• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Netizen Terliur Lihat The Coffee Bean & Tea Leaf Brunei Perkenal 2 Menu Perisa Tempatan Ini

Oleh
Ismail NA
22 April 2021
Kongsi
6 Min Bacaan

Memang terliur betul tengok menu baru ni bah!

Netizen Terliur Lihat The Coffee Bean & Tea Leaf Brunei Perkenal 2 Menu Perisa Tempatan Ini. Kedai minuman kopi dan teh iaitu The Coffee Bean & Tea Leaf di Brunei baru sahaja melancarkan menu baharu yang menampilkan ciri-ciri makanan Nusantara tempatan terutamanya makanan Brunei dan Malaysia.

Isi Isi Penting
  • Memang terliur betul tengok menu baru ni bah!
  • Onde-Onde Cakes dijual pada harga early birds BND 38
  • Vanilla Cendol Latte, menu minuman perisa tempatan yang tular di Twitter
  • Hanya ada di cawangan Brunei
  • Baca juga :

Menu baharu yang dilancarkan oleh The Coffee Bean & Tea Leaf Brunei ini adalah Onde-Onde Cakes dan Vanilla Cendol Latte. Onde-Onde Cakes merupakan sejenis kek span berperisa pandan yang dilapisi dengan lapisan gula melaka serta ditabur dengan hirisan kelapa parut. Vanilla Cendol Latte pula merupakan minuman kopi susu (latte) berperisa vanila dengan gabungan perisa tempatan iaitu cebisan cendol hijau yang menyelerakan!

✨ Vanilla Cendol Latte ✨ pic.twitter.com/Q0WwAmqPUt

— The Coffee Bean & Tea Leaf® Brunei (@coffeebean_bn) April 21, 2021

Netizen Terliur Lihat The Coffee Bean & Tea Leaf Brunei Perkenal 2 Menu Perisa Tempatan Ini
Onde-Onde Cakes. Sumber : Twitter The Coffee Bean & Tea Leaf Brunei

Onde-Onde Cakes dijual pada harga early birds BND 38

Onde-Onde Cakes ini dijual di cawangan The Coffee Bean & Tea Leaf Brunei pada harga early bird, BND 38 (RM 117.53) sekiranya tempahan dibuat 5 hari sebelum untuk tarikh 9 April hingga 8 Julai 2021). Harga asalnya pula adalah BND 49 (RM 151.55) jika anda menempah 3 hari sebelum.

Tapi, jika anda ingin menikmatinya terus ketika anda mengunjungi cawangan kedai kopi dan teh ini, anda boleh mendapatkannya pada harga BND 4.90 (RM 15.16) untuk sepotong kek.

Netizen Terliur Lihat The Coffee Bean & Tea Leaf Brunei Perkenal 2 Menu Perisa Tempatan Ini
Netizen Terliur Lihat The Coffee Bean & Tea Leaf Brunei Perkenal 2 Menu Perisa Tempatan Ini
Sumber : IG @coffeebean_brunei

Vanilla Cendol Latte, menu minuman perisa tempatan yang tular di Twitter

Namun demikian, menu yang paling mendapat sambutan setakat ini adalah menu minuman berperisa Vanilla Cendol Latte. Sejak dimuat naik oleh akaun Twitter rasmi The Coffee Bean & Tea Leaf Brunei semalam, twit gambar acahan menu ini telah menarik perhatian sebanyak lebih 2K ulang kicau dan 4K sukaan.

Kebanyakan netizen yang mengulang kicau twit ini tertanya-tanya akan rasanya yang nampak sedap dan menyelerakan. Apatah lagi kemasan luaran menariknya yang menampakkan cebisan cendol hijau yang nyaman apabila ditelan bersama minuman vanilla latte. Malah, rata-rata netizen mengakui kemasan ini membuatkan minuman ini kelihatan lebih ‘menggoda’. Nampak sangat sheeesshh!

