• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Keputusan UPU Dah Keluar? Ini 6 Perkara Penting Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Kembali Ke IPT Tahun 2021

Oleh
Ismail NA
15 September 2021
Kongsi
5 Min Bacaan

Berikut adalah intisari penting kemasukan ke IPT awam untuk sesi pengajian 2021/2022.

Keputusan UPU Dah Keluar? Ini 6 Perkara Penting Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Kembali Ke IPT Tahun 2021. Selaras dengan pengumuman pengoperasian institusi pengajian tinggi oleh Menteri Pengajian Tinggi, Dr. Noraini Ahmad semalam, para pelajar universiti sama ada pelajar semasa mahupun pelajar baharu bakal kembali ke alam pengajian tinggi secara fizikal tidak lama lagi.

Isi Isi Penting
  • Berikut adalah intisari penting kemasukan ke IPT awam untuk sesi pengajian 2021/2022.
  • 1. Pelajar IPT akan masuk secara berperingkat mulai 15 Oktober 2021
  • 2. Kemasukan ke kampus untuk individu lengkap vaksinasi dan melepasi tempoh keberkesanan
  • 3. Boleh dapatkan vaksin secara walk-in melalui program VACC2Campus
  • 4. Ujian calitan diberikan PERCUMA untuk pelajar yang bakal masuk ke kampus di Sabah, Sarawak dan Labuan
  • 5. Diskaun 20% yuran pengajian Semester 1 Sesi 2021/2022
  • 6. Kaedah pengajaran dan pembelajaran dijalankan secara hibrid
  • Baca juga cerita ini sebagai pembakar semangat anda :

Lagi pun, keputusan kemasukan ke universiti awam sudah pun dikeluarkan bermula tengah hari tadi. Dah tahu dapat universiti mana, mesti lah kena fikir tentang apa yang perlu anda tahu tentang kemasukan itu nanti, kan?

Dalam artikel kali ini, kami kongsikan kepada anda apakah pembaharuan dan perkembangan terkini yang anda perlu ambil tahu supaya anda tidak ketinggalan dalam urusan kemasukan anda nanti.

1. Pelajar IPT akan masuk secara berperingkat mulai 15 Oktober 2021

Tahukah anda, untuk sesi pengajian 2021/2022, kemasukan pelajar ke kampus secara fizikal akan dilakukan secara berperingkat mulai 15 Oktober 2021. Urusan kemasukan fizikal ini melibatkan semua kategori pelajar dari semua peringkat Fasa PPN yang telah lengkap divaksin. Pelajar berkeperluan akan diutamakan untuk kemasukan fizikal ke kampus ini.

Keputusan UPU Dah Keluar? Ini 6 Perkara Penting Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Kembali Ke IPT Tahun 2021
Kredit : BH Online

2. Kemasukan ke kampus untuk individu lengkap vaksinasi dan melepasi tempoh keberkesanan

Bagi menyediakan suasana yang selamat dan imuniti kelompok dalam kampus , hanya individu yang lengkap divaksin dan telah melepasi tempoh keberkesanan vaksin dibenarkan untuk masuk ke kampus. Individu ini tidak tertakluk kepada pelajar sahaja tetapi juga melibatkan seluruh warga kampus termasuk staf akademik dan staf bukan akademik.

3. Boleh dapatkan vaksin secara walk-in melalui program VACC2Campus

Sekiranya anda merupakan pelajar, bakal pelajar atau warga kampus yang belum mendapatkan suntikan vaksin, anda boleh mendapatkan vaksin dengan segera secara walk-in di mana-mana pusat pemberian vaksin (PPV). Anda akan diberikan prioriti melalui pelaksanaan program VACC2Campus.

Bagi pelajar semasa atau warga kerja kampus, anda hanya perlu membawa kad pelajar/pekerja serta kad pengenalan atau passport. Bagi pelajar baharu pula, anda dikehendaki untuk membawa surat tawaran kemasukan ke IPT dan kad pengenalan atau passport.

