• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Graduan KV Keningau Terima Anugerah Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

Oleh
Nazihah AN
8 Mac 2024
Kongsi
3 Min Bacaan
Graduan KV Keningau Terima Anugerah Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

Anak Sabah ini menerima anugerah berdasarkan pelbagai pencapaiannya yang cemerlang

Graduan KV Keningau Terima Anugerah Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia. Anzenikha Zali, merupakan graduan program Pendidikan Awal Kanak-Kanak dari Kolej Vokasional Keningau, Sabah, telah menerima anugerah khas sempena Majlis Konvokesyen Kolej Vokasional Kementerian Pendidikan Malaysia anjuran Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional (BPLTV) yang berlangsung dari 29 Februari hingga 5 Mac 2024 di Dewan Tuanku Canselor, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai, Negeri Sembilan.

Anugerah yang julung kali diadakan itu telah disampaikan sendiri oleh Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, YBrs. Tuan Haji Azman bin Haji Adnan. Ianya terdiri daripada sijil, plak, wang tunai dan hadiah iringan.

Anzenikha Zali menerima anugerah dari Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

Beliau juga mendapat tempat ketiga dalam pertandingan penulisan lagu di United Kingdom

Anzenikha Zali dipilih sebagai salah seorang penerima anugerah tersebut berdasarkan pelbagai pencapaian cemerlangnya dalam bidang inovasi, seni, penulisan, kepimpinan dan sukan di samping keputusan akademik yang membanggakan.

Antara pencapaiannya, beliau pernah mengetuai pasukan sekolah memenangi tempat pertama kategori persembahan puisi di festival seni dalam talian pada awal tahun 2022. Beliau juga mendapat tempat ketiga dalam pertandingan penulisan lagu anjuran persatuan Never Such Innocence, United Kingdom pada tahun yang sama dan berjaya menerbitkan cerpen bertajuk “Linangkit” di sebuah majalah sastera antarabangsa pada 2021.

Selain itu, Anzenikha turut membentangkan projek inovasinya di beberapa persidangan dalam talian dari tahun 2022 hingga 2023. Beliau juga merupakan ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan pemain bola lisu pasukan kolej yang pernah memenangi beberapa kejohanan.

Pengarah Kolej Vokasional Keningau, Tuan Nordin bin Akup, meluahkan rasa bangga dengan pencapaian pelajar ini kerana membuktikan kegigihan pelajar kolej vokasional menggunakan peluang untuk mengasah bakat dan potensi mereka.

Anzenikha Zali berasa sangat terharu dengan penganugerahan tersebut dan berjanji akan terus menggunakan kemahiran yang dipelajari demi kebaikan komuniti setempat khususnya di Sabah.

Kami mengucapkan tahniah kepada adik Anzenikha Zali atas pengiktirafan ini. Teruskan usaha gigih menimba ilmu pengetahuan dan asah bakat untuk meraih lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.

Baca juga artikel menarik di bawah:

Terkini: Penjawat Awam Sarawak Terima Bayaran Insentif RM2000 Dari Kerajaan Negeri
Peserta The Amazing Race Australia Kini Terlihat Buat Penggambaran Di Sarawak Pula
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Bufet Ramadan Hilton Kuching 2024 Ini 5 Sebab Mengapa Bufet Ramadan Hilton Kuching 2024 Wajar Anda Cuba
Next Article Kenali Buah Langgir, Buah Syampu Semula Jadi Di Sarawak Kenali Buah Langgir, Buah Syampu Semula Jadi Di Sarawak

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?