• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ginger Beer Tanpa Alkohol Dari Sabah, Uinah Kini Rasmi Diiktiraf Halal

Oleh
Ismail NA
16 Mac 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Produk 100% guna halia Tambunan Sabah.

Ginger Beer Tanpa Alkohol Dari Sabah, Uinah Kini Rasmi Diiktiraf Halal. Sebelum ini, kami pernah menulis tentang sebuah minuman ginger beer tanpa alkohol jenama tempatan Sabah yang dikenali sebagai Uinah. Minuman ini bukan sahaja mempunyai label botol yang sangat cantik dan classy, tetapi rasanya juga begitu segar dan sedap.

Isi Isi Penting
  • Produk 100% guna halia Tambunan Sabah.
  • Uinah kini terdapat dalam 2 perisa yang menyegarkan
  • Tidak diiktiraf HALAL sebelum ini kerana perkataan ‘Beer’
  • Untuk cerita lebih lanjut tentang minuman sensasi Uinah ini, baca artikel yang kami terbitkan sebelum ini :

Hari ini, satu perkhabaran menarik diterima daripada jenama minuman ini iaitu Uinah kini telah diiktiraf halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Wow!

Melalui hantaran di Facebook rasmi Uinah Premium Craft Beverages, jenama minuman ini telah diiktiraf halal. Ini bermakna Uinah bakal meletakkan logo HALAL pada label pembungkusannya. Pengiktirafan HALAL ini merupakan satu pencapaian yang besar buat Uinah memandangkan matlamat mereka adalah untuk membolehkan produk mereka dinikmati oleh semua tanpa mengira kaum dan agama.

Ginger Beer Tanpa Alkohol Dari Sabah, Uinah Kini Rasmi Diiktiraf Halal
Ginger Beer Tanpa Alkohol Dari Sabah, Uinah Kini Rasmi Diiktiraf Halal

Dengan adanya label HALAL pada botol minuman Uinah ini, maka masyarakat Muslim tidak perlu lagi ragu-ragu untuk mencuba sensasi minuman yang diperbuat daripada halia Tambunan ini. Malah, anda pasti terkejut dan tidak menyangka bahawa produk pertanian tempatan Sabah juga boleh dijadikan bahan utama dalam pembuatan minuman berkelas dunia seperti ini.

Uinah kini terdapat dalam 2 perisa yang menyegarkan

Uinah merupakan sebuah jenama minuman yang diasaskan oleh 2 pemuda Sabah iaitu Matthias dan James Wong. Mereka mendapat inspirasi daripada minuman ginger beer dari New Zealand dan cuba untuk menciptanya semula dengan memanfaatkan halia Tambunan. Setakat ini, Uinah telah mengeluarkan dua perisa minuman iaitu perisa Ginger Land (perisa halia) dan Roselle Paradise (perisa Rozel).

Minuman Ginger Land UINAH ini dihasilkan dengan cara fermentasi iaitu tindak balas antara ragi semulajadi yang terdapat pada kulit halia dan gula. Minuman ini mempunyai rasa bergas, sedikit pedas dan mempunyai khasiat seperti memanaskan badan serta meredakan loya dan ketidakhadaman (nausea).

Ginger Beer Tanpa Alkohol Dari Sabah, Uinah Kini Rasmi Diiktiraf Halal

Tidak diiktiraf HALAL sebelum ini kerana perkataan ‘Beer’

Menerusi laporan sumber media, Uinah sebelum ini tidak diiktiraf HALAL kerana penjenamaan asalnya menggunakan perkataan ‘Beer’ walaupun ia merupakan sejenis minuman ringan. Oleh sebab itu, minuman Ginger Beer Uinah dijenamakan semula menjadi Ginger Land. Bukan itu sahaja, bagi memastikan minuman Uinah ini tidak mengandungi alkohol, mereka telah mencipta formulasi baharu yang diperakui oleh pengasasnya, James Wong sebagai minuman halia yang lebih lazat daripada sebelumnya tetapi tidak mengubah rasa asal. Lebih menarik, minuman ini juga dicipta tanpa ada sebarang tambahan bahan pengawet, perasa dan pewarna tambahan.

Malah, bagi memastikan penghasilan Uinah ini mematuhi prosedur penghasilan HALAL, pihaknya juga telah berpindah ke sebuah kilang pemprosesan baharu untuk menghasilkan Uinah versi tanpa alkohol. Wah!

Anda boleh beli minuman istimewa made in Sabah ini terus di bawah :

Beli UINAH Sekarang

Untuk cerita lebih lanjut tentang minuman sensasi Uinah ini, baca artikel yang kami terbitkan sebelum ini :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Buat Video Menghina Penganut Kristian, 37 Laporan Polis Dibuat Buat Video Menghina Penganut Kristian, 37 Laporan Polis Dibuat
Next Article Program Rekalibrasi Pulang, Inisiatif Untuk PATI Pulang Ke Negara Asal Secara Sukarela

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?