Keputusan UPU Dah Keluar? Ini 6 Perkara Penting Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Kembali Ke IPT Tahun 2021
Keputusan UPU Dah Keluar? Ini 6 Perkara Penting Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Kembali Ke IPT Tahun 2021

4. Ujian calitan diberikan PERCUMA untuk pelajar yang bakal masuk ke kampus di Sabah, Sarawak dan Labuan

Ada tak yang dapat IPT di Sabah, Sarawak mahupun Labuan? Buat masa ini, kemasukan ke negeri di Timur Malaysia ini masih memerlukan anda membuat ujian calitan sebelum tiba di sana. Apatah lagi kos ujian calitan ini boleh mencecah sehingga ratusan ringgit jika inginkan keputusan segera.

Justeru, ujian calitan yang dilakukan di klinik kerajaan oleh mana-mana pelajar yang akan masuk ke kampus di Sabah, Sarawak dan Labuan akan dikecualikan daripada sebarang bayaran.

Untuk pengetahuan anda, kemasukan ke Sabah, Sarawak dan Labuan, ujian calitan RT-PCR negatif diperlukan serta sah 3 hari sebelum penerbangan.

Keputusan UPU Dah Keluar? Ini 6 Perkara Penting Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Kembali Ke IPT Tahun 2021
Kredit foto : BERNAMA

5. Diskaun 20% yuran pengajian Semester 1 Sesi 2021/2022

Ini pastinya khabar yang sangat menggembirakan ibu bapa serta pelajar IPT awam. Untuk Semester 1 sesi pengajian tahun 2021/2022 yang bakal bermula Oktober ini, yuran pengajian akan diberikan diskaun sebanyak 20%! Sekurang-kurangnya, hal ini dapat melegakan keresahan ibu bapa untuk menyediakan yuran pembiayaan tatkala musim pandemik di Malaysia masih belum menguncup.

Yuran ini berbeza mengikut jurusan yang anda ambil di universiti. Untuk mengetahui jumlah yuran anda setelah diskaun 20% ini, anda dinasihatkan untuk peka dengan segala perkembangan universiti atau fakulti dari semasa ke semasa. Hebahan maklumat selalunya lebih pantas melalui media sosial IPT. Jadi, jangan lupa untuk ikuti mereka di sana.

6. Kaedah pengajaran dan pembelajaran dijalankan secara hibrid

Pengajaran dan pembelajaran di IPT awam bermula sesi 2021/2022 akan dilakukan secara hibrid iaitu secara dalam talian dan secara bersemuka. Walau bagaimanapun, bagi kursus atau program yang dijalankan secara dalam talian, para pelajar boleh memilih untuk meneruskan PdP secara dalam talian di lokaliti masing-masing.

Aktiviti yang melibatkan makmal, bengkel, studio dan penyelidikan pula boleh dijalankan secara berkumpulan mengikut SOP yang ditetapkan.

Keputusan UPU Dah Keluar? Ini 6 Perkara Penting Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Kembali Ke IPT Tahun 2021

Amacam? Adakah anda sudah bersedia untuk meneruskan pengajian di peringkat pengajian tinggi? Kepada anda yang berjaya mendapat tawaran, syabas dan tahniah kami ucapkan. Kepada yang kurang bernasib baik, jangan berputus asa dan cuba buat rayuan. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Baca juga cerita ini sebagai pembakar semangat anda :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Buat Pertama Kalinya, Kuching Bakal Guna Kaedah Baharu Untuk Kesan Dadah Dalam Kurier Buat Pertama Kalinya, Kuching Bakal Guna Kaedah Baharu Untuk Kesan Dadah Dalam Kurier
Next Article RASMI : Sarawak Mansuh Kuarantin 14 Hari Untuk Kemasukan Individu Lengkap Vaksinasi

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?