Seorang lelaki dari Sarawak terkejut apabila seorang penjual dari Shopee enggan menghantar barang ke Sarawak
“Bukan Dalam Malaysia,” Lelaki Ini Terkedu Terima Respon Penjual Yang Enggan Hantar Barang Ke Sarawak. Bagi warga Sarawak dan Sabah, kita sudah biasa dengan jenaka penjual dalam talian yang memberikan penghantaran percuma ke seluruh Malaysia kecuali Sabah dan Sarawak. Malah, jenaka ini telah menjadi sangat popular sehingga menjadi meme tersendiri.
Namun bagi lelaki ini, dia terkejut apabila penjual dalam talian enggan menghantar barang ke Sarawak kerana penjual itu mendakwa “Sarawak berada di luar Malaysia.” Siapa sangka jenaka itu ternyata menjadi kenyataan bagi lelaki ini.
“Sorry Sarawak cannot delivery,” – penjual
Seorang warga Sarawak, Romeo Storie, berkongsi melalui Facebook mengenai pengalamannya ketika berbincang dengan seorang penjual dari Shopee untuk membeli barang.
Semasa perbincangan itu, Romeo menyatakan bahawa dia tinggal di Sarawak tetapi respon penjual mengejutkannya.
Tinjauan pada komen-komen netizen yang kongsi status itu jelas mempunyai campuran kemarahan, annoyed dan juga lucu. Terdapat juga netizen yang betul-betul terkejut kerana perkara itu – Sarawak/Sabah ialah sebahagian daripada Malaysia – sepatutnya general knowledge di kalangan rakyat Malaysia. Status itu telah dikongsi sebanyak 2.8k kali pada masa penulisan.
Berikut adalah antara komen-komen netizen mengenai respon penjual berkenaan:
Pengurus online shop tampil memohon maaf, tetapi ia sudah terlambat
Setelah post Romeo tular di Facebook, pengurus online shop tersebut tampil memohon maaf kepada dia. Menurut pengurus tersebut, penjual asal yang berhubung dengan Romeo melakukan kesalahan dalam memberikan maklumat yang salah.
Pengurus terbabit kemudian mengatakan bahawa mereka menghantar ke Sarawak selagi alamat yang diberikan adalah alamat yang sah di Malaysia Timur dan Semenanjung Malaysia.
Romeo bahkan ditawarkan potongan 50% untuk item yang awalnya diminati olehnya, serta meminta kerjasama Romeo untuk membuang pos asal.
Walaupun Romeo menghargai usaha pihak penjual itu tampil memohon maaf, ternyata ia sudah terlambat kerana dia pun sudah tidak berminat dengan barang tersebut.
Dia mengakhiri perbualan dengan menasihati pengurus berkenaan untuk menjelaskan kepada kakitangan mereka bahawa Sarawak / Sabah masih sebahagian daripada Malaysia kerana dia tidak ingat pernyataan yang dibuat dengan mengatakan bahawa “Sarawak keluar dari Malaysia”.
Kepada para penjual, semoga ini menjadi pengajaran untuk anda. Harap peka semasa menyatakan perkara seperti prosedur penghantaran dan lain-lain. Jangan pula promosikan ‘Free postage seluruh Malaysia’ tetapi Sabah dan Sarawak pula ada tambahan postage!