• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Makan

Bubur Berlauk Dan Roti Bakar Jadi Sajian Istimewa Minum Pagi Di ‘Kueh Kopi’ Semariang

Oleh
Aina Musa
26 Jun 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Bubur Berlauk Dan Roti Bakar Jadi Sajian Istimewa Minum Pagi Di 'Kueh Kopi' Semariang

Port baru sarapan pagi buat warga Kuching

Bubur Berlauk Dan Roti Bakar Jadi Sajian Istimewa Minum Pagi Di ‘Kueh Kopi’ Semariang. Jika anda mencari hidangan minum pagi yang istimewa seperti bubur berlauk dan roti bakar, Kueh Kopi antara port dan pilihan yang tepat buat anda.

Kedai ini terkenal dengan sajian bubur berlauk dengan pelbagai ‘condiments‘ ataupun menu sampingan sebagai penambah selera.

Jika anda lebih suka hidangan yang lebih simple, roti bakar adalah pilihan yang paling disyorkan apabila anda ke sini.

Bubur Berlauk Dan Roti Bakar Jadi Sajian Istimewa Minum Pagi Di 'Kueh Kopi' Semariang
Bubur Berlauk Dan Roti Bakar Jadi Sajian Istimewa Minum Pagi Di ‘Kueh Kopi’ Semariang. Kredit: Kueh Kopi

Roti bakarnya juga dikatakan best seller di sini.

Di Kueh Kopi, roti bakar disajikan dengan pelbagai jenis toping yang menarik.

Anda boleh memilih untuk mencuba roti bakar yang disapu dengan mentega dan seri kaya. Kombinasi rasa yang sempurna antara manis dan berlemak ini pasti akan memuaskan selera anda ditambah lagi dengan aroma roti yang dibakar.

Bubur Berlauk Dan Roti Bakar Jadi Sajian Istimewa Minum Pagi Di 'Kueh Kopi' Semariang

Bukan itu sahaja, kedai ini turut menawarkan pelbagai menu sarapan yang lebih menarik untuk anda bertukar-tukar selera.

Antaranya ubi kayu rebus dan dimakan bersama kelapa parut serta sambal tumis, popia basah, bihun belacan dan banyak lagi!

Jangan lupa untuk pesan bersama secawan kopi yang dihidangkan di sini! Yang pastinya kopi di kedai ini paduuu sesuai dengan nama kedainya ‘Kueh Kopi’.

Bubur Berlauk Dan Roti Bakar Jadi Sajian Istimewa Minum Pagi Di 'Kueh Kopi' Semariang

Buat anda yang bercadang ke sini, dinasihatkan untuk datang lebih awal.

Lokasi: Ground Floor, Lot 4100, Blok 7, Salak Land District, Jalan Sultan Tengah 93050 Kuching, Sarawak, Malaysia

Waktu operasi: Dibuka setiap hari kecuali ahad dari jam 7 pagi hingga 3 petang

Baca lagi artikel menarik:

https://www.iloveborneo.my/ini-top-5-makanan-kegemaran-warga-kuching-yang-perlu-anda-cuba/
Hidangan ‘Lumek’ Goreng Rangup Jadi Sajian Istimewa Di Restoran Kawah Jalan Satok
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Cedera Semasa Jalankan Tugas Di Sabah, Individu Ini Luah Terkilan Tiada 'Rakan Uniform' Yang Jenguk Cedera Semasa Jalankan Tugas Di Sabah, Individu Ini Luah Terkilan Tiada ‘Rakan Uniform’ Yang Jenguk
Next Article Cabul ‘Sumandak’ Di Tangga, Lelaki Didakwa Tidak Siuman Buat Kecoh Di Tuaran

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?