• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Buaya Sepanjang 6 Kaki ‘Sesat’ Di Jalan Sibu, Berjaya Ditangkap Pihak Bomba

Oleh
Nazihah AN
26 Mac 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Buaya Sepanjang 6 Kaki 'Sesat' Di Jalan Sibu, Berjaya Ditangkap Pihak Bomba

Kejadian berlaku pagi tadi di kawasan pasar Sungai Merah

Buaya Sepanjang 6 Kaki ‘Sesat’ Di Jalan Sibu, Berjaya Ditangkap Pihak Bomba. Kejadian buaya sesat di jalan raya memang jarang berlaku, namun ia boleh membahayakan keselamatan orang awam yang berada di sekitar kawasan tersebut.

Kejadian seperti ini memerlukan tindakan pantas dan profesional dari pihak berkuasa untuk memastikan keselamatan semua pihak terjamin.

Buaya Sepanjang 6 Kaki 'Sesat' Di Jalan Sibu, Berjaya Ditangkap Pihak Bomba
Sumber: FB info.semasa

Buaya sepanjang 6 kaki ditemui sesat di tengah jalan

Baru-baru ini pihak Bomba berjaya menangkap seekor buaya sepanjang enam kaki yang ditemui ‘berlegar’ di jalan hadapan sebuah kedai kopi di Jalan Igan, Sungai Merah pada hari ini.

Menurut Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon 4 Sibu, Andy Alie berkata, mereka diberitahu tentang kejadian tersebut pada 11.56 pagi dan satu pasukan bomba telah dihantar ke tempat kejadian.

“Seekor buaya yang dianggarkan berukuran enam kaki ditemui di sepanjang jalan utama.”

“Reptilia itu berjaya ditangkap menggunakan kanvas dan tali, sebelum diikat dan dibawa kembali ke Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah untuk diserahkan kepada Lembaga Perhutanan Sarawak,”

Buaya Sepanjang 6 Kaki 'Sesat' Di Jalan Sibu, Berjaya Ditangkap Pihak Bomba
Sumber: FB info.semasa

Andy berkata operasi tersebut berakhir pada 12.15 tengahari.

Sementara itu, seorang ahli awam, John Ting mengatakan dia melihat buaya itu sekitar tengah hari tadi.

“Saya dalam perjalanan pulang dan melihat ramai orang berhimpun di tempat kejadian untuk melihat reptilia itu,” tambahnya.

Buaya Sepanjang 6 Kaki 'Sesat' Di Jalan Sibu, Berjaya Ditangkap Pihak Bomba
Sumber: FB info.semasa

Lagi artikel menarik, baca pautan di bawah:

Berbuka Puasa Ala Piknik, ‘Lan Berambeh Sungkei’ Di Sibu Bakal Diadakan 8 April Ini
Genting Highlands Kedua Negara, Sagah Setuju Pembangunan Kasino Di Kuching
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Netizen Kagum Lihat Pesawat Kargo Gergasi, Antonov An-124 Ruslan Mendarat Di Airport Kuching
Next Article 8 Bulan Untuk Tuntut 'Hak', FAM Arah Sarawak United Bayar Tunggakan Gaji Bekas Juru Latih Ini 8 Bulan Untuk Tuntut ‘Hak’, FAM Arah Sarawak United Bayar Tunggakan Gaji Bekas Juru Latih Ini

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?