I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Part Of Borneo Digital
Reading: Buat Ramai Terkejut, Netizen Dedah 4 Fakta ‘Unknown’ Dalam Bidang Kerja Masing-Masing
Aa
I Love Borneo I Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Buat Ramai Terkejut, Netizen Dedah 4 Fakta ‘Unknown’ Dalam Bidang Kerja Masing-Masing

Oleh Kedung BK 1 April 2023
Kongsi
7 Min Bacaan
Buat Ramai Terkejut, Netizen Dedah 4 Fakta 'Unknown' Dalam Bidang Kerja Masing-Masing

Menarik juga membaca fakta yang tidak diketahui kena ‘expose’

Buat Ramai Terkejut, Netizen Dedah 4 Fakta ‘Unknown’ Dalam Bidang Kerja Masing-Masing. Selalunya kita go with the flow je tentang perkara yang kita tidak pasti dan hanya mempercayai pengetahuan umum tentang sesuatu.

Namun, baru-baru ini satu Tweet menarik perhatian ramai yang meminta orang dari pelbagai bidang kerja tampil mendedahkan perkara yang tidak diketahui umum dan hasilnya sangat mengagumkan.

Buat Ramai Terkejut, Netizen Dedah 4 Fakta ‘Unknown’ Dalam Bidang Kerja Masing-Masing

Tempahan di laman web third party tidak semestinya bermakna kadar yang lebih murah

Setiap kali kita merancang untuk menempah tempat penginapan, kita biasanya akan menggunakan laman web third-party seperti Agoda, Traveloka, Trivago dan Booking, antara lain, kerana kita biasanya percaya bahawa ia lebih murah.

Tetapi adakah anda tahu bahawa tempahan di laman web third party tidak semestinya bermakna kadar yang lebih murah?

Gambar sekadar hiasan.

Beberapa penyambut tetamu yang pernah bekerja di hotel tampil untuk membongkar mitos ini. Malah, anda pasti terkejut kerana tempahan terus dari hotel sebenarnya boleh menjadi lebih murah!

Kredit: Twitter

Tempah dengan hotel secara terus. TAPI semak laman web pihak ketiga. Jika ada kadar yang lebih murah, screenshot itu dan sebut harga itu kepada pihak hotel. Kami lebih suka padanan harga daripada kehilangan komisen yang besar %. Bayaran balik boleh menjadi lebih mudah. Kita juga boleh buat freebies/upgrade yang kita tak dapat untuk bajet third party.”

Kredit: Twitter

Tempahan hotel di laman web pihak ketiga sebenarnya memerlukan lebih banyak wang. Semasa saya bekerja di sebuah hotel, terdapat kotak yang saya perlu tick pada komputer untuk menyembunyikan berapa banyak yang mereka caj kepada korang untuk bilik korang.”

Kalau gaji RM4k ke bawah, anda berhak dibayak gaji OT

Tahukah anda sekiranya gaji anda RM4k ke bawah, anda sebenarnya berhak mendapat bayaran OT sekiranya anda dikehendaki bekerja lebih masa.

Peringatan ini dikongsikan oleh seorang netizen Malaysia yang turut berkongsi bahawa terdapat Akta yang mewajibkan semua majikan membayar elaun OT pekerja mereka secara mandatori jika gaji pekerja mereka kurang daripada RM4k.

Kredit: Twitter

Untuk pengetahuan anda, Akta Pekerjaan 1955 adalah perundangan utama yang mengawal pekerjaan di Malaysia, dan ia menetapkan bahawa majikan dikehendaki membayar kadar lebih masa pekerja mereka untuk kerja yang dilakukan melebihi waktu bekerja biasa.

Di bawah akta ini, pekerja yang bekerja lebih daripada 8 jam sehari atau 48 jam seminggu berhak mendapat gaji lebih masa pada kadar sekurang-kurangnya 1.5 kali ganda kadar gaji setiap jam mereka. Untuk kerja yang dilakukan pada hari rehat atau cuti umum, pekerja berhak mendapat gaji lebih masa pada kadar sekurang-kurangnya 2 kali ganda kadar gaji setiap jam.

Kredit: Twitter

Kebanyakan animasi dilakukan di studio outsource

Jika anda membesar dengan menonton kartun atau pun anime, anda mungkin akan menganggap ia dianimasikan di negara asal mereka. Tetapi tahukah anda bahawa ini tidak berlaku?

Berikut ialah beberapa animator yang mendedahkan realiti sebenar:

Kredit: Twitter

Kebanyakan animasi dilakukan di studio penyumberan luar di Filipina, Malaysia, Korea Selatan, India, Taiwan, Jepun dan lain-lain. Di bekas studio Filipina saya sahaja, kami melakukan kesemua 7 musim dan filem untuk My Little Pony, Carmen Sandiego, Static Shock, The Hollow, Penn Zero, dan sebagainya.”

