• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

8 Bulan Untuk Tuntut ‘Hak’, FAM Arah Sarawak United Bayar Tunggakan Gaji Bekas Juru Latih Ini

Oleh
Nazihah AN
27 Mac 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
8 Bulan Untuk Tuntut 'Hak', FAM Arah Sarawak United Bayar Tunggakan Gaji Bekas Juru Latih Ini

Penantian selama 8 bulan ternyata berbaloi

8 Bulan Untuk Tuntut ‘Hak’, FAM Arah Sarawak United Bayar Tunggakan Gaji Bekas Juru Latih Ini. Jawatankuasa Status Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengarahkan bekas majikannya menyelesaikan tunggakan gaji bagi tempoh lima bulan.

Ini merupakan ‘kemenangan’ pertama bagi B Satianathan, bekas pengendali Sarawak United FC dalam usahanya menuntut haknya yang sudah ditangguhkan selama lapan bulan.

8 Bulan Untuk Tuntut 'Hak', FAM Arah Sarawak United Bayar Tunggakan Gaji Bekas Juru Latih Ini
B Satianathan

Masih ada tuntutan lain yang perlu dibincangkan

Walaupun jumlah wang yang perlu dibayar tidak dinyatakan, Satianathan merasa lega dengan keputusan FAM ini. Namun, Satianathan menegaskan bahawa keputusan ini hanya melibatkan tunggakan gaji sahaja dan masih ada tuntutan lain yang perlu dibincangkan.

Beliau tidak pasti sama ada Sarawak United mampu membayar atau tidak, tetapi mereka perlu menyelesaikan isu ini kerana keputusan FAM sudah dikeluarkan.

8 Bulan Untuk Tuntut 'Hak', FAM Arah Sarawak United Bayar Tunggakan Gaji Bekas Juru Latih Ini
8 Bulan Untuk Tuntut ‘Hak’, FAM Arah Sarawak United Bayar Tunggakan Gaji Bekas Juru Latih Ini

Sathianathan sebelum ini terpaksa meletak jawatan sebagai jurulatih pasukan pada Jun tahun lepas akibat sebab kesihatan.

Sebelum ini, Satianathan mengumumkan bahawa Sarawak United gagal membayarnya selama lima bulan dan juga mempunyai masalah dengan pembayaran Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Keputusan FAM ini memberikan Satianathan harapan bahawa isu ini dapat diselesaikan dengan baik.

Satianathan berhenti dari jawatannya sebagai pengendali Sarawak United pada 12 Jun tahun lepas disebabkan masalah kesihatan. Walaupun beliau tidak lagi bekerja dengan Sarawak United, haknya sebagai pekerja perlu dihormati dan dibayar dengan sewajarnya.

8 Bulan Untuk Tuntut 'Hak', FAM Arah Sarawak United Bayar Tunggakan Gaji Bekas Juru Latih Ini

Jika Sarawak United gagal membuat pembayaran seperti yang diarahkan oleh FAM, Satianathan turut menegaskan dia akan mengambil tindakan susulan dan tidak akan duduk diam.

Lagi artikel menarik, anda boleh baca pautan di bawah:

Genting Highlands Kedua Negara, Sagah Setuju Pembangunan Kasino Di Kuching
Bagi Atasi Masalah Banjir, RM 29.6 Juta Telah Dilulus Untuk Bersihkan Sungai Tersumbat Di Sarawak
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Buaya Sepanjang 6 Kaki 'Sesat' Di Jalan Sibu, Berjaya Ditangkap Pihak Bomba Buaya Sepanjang 6 Kaki ‘Sesat’ Di Jalan Sibu, Berjaya Ditangkap Pihak Bomba
Next Article Bermula Hari Ini, Penutupan Sementara Jalan Kuching-Samarahan Expressway Hingga 14 Mei Ini Bermula Hari Ini, Penutupan Sementara Jalan Kuching-Samarahan Expressway Hingga 14 Mei Ini

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?