• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kenali Jenis Darah Ganjil Selain Darah ABO Yang Dimiliki Oleh Penduduk Malaysia

Oleh
Ismail NA
29 Julai 2022
Kongsi
5 Min Bacaan

Ingatkan selama ini ada jenis darah ABO sahaja, rupanya banyak lagi yang rare!

Kenali Jenis Darah Ganjil Selain Darah ABO Yang Dimiliki Oleh Penduduk Malaysia. Manusia normal kebiasaannya hanya mempunyai sama ada jenis darah A, B, AB atau pun O. Lebih spesifik, anda mungkin akan dikategorikan mengikut jenis darah positif atau negatif.

Isi Isi Penting
  • Ingatkan selama ini ada jenis darah ABO sahaja, rupanya banyak lagi yang rare!
  • Mesti anda tertanya-tanya bagaimana kumpulan darah selain ABO ini boleh wujud kan?
  • Jenis-jenis darah ganjil di Malaysia
  • Cara penyimpanan yang ekstrem dan teliti
  • Bagaimana individu berdarah ganjil dikenal pasti?
  • Jenis darah kekal sepanjang hayat
  • Mengapa hospital sentiasa menggalakkan orang ramai untuk menderma darah?

Namun, tahukah anda bahawa terdapat pelbagai lagi jenis darah ganjil yang wujud di luar sana?

Kenali Jenis Darah Ganjil Selain Darah ABO Yang Dimiliki Oleh Penduduk Malaysia
Kenali Jenis Darah Ganjil Selain Darah ABO Yang Dimiliki Oleh Penduduk Malaysia. Sumber gambar: Pixabay

Mesti anda tertanya-tanya bagaimana kumpulan darah selain ABO ini boleh wujud kan?

Kebiasaannya, jenis darah manusia dikategorikan mengikut antigen yang terdapat pada permukaan sel darah merah individu tersebut. Walau pun terdapat 600 antigen kumpulan darah yang dikenali, namun kumpulan darah yang normal diklasifikasikan kepada kumpulan A, B, O dan AB Rh (rhesus) negatif atau pun Rh positif.

Penderma darah yang ganjil kebiasaannya mempunyai fenotip atau jenis darah yang jarang djumpai dalam sesuatu populasi masyarakat.

Kenali Jenis Darah Ganjil Selain Darah ABO Yang Dimiliki Oleh Penduduk Malaysia
Sumber foto: Knowledge Class

Jenis-jenis darah ganjil di Malaysia

Menurut sebuah kenyataan yang pernah dikeluarkan oleh Blood Bank Hospital Umum Sarawak, terdapat banyak lagi kategori darah ganjil yang didapati di Malaysia seperti;

  1. Darah Bombay
  2. Kidd (Jka-b-)
  3. Ind b-
  4. Duffy (Fya-b-)
  5. RhD17 atau -D-/-D-
  6. Rh null
  7. PP1Pk-

Bahkan, sebenarnya jenis darah ganjil di Malaysia sebenarnya lebih daripada senarai ini. Populasi nya pula adalah sekitar 1 dalam 1,000 penduduk di Malaysia.

Individu dengan jenis darah ganjil ini sangat terkecuali kerana mereka hanya boleh menerima mahu pun menderma darah mengikut jenis darah ganjil mereka sahaja.

Sekiranya mereka menerima darah daripada kumpulan derma yang berlainan, ia boleh menyebabkan reaksi akut kepada sel darah yang boleh membahayakan nyawa pesakit. Lebih teruk, boleh membawa maut.

Kenali Jenis Darah Ganjil Selain Darah ABO Yang Dimiliki Oleh Penduduk Malaysia
Dr. YM Bhende, individu pertama mengenal pasti darah Bombay di Mumbai, India pada tahun 1952.
Sumber : CiteSeerX

Cara penyimpanan yang ekstrem dan teliti

Seperkara yang menarik tentang jenis darah ganjil ini adalah dari segi penyimpanannya. Mengambil contoh darah jenis Rh17 atau -D-/-D-, darah merah tersebut perlu disimpan dalam suhu sejukbeku serendah -65°C atau lebih bagi memastikan ketahanannya mencapai jangka hayat sehingga 10 tahun.

