• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Buat Onar Dalam Axia Di Kawasan Masjid, Pasangan Kekasih Sudah Mohon Maaf

Oleh
Farisha
31 Mei 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Lepas insiden Axia merah, Axia biru pula buat onar di kawasan masjid

Buat Onar Dalam Axia Di Kawasan Masjid, Pasangan Kekasih Sudah Mohon Maaf. Baru-baru ini, satu video tular di media sosial menunjukkan pasangan melakukan perbuatan maksiat di dalam kereta Axia di perkarangan masjid.

Pemilik kereta Axia tersebut dikecam teruk oleh netizen walaupun perbuatan itu dilakukan oleh individu lain yang menggunakan keretanya.

Buat Onar Dalam Axia Di Kawasan Masjid, Pasangan Kekasih Sudah Mohon Maaf
Buat Onar Dalam Axia Di Kawasan Masjid, Pasangan Kekasih Sudah Mohon Maaf

Menerusi perkongsian anak kepada pemilik kereta, Hilmi Hamdan, di laman Facebook miliknya, beliau memberitahu bahawa pelaku telah memohon maaf kepada keluarganya atas tindakan mencemarkan nama baik mereka.

Pelaku kawan baik kepada adik bongsu Hilmi

“Ini adalah kenyataan terakhir saya berkaitan kes tular. Pelaku meminta maaf kepada keluarga kami. Pasangan lelaki dan perempuan itu hubungi ahli keluarga kami melalui panggilan telefon,” ujar Hilmi Hamdan menerusi Facebook.

“Pada masa itu adik saya berada di library, berikan saja pelaku pinjam kereta, katanya nak hantar kawan pergi klinik.

“Keluarga kami di Terengganu, manakala pelaku berada di Kuala Lumpur. Pelaku lelaki serah diri kepada ahli jawatankuasa (AJK) masjid Gombak Utara di mana kesalahan itu dibuat.

“Dia menemui sendiri perakam, tukang viral dan beberapa AJK masjid. Katanya ada kesefahaman antara kedua-dua pihak sebagai syarat permohonan maaf diterima.

Hilmi tidak mahu dedahkan wajah pelaku

Hilmi tidak berniat mendedahkan wajah pelaku kerana mereka bukanlah pendendam dan pelaku itu adalah rakan baik adiknya. Beliau berharap kejadian ini menjadi pengajaran untuk masa depan.

Individu yang menularkan video itu turut memohon maaf kerana menimbulkan fitnah kepada pemilik kereta Axia.

Masjid Gombak Utara mengesahkan pelaku telah datang untuk memohon maaf dan menggesa orang ramai memadamkan video itu untuk mengelakkan salah faham berterusan.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Lepas Insiden Axia Merah, Bezza Merah Pula Buat Onar ‘Dia Sakit’ Dalam Kereta
Selepas Insiden ‘Dia Sakit’ Axia Merah, Myvi Kelabu Pulak Buat Onar
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini Fakta Menarik Mengenai Pogang, Lemang Pulut Versi Masyarakat Bidayuh Sarawak Ini Fakta Menarik Mengenai Pogang, Lemang Pulut Versi Masyarakat Bidayuh Sarawak
Next Article Pempengaruh Kini Diharamkan Tayang Kekayaan Di Media Sosial China Pempengaruh Kini Diharamkan Tayang Kekayaan Di Media Sosial China

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?