I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Buat Pertama Kalinya, Annah Rais Cultural Festival Bakal Berlangsung Pada 28 Mei 2022!
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Contact
  • Blog
  • Complaint
  • Advertise
Part Of Borneo Digital
Event Menarik

Buat Pertama Kalinya, Annah Rais Cultural Festival Bakal Berlangsung Pada 28 Mei 2022!

Oleh Kedung BK
Dikirim pada 26/05/22 1:30 PM
Kongsi
3 Min Bacaan
Buat Pertama Kalinya, Annah Rais Cultural Festival Bakal Berlangsung Pada 28 Mei 2022!
Kongsi

Cas2 dulu sebelum Gawai gais!

Buat Pertama Kalinya, Annah Rais Cultural Festival Bakal Berlangsung Pada 28 Mei 2022! Ingin charging2 dulu sebelum sambutan Gawai Dayak? Jom ke Annah Rais Cultural Festival 2022 yang bakal diadakan pada 28 Mei ini!

Pelbagai jenis aktiviti menarik menantikan anda seperti permainan, jualan makanan dan minuman serta banyak lagi!

Buat Pertama Kalinya, Annah Rais Cultural Festival Bakal Berlangsung Pada 28 Mei 2022!

Akan berlangsung di Padang Bola Sepak, Kampung Annah Rais di Padawan

Dianjurkan dengan kerjasama penduduk Kampung Annah Rais serta pengusaha Inap Desa (homestay), Annah Rais Cultural Festival 2022 akan bertempat di Padang Bola Sepak, Kampung Annah Rais di Padawan.

Antara aktiviti menarik yang akan dijalankan adalah jualan makan dan minuman, cabutan tiket bertuah, aktiviti permainan seperti arm wrestling untuk kategori lelaki dan wanita serta pertandingan makan epal, jualan pelbagai jenis produk serta artis tatu tempatan yang akan bersedia untuk memberikan perkhidmatan mereka kepada anda jika anda ingin menambah koleksi tatu anda!

Terdapat juga pertandingan Ratu Kebaya ARCF 2022 yang terbuka kepada semua wanita dan juga pertandingan Pakaian Kostum Tradisional Kanak-Kanak 2022 yang terbuka kepada semua kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah.

Bagi peminat karaoke, anda boleh menghiburkan diri anda dengan aktiviti karaoke melalui tajaan lagu.

Persembahan kebudayaan menantikan anda

Selain itu, terdapat juga acara persembahan kebudayaan yang akan dipersembahkan! Antara artis budaya yang akan membuat persembahan ialah pemain sape terkenal Mathew Ngau Jau, yang akan membuat persembahan pembukaan pesta!

Pemain Sape terkenal, Mathew Ngau Jau, akan membuat persembahan pembukaan pesta!

Acara utama festival ini adalah kehadiran kumpulan Gaungan Orang Asal Sarawak (GOAS) yang akan membuat perarakan dari pintu masuk Kampung Annah Rais ke venue pesta.

Mereka juga akan membuat beberapa persembahan kebudayaan yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti ngajat Iban, persembahan kuntau dan pelbagai lagi.

Bersedia untuk menyaksi perarakan oleh kumpulan Gaungan Orang Asal Sarawak (GOAS)

Jika anda stay sehingga malam, anda boleh menyaksi kumpulan band Jess & the Band – kumpulan band yang berasal dari Bau ini akan membuat persembahan live untuk meriahkan lagi pesta!

Kumpulan band Jess & The Band bersedia untuk meriahkan malam pesta!
ANNAH RAIS CULTURAL FESTIVAL 2022

Tarikh: 28 Mei 2022 (Sabtu)

Masa: 8AM – 12AM

Lokasi: Padang Bola Sepak, Kampung Annah Rais, Padawan

Untuk maklumat lanjut mengenai ARCF2022 atau Inap Desa (Homestay), anda boleh menghubungi urusetia:

Tim – 0168955447
Mary – 0168973276

Lagi di sini:

Kedung BK 26 Mei 2022
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Nama Diambil Sempena Sejarah Pahlawan Iban Dahulu, Jom Ke Wong Pala Munsoh Di Sarikei! Nama Diambil Sempena Sejarah Pahlawan Iban Dahulu, Jom Ke Wong Pala Munsoh Di Sarikei!
Next Article Salah Faham Antara Sekolah Lain Jadi Sebab Pergaduhan Beramai-Ramai Di Sandakan

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Persembahan Kaum Asli Sarawak Bakal Serikan Upacara Pembukaan Festival Seni Tertua Singapura!
Artikel Ini Dibawakan Oleh
Geran Usahawan GO DIGITAL Sarawak Kembali Lagi Untuk Batch 2, Mohon Sekarang!
Artikel Ini Dibawakan Oleh Sarawak Digital
5 Pemenang Sarawak Shell Livewire 2021 Telah Diumumkan, Apa Pelan Seterusnya Untuk Usahawan Sarawak Ini?
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village
FIRESTARTER, Kem 2 Minggu Berasaskan Cabaran Dan Gamifikasi Maya Untuk Mencipta Inovasi Sosial
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village

Anda mungkin suka

Event Menarik

Ada Persembahan Artis Antarabangasa, Mari Meriahkan Konsert Tribute Queen Di BCCK 30 Julai Ini

29 Jun 2022
Event Menarik

Ajai Datang Sarawak Cari Penyanyi Baharu, Sertai Jelajah Ujibakat Ini!

29 Jun 2022
Kuching Food Festival Kembali Lagi Selepas 2 Tahun Ditunda, Bakal Diadakan 29 Julai Ini!
Event Menarik

Kuching Food Festival Kembali Lagi Selepas 2 Tahun Ditunda, Bakal Diadakan 29 Julai Ini!

27 Jun 2022
Event Menarik

Saksikan Pementasan Teater ‘Aum Romude’ Di Balai Budaya DBP Kuching

24 Jun 2022

Kategori

  • Cerita Borneo
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • #innovatesarawak

Polisi

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat

Hubungi kami

Pengiklanan & advertorial berbayar : [email protected]

Isu berkaitan konten :
[email protected]

 

 

Follow US

A Part Of Borneo Digital

AdBlock Detected
Our site is an advertising supported site. Please whitelist to support our site.
Okay, I'll Whitelist
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?