Proses pembekuan darah ganjil ini juga menggunakan teknologi yang terdapat di Pusat Darah Negara dan khas untuk proses penyimpanan darah ganjil sahaja. Sekiranya terdapat keperluan yang dikenal pasti oleh pakar, barulah darah ini akan dicairkan.

Bagaimana individu berdarah ganjil dikenal pasti?

Seseorang dengan darah ganjil ini hanya boleh dikenal pasti melalui semasa mereka menderma darah atau melakukan ujian darah semasa pemeriksaan kesihatan. Semasa sampel darah penderma diambil, pihak tabung darah akan melakukan ujian fenotip bagi mengenal pasti jenis darah yang sebenar.

Individu dengan darah ganjil ini kebiasaannya ditemui dalam populasi etnik yang sama. Sebagai contoh, darah jenis -D-/-D- kebanyakannya ditemui dalam kalangan etnik Bidayuh di Sarawak.

Kenali Jenis Darah Ganjil Selain Darah ABO Yang Dimiliki Oleh Penduduk Malaysia
Darah jenis -D-/-D- kebanyakannya ditemui dalam kalangan etnik Bidayuh di Sarawak. Sumber foto: BERNAMA

Darah ganjil jenis R2R2 pula lebih kerap ditemui dalam kalangan masyarakat Cina dan Melayu. Darah Bombay pula kebanyakannya dimiliki oleh masyarakat India manakala jenis darah Duffy atau Fya-b- pula kerap ditemui dalam kalangan warga Asia Barat dan Afrika.

Walau bagaimanapun, sesebuah jenis darah ganjil tidak tertakluk kepada etnik yang sama. Individu dengan darah ganjil yang sama juga boleh jadi daripada dua etnik yang berbeza.

Jenis darah kekal sepanjang hayat

Jenis darah seseorang individu juga tidak akan bertukar walau pun terdapat penambahan atau pun pengurangan antigen akibat jangkitan, maglinan, atau penyakit autoimun.

Disebabkan statusnya sebagai darah ganjil, pesakit yang memiliki darah ganjil ini berisiko untuk berhadapan dengan musibah atau kehilangan nyawa akibat kesukaran mendapatkan penderma darah yang sama.

Mengapa hospital sentiasa menggalakkan orang ramai untuk menderma darah?

Untuk makluman anda, sel darah merah dalam darah biasa boleh disimpan untuk jangka masa 35 sehingga 45 hari, bergantung kepada jenis antikoagulan yang digunakan. Platelet dalam darah pula memiliki jangka hayat paling pendek di antara komponen darah iaitu selama 5 hari sahaja.

Justeru, pendermaan yang berterusan daripada orang ramai adalah sangat penting bagi membolehkan bekalan di hospital sentiasa mencukupi.

Lebih penting, bagi anda yang mempunyai darah ganjil, marilah tampil menderma bagi memudahkan rawatan pesakit dengan kumpulan darah yang sama seperti anda pada masa akan datang.

Kesedaran tentang pentingnya menderma darah di Sarawak membolehkan seorang ibu di Johor berjaya menerima bekalan darah ganjil daripada penderma lelaki Bidayuh ini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article [VIDEO] 'Terbaik La!' Penyokong JDT Dan Sarawak Saling Berbalas Nyanyi Terima Kasih [VIDEO] ‘Terbaik La!’ Penyokong JDT Dan Sarawak Saling Berbalas Nyanyi Terima Kasih
Next Article Gara-Gara Sebar Video Lucah, Seorang Remaja Maut Di Belasah Di Kuching Gara-Gara Sebar Video Lucah, Seorang Remaja Maut Di Belasah Di Kuching

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?