I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Makan

Bufet Ramadan VH Green Nature Park, Pengalaman Berbuka Dalam Taman

Oleh Ismail NA
21 Mac 2024
Kongsi
3 Min Bacaan

Berbuka puasa dengan konsep serba hijau dan semulajadi di bufet Ramadan VH Green Nature Park, Matang Kuching

Jika anda mengenali VH Green Nature Park sebagai sebuah pusat rekreasi haiwan dan alam sekitar, kali ini mereka menampilkan sedikit kelainan di bulan Ramadan. Kira-kira 20 minit perjalanan dari Bandaraya Kuching, anda sebenarnya boleh menikmati bufet Ramadan yang private, jauh dari hiruk pikuk bandar Kuching!

Untuk tahun 2024, VH Green Nature Park menyahut cabaran dengan mengadakan bufet Ramadan yang menghidangkan pelbagai juadah berbuka puasa istimewa.

Kredit: FB VH Green Nature Park Official

Bukan itu sahaja, pelanggan Bufet Ramadan ini juga berpeluang untuk melawat kawasan VH Green Nature termasuk melihat pelbagai jenis haiwan seperti kucing, itik, angsa, lembu dan macam-macam lagi sebelum berbuka puasa – secara PERCUMA.

Antara menu yang dihidangkan di sini adalah hirisan lamb shank, bubur pedas, ikan siakap masak serai, ayam goreng, daging masak lada hitam, aneka kuih muih seperti kuaci, kek lapis keju, kek pandan, cendol dan macam-macam lagi.

Bufet Ramadan VH Green Nature Park, Pengalaman Berbuka Dalam Taman

Juadah berbeza setiap minggu

Bercakap kepada I Love Borneo, meskipun baru pertama kali mengadakan bufet Ramadan di taman ini, keistimewaan bufet Ramadan di sini adalah pihaknya sentiasa menghidangkan juadah berbeza setiap minggu. Ruang makan bufet Ramadan juga agak luas dan paling penting, tidak perlu berebut dan berjalan jauh selain dapat menikmati juadah berbuka puasa dalam suasana yang tenang.

Malah, hampir keseluruhan dekorasi dan binaan cantik di dalamnya dibina sendiri oleh staf VH Green Nature Park. Siap ada rumah mini yang sesuai untuk anda mengambil gambar kenangan OOTD!

Bagi memudahkan pelanggan Muslim mendirikan solat, VH Green Nature Park juga turut menyediakan bilik solat.

Jika anda berminat untuk berbuka puasa bersama keluarga dan anak-anak di sini, berikut adalah info berkenaan tempahan bufet Ramadan di VH Green Nature Park ini:

📆 15 Mac – 7 April 2024
⏰ 6.00pm – 10.00pm
☎️ 016-205 8092 (Whatsapp)

Harga pakej bufet Ramadan
💰 RM110 dewasa
💰 RM90 warga emas
💰 RM 50 kanak-kanak

Anda juga boleh melayari Facebook mereka, VH Green Nature Park Official untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini berkenaan pakej bufet Ramadan ini.

Lagi acara menarik bulan Ramadan di Kuching yang mungkin menarik untuk anda:

Juh Berambeh Sungkey, Buka Puasa Picnic Style Di Padang Merdeka Kuching
Ini Senarai Gerai Yang Beroperasi Tengah Malam Sepanjang Ramadan Di Samarahan
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Isu Stoking Tertera Kalimah Allah, MPBP Serah Notis Batal Lesen Dan Tutup Operasi Kilang
Next Article Pengamal Budaya Dayak Buka Tabung Sumbangan Untuk Capai Impian Beraksi Di Jepun

Advertorial

TEGAS & Endeavor Malaysia Lancar SCALE Sarawak Cohort 2, Program Intensif 6 Bulan untuk Startup
#innovatesarawak
Ini 3 Beza Besar Pengalaman Off-Road Di Sg Bernam, Perak Dan Borneo
Cerita Borneo
Ini 4 Sebab Kenapa Yayasan Peneraju Exchange YPX Akan Jadi Game Changer Untuk Bisnes Anda
Event Menarik
Peluang Emas Untuk Usahawan Sarawak, TEGAS Fundraising Accelerator 2024 Kini Dibuka
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?