• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Bukan Satu Kecacatan Atau Penyakit, Ketahui Apa Itu G6PD Dan Pantang Larangnya

Oleh
Nazihah AN
14 Januari 2023
Kongsi
3 Min Bacaan
Bukan Satu Kecacatan Atau Penyakit, Ketahui Apa Itu G6PD Dan Pantang Larangnya

Pernahkah anda dengar mengenai penyakit G6PD atau glucose-6-phosphate dehydrogenase deficiency?

Bukan Satu Kecacatan Atau Penyakit, Ketahui Apa Itu G6PD Dan Pantang Larangnya. G6PD merupakan satu penyakit yang berlaku secara turun temurun dan boleh menyebabkan pesakit alami hemolisis, terutamanya selepas terdedah kepada makanan ataupun ubat-ubatan yang dilarang.

Usah risau, pesakit G6PD sebenarnya boleh hidup sihat seperti orang lain jika mereka kekal berpantang serta tidak mengambil makanan dan ubat-ubatan tertentu. Sebelum itu, anda kena ambil tahu apa itu G6PD?

Bukan Satu Kecacatan Atau Penyakit, Ketahui Apa Itu G6PD Dan Pantang Larangnya
Bukan Satu Kecacatan Atau Penyakit, Ketahui Apa Itu G6PD Dan Pantang Larangnya

Apa itu G6PD? Dan apa akibatnya jika termakan makanan dan ubat yang terlarang?

G6PD bukanlah sejenis penyakit atau kecacatan, tetapi ianya merupakan masalah kekurangan enzim keturunan yang terdapat dalam sel darah merah manusia. Kekurangan enzim ini menyebabkan sel darah merah mudah pecah apabila penghidap terdedah kepada bahan-bahan yang tidak dibenarkan.

Hal ini boleh berlaku apabila sel darah tidak lagi mampu mengangkat oksigen ke seluruh badan. Dan apabila sel darah merah tidak lagi mampu mengangkut oksigen dengan berkesan ke seluruh tubuh, akan mengakibatkan tejadinya anemia hemolytik. Anemia hemolitik ini adalah kondisi di mana hancurnya sel darah merah (eritrosit) lebih cepat dibandingkan pembentukannya.

Perlu diketahui, penghidap G6PD kebanyakannya lelaki kerana penyakit itu berkaitan dengan padanan kromosom yang menentukan jantina individu. Pun begitu, ada juga terdapat kes melibatkan penghidap perempuan, namun agak jarang.

Bukan Satu Kecacatan Atau Penyakit, Ketahui Apa Itu G6PD Dan Pantang Larangnya
Bukan Satu Kecacatan Atau Penyakit, Ketahui Apa Itu G6PD Dan Pantang Larangnya

Ibu bapa, tak usah panik ya.. anda perlu cakna akan bahan-bahan/ ubat-ubatan yang perlu dielakkan oleh anak yang menghidap G6PD.

Kepada ibu bapa, anda tidak perlu terlalu risau tentang keadaan anak anda kerana kebanyakan kanak-kanak dapat hidup seperti biasa walaupun mengalami G6PD. Oleh sebab itu, mari kita lihat beberapa jenis makanan dan ubat-ubatan yang tidak boleh diambil oleh pesakit G6PD:

Makanan dan herba yang perlu dielakkan:

  • Kacang parang (fava beans)
  • Ubat China
    • Chuen Lin
    • San Chi
    • 13 herbs
    • 12 herbs
  • Ubat tradisi lain (dapatkan nasihat doktor)

Bahan lain yang mesti dielakkan:

  • Ubat gegat
  • Ubat nyamuk yang mengandungi pyrethium

Ubat yang mesti dielakkan:

  • Acetanilide
  • Doxorubicin
  • Furazolidene
  • Methylene Blue
  • Nalidixic acid
  • Niridazole
  • Nitrofurantoin
  • Phenozopyridine
  • Primaquine
  • Sulfamethoxazole
  • Bactrim

Ubat yang boleh diberi dalam dos terapeutik:

  • Paracetamol
  • Ascorbic acid
  • Aspirin
  • Chloramphenicol
  • Chloroquine
  • Colchicine
  • Diphenhydramine
  • Isoniazid
  • Phenacetin
  • Phenylbutazone
  • Phenytoin
  • Probenecid
  • Procainamide
  • Pyrimethamine
  • Quinidine
  • Streptomycin
  • Sulfisoxazole
  • Trimethoprim
  • Tripelennamine
  • Vitamin K
  • Mefloquine
Bukan Satu Kecacatan Atau Penyakit, Ketahui Apa Itu G6PD Dan Pantang Larangnya
Kacang parang (fava beans)

Mari kita tingkatkan kesedaran terhadap G6PD ini

Dengan saluran perubatan yang semakin banyak dan pengetahuan yang boleh didapati di hujung jari, maka semakin mudah bagi ibu bapa masa kini untuk mengawal penyakit yang dialami anak-anak serta mengenalinya secara lebih dekat.

Sebagai orang awam, kita juga boleh memainkan peranan dengan menambah ilmu serta meningkatkan kesedaran terhadap penyakit ini.

Lagi info menarik yang anda patut ketahui. Baca pautan di bawah:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Luaskan Empayar Di Borneo, Emart Sarawak Bakal Buka Cawangan Pertama Di Sabah Luaskan Empayar Di Borneo, Emart Sarawak Bakal Buka Cawangan Pertama Di Sabah
Next Article Notis Penutupan Sementara Bulatan TT3 Bermula Malam Ini Hingga 4 Pagi Esok Notis Penutupan Sementara Bulatan TT3 Bermula Malam Ini Hingga 4 Pagi Esok

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?