• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Event Menarik

Tradisi Bermukun Melayu Sarawak Bakal Diadakan Selama 76 Jam Tanpa Henti Mulai Jumaat Ini

Oleh
Ismail NA
25 Mei 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Tak ada aktiviti nak buat hujung minggu ini? Jum tonton bermukun!

Tradisi Bermukun Melayu Sarawak Bakal Diadakan Selama 76 Jam Tanpa Henti Mulai Jumaat Ini. Lama tak tengok orang bermukun kan? Sekarang pandemik dah reda sikit, boleh lah kita tengok beramai-ramai.

Program ‘Juh Bermukun 76 Jam Tanpa Henti’ ini merupakan sebuah acara yang dianjurkan secara kolaborasi oleh Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak dan Jabatan Penyiaran (RTM) Sarawak sempena sambutan 100 hari kementerian itu serta ulang tahun sambutan Hari RTM Ke-76.

Program ini akan bermula pada 27 Mei 2022, Jumaat pada jam 5 petang setelah dirasmikan kelak.

Aktiviti bermukun ini akan berakhir pada hari Ahad, 30 Mei 2022.

Tradisi Bermukun Melayu Sarawak Bakal Diadakan Selama 76 Jam Tanpa Henti Mulai Jumaat Ini
Tradisi Bermukun Melayu Sarawak Bakal Diadakan Selama 76 Jam Tanpa Henti Mulai Jumaat Ini

76 peserta mukun dari seluruh Sarawak, Sabah dan Labuan bakal cipta rekod baru

Menurut Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, seramai 76 peserta akan mengambil bahagian dalam persembahan bersejarah ini. Peserta yang terlibat ini tidak terhad kepada penyertaan pasukan daripada Sarawak sahaja, tetapi juga dari seluruh pelusuk Borneo seperti Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Sewaktu acara itu nanti, pemukun akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan akan membuat persembahan selama 1 jam 30 minit.

Tradisi Bermukun Melayu Sarawak Bakal Diadakan Selama 76 Jam Tanpa Henti Mulai Jumaat Ini
Peserta mukun semasa sidang media Juh Bermukun. Kredit: Hotel Samudra

Bagi peminat-peminat bermukun, pastinya acara ini bakal menggamit memori kerana lagu-lagu bermukun yang popular turut dipersembahkan oleh para pemukun. Antaranya adalah seperti lagu Sayang Sarawak, Cinta Beraie, Samsudin dan Menyubuh.

Program bermukun yang diadakan di Auditorium P.Ramlee, RTM Kuching ini bakal mencatat sejarah baharu dalam The Malaysia Book of Records.

Persembahan Kumpulan Sri Sarawak sempena Sidang Akhbar ‘Juh Bermukun 76 jam tanpa henti’ untuk catatan dalam Malaysia Book Of Record di Hotel Samudra, Kuching, Sarawak.📽 @diany_la_dolce

Posted by Radio RTM Malaysia on Tuesday, May 24, 2022

Jelas Abdul Karim lagi, program ini bertujuan untuk memartabatkan seni dan budaya masyarakat Sarawak serta kepulauan Borneo. Dengan penganjuran ini juga, penggiat seni mukun dapat menonjolkan bakat mereka serta memberi pendedahan kepada generasi muda untuk mewarisi seni persembahan ini.

Persembahan pantun tradisi Sarawak ini boleh disaksikan secara langsung di TV1 melalui Saluran Berita Semasa, Selamat Pagi Malaysia, saluran radio seperti SARAWAKfm, WAIfm, dan REDfm dan LIVE Facebook RTM Sarawak.

Berlanang juga merupakan persembahan seni Melayu Sarawak yang hampir sama seperti bermukun, cuma bezanya ada aksi mendayung! Baca cerita selanjutnya di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Gigit Isteri Sebab Berang Guna Duit BKSS Beli Susu Anak, Suami Dayus Di Kuching Kini Diberkas Polis
Next Article Buat Pertama Kalinya, Annah Rais Cultural Festival Bakal Berlangsung Pada 28 Mei 2022! Buat Pertama Kalinya, Annah Rais Cultural Festival Bakal Berlangsung Pada 28 Mei 2022!

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?