• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Buat Video Menghina Penganut Kristian, 37 Laporan Polis Dibuat

Oleh
ILB - AI
16 Mac 2021
Kongsi
2 Min Bacaan
Buat Video Menghina Penganut Kristian, 37 Laporan Polis Dibuat

Perkara ini berkait dengan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan penggunaan kalimah ‘Allah’ oleh penganut Kristian untuk tujuan pendidikan agama

37 Laporan Polis Dibuat Terhadap Seorang Pengguna Facebook, Menyiarkan Video Yang Didakwa Menghina Penganut Kristian. Dilaporkan bahawa 37 laporan polis telah diterima oleh PDRM Sarawak terhadap seorang pengguna Facebook didakwa menghina penganut Kristian menerusi sebuah video.

Buat Video Menghina Penganut Kristian, 37 Laporan Polis Dibuat

Pengguna Facebook tersebut didakwa menghina penganut Kristian menerusi video

Menurut laporan, sejumlah 37 laporan polis telah dibuat terhadap seorang pengguna Facebook akibat memuat naik video menghina penganut Kristian.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail berkata semua laporan polis tersebut telah dirujuk ke Kontijen Polis Kuala Lumpur yang telah membuka siasatan mengenai kes terbabit.

37 laporan polis terhadap individu terbabit telah diterima PDRM Sarawak. Kredit: Berita Harian

Unit D5 Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman akan melakukan siasatan itu.

Menerusi video berkenaan, terdapat pernyataan tidak puas hati dengan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan kalimah ‘Allah’ digunakan di Alkitab. Individu tersebut juga menggesa orang Melayu dan Muslim untuk menentang penggunaan kalimah ‘Allah’ dan mengeluarkan kenyataan yang meminta semua gereja ditutup.

Menurut Aidi, siasatan sedang dijalankan di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988.

Beliau juga menasihati orang ramai agar berhati-hati ketika mengeluarkan pernyataan agar tidak menyinggung agama atau bangsa.

“Sekiranya anda tidak berpuas hati dengan sesuatu, anda mesti menggunakan saluran yang betul dan berdasarkan undang-undang negara,” katanya.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Lelaki Warga Emas Dipenjara 12 Tahun Atas Penderaan Seksual Kanak-Kanak
Next Article Ginger Beer Tanpa Alkohol Dari Sabah, Uinah Kini Rasmi Diiktiraf Halal

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?