Sehingga kini, hanya dua keping gambar sahaja yang dimuat naik oleh The Coffee Bean & Tea Leaf Brunei tanpa ada maklumat lanjut yang lain termasuklah harga. Berkemungkinan ini adalah salah satu daripada rangka promosi untuk menu ini agar ia laku keras sebaik sahaja dilancarkan kelak. Pandai ya.

Netizen Terliur Lihat The Coffee Bean & Tea Leaf Brunei Perkenal 2 Menu Perisa Tempatan Ini
Vanilla Cendol Latte. Sumber : Twitter The Coffee Bean & Tea Leaf Brunei

Minuman ini bukan sahaja menarik perhatian netizen di Brunei, malahan juga netizen dari negara jiran seperti Malaysia dan Singapura. Ada yang cemburu dengan cawangan Brunei kerana memperkenalkan minuman berperisa tempatan ini. Apatah lagi sekarang pada musim Ramadan. Kalau lalu di halaman utama sosial media pada waktu tengah hari atau petang, memang goyah iman dibuatnya.

was so happy when till i saw this cbtl drink is only in brunei, sg cbtl, please come up with something like this masya allah 😍 https://t.co/mQXp0FPZgu

— putera islam (@andreslufiasjr) April 22, 2021

nmpk menarik and curious gila rasa dia. so kena try! https://t.co/hSjZhbJDiN

— meermin (@justmermek) April 22, 2021

Omg nyumz https://t.co/2Ef0A0ryR4

— erikaaaaa getting her new 🆔😜 (@hanaismeism) April 22, 2021

Demm looks good 😍 https://t.co/SGIOp8v3dt

— Levi Ack-ejam (@KarlEjam7) April 22, 2021

Wow cendol ! https://t.co/hhBwEjdjfU

— shazlizahari (@shazlizahari) April 22, 2021

and gula melaka drizzled please.
The packaging is 🔥 https://t.co/uF1q4u2Kit

— ARIF (@ArifRalph) April 22, 2021

why nampak sedap gila… https://t.co/xmzekydcLp

— f (@fazirafabz) April 22, 2021

wait….why can't we have this drink and packaging 😗 it's so cantik https://t.co/wiRsrDOfQf

— ad⁷ (@withlovejoonie) April 22, 2021

Hanya ada di cawangan Brunei

Malangnya, minuman perisa Vanilla Cendol Latte ini hanya terdapat di Brunei dan tidak berada dalam senarai menu cawangan di Malaysia. Namun, melihat daripada sambutan dan respon daripada netizen Malaysia, rasanya ada peluang minuman perisa ini turut diletakkan dalam menu cawangan The Coffee Bean & Tea Leaf Malaysia, kan? Masing-masing puji cantik dan nampak sedap, mesti laku keras kalau ada di Malaysia.

@TheCoffeeBean pls do this at Malaysia https://t.co/ghO6XM9GUz

— nomoxKL™ ✊🏼 (@af_f4hmi) April 22, 2021

BOLEH SIK BUKAK COFFEE BEAN GIK RAH KUCHINGGG AAA DOLOK ADA JAK RAH SPRING ATAS YA 😭😭 https://t.co/xCn8VCIMeo

— 𝓶𝓪𝓻𝓲𝓹𝓸𝓼𝓪 🦋 (@_aainanajwa) April 22, 2021

Amacam? Mengancam tak? Bagi yang berada di Brunei, boleh lah cuba minuman terbaharu ini dan bagi ‘review’ sikit. Untuk netizen Malaysia dan Singapura, harap anda bersabar dan lancarkan twit sebanyak mungkin. Mana tahu mereka sedar kemahuan anda dan turut lancarkan di Malaysia dan Singapura? Kuasa ‘viral’ kadang-kadang tidak pernah mengecewakan.

Baca juga :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article TERKINI: 474 Kes Positif COVID-19 Hari Ini, Bintulu Catat Kes Tertinggi Di Sarawak
Next Article "Bukan Dalam Malaysia," Lelaki Ini Terkedu Terima Respon Penjual Yang Enggan Hantar Barang Ke Sarawak “Bukan Dalam Malaysia,” Lelaki Ini Terkedu Terima Respon Penjual Yang Enggan Hantar Barang Ke Sarawak

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?