• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Buat Pertama Kalinya, Kuching Bakal Guna Kaedah Baharu Untuk Kesan Dadah Dalam Kurier

Oleh
Nazihah AN
15 September 2021
Kongsi
3 Min Bacaan
Buat Pertama Kalinya, Kuching Bakal Guna Kaedah Baharu Untuk Kesan Dadah Dalam Kurier

Langkah ini adalah untuk memutuskan bekalan dadah secara haram di negeri kita

Buat Pertama Kalinya, Kuching Bakal Guna Kaedah Baharu Untuk Kesan Dadah Dalam Kurier. Telah dilaporkan bahawa, Sarawak bakal menggunakan satu kaedah baru buat pertama kalinya untuk mengesan dadah yang dibawa masuk ke dalam negeri ini melalui perkhidmatan kurier.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sarawak, ACP Jasmirol Jamaluddin berkata kepada pihak media bahawa banyak usaha telah dilakukan untuk memutuskan bekalan dadah ke negeri ini termasuk melalui perkhidmatan kurrier.

“Khidmat kurier yang masuk di Sarawak bukannya satu atau dua tan tetapi 30 tan hingga 50 tan sehari dan bukan sahaja masuk ke Kuching tetapi juga tempat-tempat lain Bintulu, Limbang, Lawas dan sebagainya. Kita check (periksa khidmat kurier) tetapi tidak mencukupi untuk mencapai KPI (petunjuk prestasi utama) kita untuk tahu apa segala benda yang ada dalam bungkusan tersebut.” 

Buat Pertama Kalinya, Kuching Bakal Guna Kaedah Baharu Untuk Kesan Dadah Dalam Kurier
Buat Pertama Kalinya, Kuching Bakal Guna Kaedah Baharu Untuk Kesan Dadah Dalam Kurier. (Sumber: FB Polis Sarawak. ) ACP Jasmirol Jamaluddin

“Mereka juga pandai mengaburi kita dengan mengatakan misalnya bungkusan itu sejenis minuman tetapi ada syabu didalamnya,” katanya pada sidang media mengenai isu dadah dan bahan terlarang di Sarawak hari ini.”

Beliau turut tambah bahawa kerajaan Sarawak bakal melancarkan langkah terbaru yang pertama di Malaysia bagi mengesan bekalan dadah dalam paket dan bungkusan di dalam kurier. Melalui langkah terbaru ini, satu alat teknikal bakal digunakan untuk mengesan sama ada bungkusan yang dihantar melalui kurier mengandungi dadah atau tidak.

Buat Pertama Kalinya, Kuching Bakal Guna Kaedah Baharu Untuk Kesan Dadah Dalam Kurier
Buat Pertama Kalinya, Kuching Bakal Guna Kaedah Baharu Untuk Kesan Dadah Dalam Kurier. (Gambar hiasan) Sumber: FB PDRM

Kuching telah dicatat jumlah tangkapan yang tinggi

Usaha yang dilakukan oleh One Stop Comittee (OSC) untuk Menangani Isu Dadah dan Bahan Terlarang (MIDS) setakat ini telah menunjukkan hasil yang berkesan sehingga dapat membuat tangkapan terhadap individu yang terlibat dengan sindiket dadah ini.

Telah direkodkan sejak Januari 2021, Sarawak catat sebanyak 5,415 tangkapan berkaitan dengan aktiviti penyalahgunaan dadah dan bahan terlarang hasil daripada 4,248 operasi yang dijalankan oleh JSJN Sarawak, Jabatan Kastam dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Sarawak.

Daripada jumlah yang telah direkodkan tersebut, Kuching dicatat jumlah tangkapan yang tertinggi sebanyak 1,415 diikuti dengan Bintulu (449), Sibu (425) dan Samarahan (391).

Lagi atikel yang berkaitan, anda boleh baca di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Data Vaksin KKM Boleh Percepatkan Urusan MyKad Penduduk Asli Borneo Tanpa Dokumen
Next Article Keputusan UPU Dah Keluar? Ini 6 Perkara Penting Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Kembali Ke IPT Tahun 2021

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?