Kredit: Twitter

Studio Jepun (termasuk Ghibli) penyumberan luar animasi ke negara lain, seperti Korea Selatan. Banyak anime kegemaran korang dianimasikan di studio yang sama dengan kartun barat. Contohnya, studio Korea mempunyai pasukan Jepun dan pasukan AS dan mereka buat animasi dengan kualiti yang berbeza-beza.”

Namun begitu, animasi 3D seperti Agent Ali, Mechamato, Boboiboy dan Upin & Ipin masih dianimasikan secara in-house (dalam studio animasi masing-masing) kerana animasi 3D adalah lebih pantas untuk dibuat berbanding dengan animasi 2D.

Hal ini kerana animasi 2D memerlukan frame animasi dilukis berkali-kali untuk menggerakkannya. Oleh itu, animasi 2D memerlukan pelbagai studio untuk membantu menyiapkannya.

Antara proses animasi 2D. Kredit: IMAGIC

Satu lagi contoh animasi dibuat secara outsource adalah terdapat satu episod dalam Boruto: Naruto Next Generations yang telah dianimasikan oleh sebuah pasukan animasi Malaysia iaitu Dreamtix Studio.

Contoh ini juga dapat dilihat beberapa dekad yang lalu, apabila studio Malaysia Lensamation Sdn Bhd bekerjasama dengan TOEI DOGA Animation Jepun untuk animasikan Dragonball!

Kredit: FB Nahar Fadzil/Malaysiaku Dulu Dulu Official

Terdapat sebuah jawatan ‘istimewa’ ditawarkan di universiti di mana anda memerlukan geran untuk membiayai anda

Jawatan biasa di universiti ialah profesor, assistant profesor dan pensyarah. Tetapi adakah anda tahu bahawa terdapat jawatan ‘istimewa’ wujud yang hanya memerlukan geran?

Dikenali sebagai jawatan ‘soft-money’, pekerjaan ini dibiayai terutamanya oleh geran luar, kontrak atau sumber pembiayaan luaran lain, bukannya daripada belanjawan teras universiti. Jawatan jenis ini biasanya melibatkan menjalankan penyelidikan, menulis cadangan geran, dan menerbitkan artikel ilmiah, dan bukannya tugas mengajar atau pentadbiran.

Gambar sekadar hiasan.

Jawatan ini sering dipegang oleh ahli fakulti atau penyelidik yang mengusahakan projek penyelidikan tertentu yang dibiayai oleh organisasi luar.

Berbeza dengan kedudukan tenure atau tenure-track, jawatan soft-money selalunya berjangka terhad dan bergantung pada ketersediaan pembiayaan luaran. Kedudukan soft-money juga boleh dirujuk sebagai jawatan yang dibiayai geran, jawatan penyelidikan atau jawatan kontrak.

Kredit: Twitter

Terdapat satu jenis jawatan akademik yang dipanggil “soft-money” di mana anda secara teknikal seorang pekerja di universiti tetapi setiap beberapa tahun anda perlu mencari orang ramai untuk membiayai gaji kamu sendiri dengan memohon sebanyak mungkin geran dan berharap salah seorang daripada mereka berjaya. Jika tidak, tiada pendapatan untuk kamu.”

Macam2 je fakta ‘mind-blowing’ ni. Apa lagi fakta yang bukan pengetahuan umum anda tahu? Cuba kongsi di bawah!

Lagi di sini:

Sistem Pengecaman Cap Jari Digunakan Di Seluruh Dunia, Rupa-Rupanya Dibangunkan Di Malaysia
Percuma Tak Perlu Bayar, Rupa-Rupanya Tudung Tupperware Yang Retak Boleh Diganti Baru
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Khas Buat Penggemar Kopi, Zus Bakal Buka Cawangan Pertama Sarawak Di Kuching Khas Buat Penggemar Kopi, Zus Bakal Buka Cawangan Pertama Sarawak Di Kuching
Next Article Pandu Kereta Sendiri, Orang Ramai Teruja Lihat Agong Dan Permaisuri Ronda-Ronda Labuan

Teruskan Berhubung

Facebook Like
Twitter ikuti
Instagram ikuti
Youtube Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Program Flagship Buat Startup Sarawak, TEGAS Pre-Accelerator Bootcamp Kembali Jun Ini
#innovatesarawak 24 Mei 2023
11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023
11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023
#innovatesarawak 29 Mac 2023
Mastermind Di Sebalik Ruang Komuniti Seni Think & Tink, Kenali Arkitek Wanita Berjiwa Borneo Ini
Cerita Borneo 11 Mac 2023
Dari Oversea Ke Kota Kinabalu, Ini Kisah Bagaimana Idea Mural Tiang Pemuda Ini Menyatukan Artis Lokal Di Sabah
Cerita Borneo 4 Mac 2023
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?