I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Part Of Borneo Digital
Reading: Percuma Tak Perlu Bayar, Rupa-Rupanya Tudung Tupperware Yang Retak Boleh Diganti Baru
Aa
I Love Borneo I Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Percuma Tak Perlu Bayar, Rupa-Rupanya Tudung Tupperware Yang Retak Boleh Diganti Baru

Oleh Kedung BK 16 Disember 2022
Kongsi
3 Min Bacaan
Percuma Tak Perlu Bayar, Rupa-Rupanya Tudung Tupperware Yang Retak Boleh Diganti Baru

Jangan buang bekas Tupperware yang retak, ini cara untuk menggantikannya secara percuma!

Percuma Tak Perlu Bayar, Rupa-Rupanya Tudung Tupperware Yang Retak Boleh Diganti Baru. Ramai orang boleh bersetuju bahawa bekas Tupperware adalah antara bekas terbaik di pasaran. Malah, pada suatu masa dahulu, ia dianggap satu keistimewaan untuk memiliki satu produk atau pun satu set Tupperware.

Terkenal dengan kekukuhannya, bekas Tupperware sememangnya merupakan pelaburan yang baik untuk kegunaan jangka panjang. Tetapi apa akan terjadi jika bekas itu tidak boleh digunakan (mungkin penutupnya telah retak atau sebagainya), kita pula sayang untuk membuangnya begitu sahaja, kan? Jangan risau, anda sebenarnya boleh mendapatkan pengganti jika ini berlaku dan yang paling best, ia boleh ditukar secara percuma!

Percuma Tak Perlu Bayar, Rupa-Rupanya Tudung Tupperware Yang Retak Boleh Diganti Baru

Memperkenalkan, ‘Lifetime Guarantee’!

Untuk pengetahuan anda, Tupperware mempunyai polisi ‘Jaminan Sepanjang Hayat’ atau Lifetime Guarantee di mana syarikat itu membenarkan pelanggannya menggantikan produk Tupperware mereka yang rosak dengan penggantian secara percuma.

Polisi ini membenarkan pelanggannya menggantikan bahagian Tupperware mereka yang rosak dengan penggantian yang sama seperti produk (jika ada stok sedia).

Sekiranya tiada stok item yang tersedia, anda boleh memilih untuk mengambil bahagian produk alternatif, yang menawarkan fungsi dan nilai yang sama dengan atau produk asal.

Jika ini berlaku, anda dikehendaki membayar perbezaan nilainya jika produk alternatif yang dipilih mempunyai nilai yang lebih tinggi daripada nilai produk asal.

Gambar sekadar hiasan.

Syarat-syarat untuk claim

Walaupun polisi membenarkan pelanggannya menggantikan produk Tupperware mereka yang rosak secara percuma, polisi ini tertakluk kepada terma dan syarat.

Sebagai contoh, hanya barang-barang yang mempunyai rosak tertentu dibenarkan untuk diganti seperti retak, mengelupas dan menyerpih. Tetapi polisi ini tidak membenarkan pelanggan menggantikan barang mereka yang telah rosak oleh kecuaian pemilik sendiri (seperti gigitan dan calar).

Kerosakan item yang BOLEH dituntut:

  1. Terkoyak (contohnya, penutup bekas)
  2. Menyerpih (chipped)
  3. Menggelupas (peeled)
  4. Reput akibat peredaran masa
  5. Retak (cracked)
  6. Menggeleding (warped)
Kerosakan yang dapat diganti dengan bahagian baru di bawah jaminan Lifetime Guarantee. Kredit: Tupperware

Kerosakan item yang TIDAK BOLEH dituntut:

  1. Kesan gigitan
  2. Kesan cair
  3. Kesan potong
  4. Kesan kotor
  5. Perubahan warna
  6. Calar
  7. Kebocoran (berkenaan dengan paip)
  8. Tali
  9. Sarung
  10. Cetakan
Antara kerosakan yang tidak dilindungi oleh Lifetime Guarantee Tupperware. Kredit: Tupperware

Di mana untuk menuntut penggantian?

Jika anda mempunyai item Tupperware yang mengalami kerosakan dan berasa ia menepati syarat untuk menuntut penggantian secara percuma, anda boleh menghantar item tersebut kepada mana-mana stokis Tupperware untuk pemeriksaan dan penilaian.

Di sini, mereka akan melihat jenis kerosakan yang dilindungi dibawah jaminan Lifetime Guarantee.

Gambar sekadar hiasan.

Jadi kalau ada Tupperware masih boleh guna tetapi ada bahagian yang menyebabkan ia tidak boleh digunakan, hantar sahaja kepada stokis Tupperware terdekat anda untuk menukarnya secara percuma!

Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Dr Sim Dedah Sarawak 'Pegang Rekod' Kadar Kelahiran Paling Rendah Di Malaysia Dr Sim Dedah Sarawak ‘Pegang Rekod’ Kadar Kelahiran Paling Rendah Di Malaysia
Next Article Suka Bertukar Duka, 17 Mangsa Disahkan Maut Dalam Tragedi Tanah Runtuh Di Batang Kali Suka Bertukar Duka, 16 Mangsa Disahkan Maut Dalam Tragedi Tanah Runtuh Di Batang Kali

Teruskan Berhubung

Facebook Like
Twitter ikuti
Instagram ikuti
Youtube Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Rumah Ronald McDonald di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah: Rumah Inap Selesa Untuk Keluarga yang Memerlukan
Cerita Borneo 4 September 2023
5 Startup Lokal Sarawak Berjaya Raih Hadiah Tunai RM2.5K Melalui Program TPAB TEGAS 2023
#innovatesarawak 20 Jun 2023
Program Flagship Buat Startup Sarawak, TEGAS Pre-Accelerator Bootcamp Kembali Jun Ini
#innovatesarawak 24 Mei 2023
11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023
11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023
#innovatesarawak 29 Mac 2023
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?