‘Best Sarawak Laksa in 6 seconds…’
Buat Video Buang Laksa Sarawak Dalam Tong Sampah, Lelaki Ini Buat Netizen Tak Senang Hati. Persaingan laksa mana antara negeri-negeri di Malaysia yang terbaik telah menjadi perdebatan lama.
Semua orang mempunyai laksa kegemaran mereka sendiri, kerana semua laksa sebenarnya sedap dan ia adalah pilihan masing-masing. Namun, video seorang lelaki di TikTok menunjukkan dia membuang semangkuk Laksa Sarawak telah mencetuskan kemarahan netizen.

Buang semangkuk laksa Sarawak dalam tong sampah
Video yang dimuat naik oleh pencipta kandungan @wabikongtv di TikTok itu menunjukkan salah seorang ahli mereka memegang semangkuk Laksa Sarawak.
Beliau berkata “Laksa Sarawak terbaik dalam 6 saat” sebelum membuang keseluruhan mangkuk itu ke dalam tong sampah kemudian berjalan dari situ. Anda boleh lihat video sepenuhnya di bawah:
‘Tak cool lah buat macam tu,’ – netizen
Rata-rata netizen tidak berpuas hati melihat mereka membuat konten seperti itu kerana ia dianggap tidak menghormati makanan kebanggaan negeri orang.
Berikut adalah antara komen yang ditinggalkan pada ruangan komen video tersebut:

Tak cool lah buat macam tu. Semua orang berhak untuk menikmati pilihan mereka. Ada yang suka Laksa Penang dan ada yang mungkin lebih suka Laksa Sarawak.”

Dia tulis ‘dos humor Malaysia anda.’ Tak sangka pula dia ni terdesak sangat.”

Terdesak sangat ke nak jadi famous?”
Apakah pendapat anda? Adakah anda rasa perbuatan ini boleh dilepaskan sebagai bahan jenaka? Komen pendapat anda di bawah.

