e-Sport akan menjadi salah satu sukan yang dipertandingkan pada SUKMA tahun depan.

Buat Julung Kalinya, E-Sport Bakal Dipertandingkan Di SUKMA 2024
Buat Julung Kalinya, E-Sport Bakal Dipertandingkan Di SUKMA 2024. Kredit gambar: FB Sarawak Esports Association

Empat kategori sukan yang dipertandingkan adalah PUBG Mobile, Mobile Legends Bang Bang, FIFA 23, dan DOTA 2.

Ini akan menjadikan e-Sport sebagai sukan pertama yang dipertandingkan dan pingat kemenangan akan disediakan untuk pemenang. Sebelum ini, e-Sport hanya dimainkan sebagai pertunjukan sahaja.

Keputusan ini diumumkan semasa Majlis Penutupan Kejohanan MyBorneo E-Force Invitational 2.0 di Hotel Riverside Majestic. Abdul Karim berkata bahawa negeri yang menang dalam sukan ini akan dikira dalam pertandingan SUKMA nanti.

Buat Julung Kalinya, E-Sport Bakal Dipertandingkan Di SUKMA 2024
Kredit gambar: FB Sarawak Esports Association

Beliau menambah bahawa minat belia kepada e-Sport meningkat dengan ketara beberapa tahun kebelakangan ini. Walaupun pada suatu ketika dahulu permainan berbentuk ‘gaming’ ini sangat merisaukan keluarga, peranan belia yang ramai dan berminat terhadap sukan ini tidak dapat diabaikan.

Namun begitu, Abdul Karim juga menegaskan bahawa golongan belia perlu menyeimbangkan peranan dalam permainan itu dan memikul tanggungjawab mereka. Selain daripada terlibat dalam e-Sport, belia perlu memperoleh kemahiran modal insan dalam kehidupan.

Buat Julung Kalinya, E-Sport Bakal Dipertandingkan Di SUKMA 2024
Kredit gambar: FB Sarawak Esports Association

Mengenai tempat acara e-Sport itu bakal diadakan, pihak berkenaan belum mengenal pasti lokasi sukan itu diadakan.

“Kita belum kenal pasti tempat penganjurannya (e-Sport) tetapi sekiranya hotel ini (Riverside) sesuai, kemungkinan sukan itu akan diadakan di hotel ini lagi” – Abdul Karim

Kejohanan ini dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) menerusi Jabatan Belia dan Sukan Negara dengan kerjasama Persatuan Sukan Elektronik Sarawak (SESA) dan Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak.

Buat Julung Kalinya, E-Sport Bakal Dipertandingkan Di SUKMA 2024
Kredit gambar: FB Sarawak Esports Association

Kejohanan itu menarik seramai 1,476 penyertaan dari Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan, Brunei Darussalam, dan Kalimantan Indonesia. Acara itu sebelum ini telah berlangsung secara dalam talian dari 9 hingga 31 Disember 2022.

Seramai 191 peserta telah layak ke pusingan akhir bagi merebut hadiah terkumpul berjumlah RM26,500 berentap di Hotel Riverside Majestic pada 16 hingga 19 Mac 2023.

Lagi artikel menarik, anda boleh baca di pautan bawah:

Pemandu Kongsi Tawarkan ‘Ride’ Untuk Pasangan Misteri Ke Hospital, Kereta Kosong Sebaik Tiba Destinasi
Kali Ini Acara Miri Marathon 2023, Lagi Sekali Warga Kenya Berjaya Bolot Gelaran Juara 42km
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Mungkin Ini Fakta Saintifik Di Sebalik Mitos Buaya Boleh Mengenal Keturunan Pembunuh Saudaranya
Next Article PDRM Sarawak Tawar Diskaun Saman Hingga 60 Peratus Sempena Hari Polis Ke-216 PDRM Sarawak Tawar Diskaun Saman Hingga 60 Peratus Sempena Hari Polis Ke-216

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?