• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Bubur Buang Panas Ini Sebenarnya Bukan Bubur, Tapi Sejenis Minuman Popular Di Sibu

Oleh
Ismail NA
2 November 2023
Kongsi
3 Min Bacaan
Bubur Buang Panas Ini Sebenarnya Bukan Bubur, Tapi Sejenis Minuman Popular Di Sibu

Minuman buang panas terkenal di Sibu

Bubur Buang Panas Ini Sebenarnya Bukan Bubur, Tapi Sejenis Minuman Popular Di Sibu. Jika anda berada di Sibu, jangan lah anda terkejut jika nama yang anda baca tidak sama seperti apa yang bayangkan. Contohnya seperti nama ‘Bubur Buang Panas’. Pasti anda membayangkan ia adalah semangkuk bubur nasi atau ayam atau herba untuk dihirup oleh orang yang demam.

Jika itu yang anda bayangkan, maaf, anda silap.

Bubur Buang Panas Ini Sebenarnya Bukan Bubur, Tapi Sejenis Minuman
Kredit : giphy

Don’t judge a drink by its name..

Bubur buang panas adalah sebenarnya sejenis minuman sejuk yang popular di Sibu, Sarawak. Ia merupakan campuran kurma merah, cebisan kundur kering, barli dan jeli dalam air sirap pandan. Kebiasaannya, ia berwarna hijau atau kuning.

Bubur Buang Panas Ini Sebenarnya Bukan Bubur, Tapi Sejenis Minuman Popular Di Sibu
Bubur Buang Panas Ini Sebenarnya Bukan Bubur, Tapi Sejenis Minuman Popular Di Sibu. Kredit : PublicInsta

Menurut penjual di Sibu, minuman ini dapat mengurangkan suhu badan yang panas kerana ia mengandungi kurma merah dan barli yang sememangnya berkesan menurunkan suhu badan. Untuk pengetahuan anda, kurma merah digelar sebagai ‘Raja Kacang’ oleh masyarakat di negara China kerana ia mengandungi banyak khasiat pemakanan seperti kandungan Vitamin C yang tinggi dan fosforus untuk mencegah osteoporosis dan kekurangan darah.

Bubur Buang Panas Ini Sebenarnya Bukan Bubur, Tapi Sejenis Minuman Popular Di Sibu
Kurma merah. Kredit : Hijab & Heels
Bubur Buang Panas Ini Sebenarnya Bukan Bubur, Tapi Sejenis Minuman Popular Di Sibu
Barli. Kredit : Hijab & Heels

Selain itu, barli juga mengandungi khasiat pemakanan yang tinggi seperti fiber, vitamin B3 dan B1, mineral penting seperti zat besi, magnesium, serta tidak mengandungi kolesterol.

Hampir sama seperti Lin Chee Kang atau Laici Kang

Bubur buang panas ini hampir sama seperti minuman Lin Chee Kang atau Laici Kang. Bezanya adalah pada bahan-bahan yang digunakan. Laici Kang menggunakan bahan-bahan yang lebih banyak seperti buah Lo Han Ko, biji selasih, longan kering, dan kembang semangkuk. Namun, resepi bubur buang panas ini lebih ringkas dan senang dibuat.

Bubur Buang Panas Ini Sebenarnya Bukan Bubur, Tapi Sejenis Minuman Popular Di Sibu
Minuman Lin Chee Kang atau Laici Kang. Kredit : Rasa

Kebiasaannya, jika anda memesan minuman ini di kedai-kedai Sibu, ia disajikan di dalam sebuah mangkuk seperti ais batu campur. Jika di pasar malam pula, ia dijual menggunakan cawan panjang seperti air jagung, air asam boi atau air berperisa yang lain.

Mengapa bubur dan bukan dipanggil air

Bubur Buang Panas Ini Sebenarnya Bukan Bubur, Tapi Sejenis Minuman Popular Di Sibu
Kredit : Suituapui-Wordpress.com

Jika anda masih musykil mengapa namanya bubur buang panas dan bukannya air buang panas, mungkin kerana ia pada asalnya merupakan sejenis sup sejuk seperti Lin Chee Kang.

Namun, lama-kelamaan ia diolah menjadi lebih ringkas dan menjadi sejenis minuman yang boleh dinikmati pada bila-bila masa. Siapa tahu, bukan? Tapi nama tidak menjadi masalah asalkan minuman itu sedap untuk diminum, betul tak?

Jadi, jika anda bertandang ke Sibu, jangan lupa untuk memesan segelas bubur buang panas untuk menyejukkan tekak anda. Selamat mencuba!

Lagi fakta menarik mengenai minuman yang disukai ramai di Sarawak:

Minuman Kegemaran Sarawak, Ini 3 Fakta Menarik Tentang ‘Teh C Peng Special’
https://www.iloveborneo.my/kombinasi-kopi-klasik-lemak-berkrim-ketahui-kisah-di-sebalik-butter-coffee-hiap-yak-tea-shop-kuching/
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Hanya RM7.90 Sekilo, KPDN Sarawak Tawar Ayam Dengan Harga Rahmah Setiap Jumaat Hanya RM7.90 Sekilo, KPDN Sarawak Tawar Ayam Dengan Harga Rahmah Setiap Jumaat
Next Article Tempat Menarik Di Sandakan Yang Anda Perlu Tahu

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?