• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Bung Moktar Digugurkan, Kabinet Negeri Dirombak Bagi Kukuhkan Kerajaan Sabah

Oleh
Nazihah AN
11 Januari 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Bung Moktar Digugurkan, Kabinet Negeri Dirombak Bagi Kukuhkan Kerajaan Sabah

Bung Mokhtar kini digugurkan daripada kabinet

Bung Moktar Digugurkan, Kabinet Negeri Dirombak Bagi Kukuhkan Kerajaan Sabah. Beberapa menteri sedia ada dalam Kabinet Sabah bertukar portfolio dalam rombakan dilakukan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor hari ini.

Perkara ini telah diumumkan oleh Ketua Menteri Sabah itu sendiri di laman rasmi Facebook beliau sebentar tadi. Jelas beliau, rombakan Kabinet adalah perlu dan bertujuan memperkukuhkan kerajaan negeri serta bersifat inklusfi dengan memasukan Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Harapan.

Bung Moktar Digugurkan, Kabinet Negeri Dirombak Bagi Kukuhkan Kerajaan Sabah
Sumber gambar: Malaysia Kini

“Kestabilan politik adalah penting untuk mencapai matlamat ini.” – Datuk Seri Hajiji Noor .

Menurut beliau, Kerajaan Negeri berazam untuk mempunyai pemimpin yang beriltizam untuk bergerak sehaluan.

Menyedari keperluan untuk membentuk satu pentadbiran inkusif, saya telah memasukkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Pakatan Harapan ke dalam Kabinet sebagai tambahan di samping wakil dari UMNO/BN dan GRS.

Dalam rombakan Kabinet terbaharu Hajiji mengumumkan Presiden STAR Datuk Seri Dr. Jeffery Kitingan sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 merangkap Menteri Pertanian. Manakala Timbalan Presiden PBS Datuk Seri Dr. Joachim Gunasalam sebagai Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan.

Bung Moktar Digugurkan, Kabinet Negeri Dirombak Bagi Kukuhkan Kerajaan Sabah
Bung Moktar Digugurkan, Kabinet Negeri Dirombak Bagi Kukuhkan Kerajaan Sabah

Kita perlu memastikan momentum pembangunan kita terus maju ke hadapan dan seterusnya dapat memenuhi janji-janji pilihan raya kita kepada rakyat dan negeri,”

Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Keramat (UMNO) Datuk Ir. Shahelmey Yahya sebagai Timbalan Ketua Menteri III dan Menteri Kerjaraya bagi menggantikan Adun Lamag, Bung Moktar Raden.

Turut dilantik adalah Datuk Seri Masidi Manjun sebagai Menteri Kewangan, Datuk Jahid Jadim sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr. Mohd. Ariffin Mohd. Arif sebagai Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.

Bung Moktar Digugurkan, Kabinet Negeri Dirombak Bagi Kukuhkan Kerajaan Sabah

Datuk Ellron Angin sebagai menteri Belia dan Sukan, Datuk James Ratib (BN) sebagai Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahreraan Rakyat, Datuk Liew Chin Jin (PKR) sebagai Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar dan Phoong Jin Zhe (DAP) sebagai Menteri Pembangunan Perindusrian.

Lagi artikel terkini, anda boleh baca pautan di bawah:

Sepatutnya Tiba Di Kuching Pada 31 Disember Lalu, Sebuah Kapal Kargo Malaysia Dilaporkan Hilang
MPKS Turun Padang Bersihkan Tapak Pembuangan Sampah Di Samarahan Raih Pujian Netizen
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sepatutnya Tiba Di Kuching Pada 31 Disember Lalu, Sebuah Kapal Kargo Malaysia Dilaporkan Hilang Sepatutnya Tiba Di Kuching Pada 31 Disember Lalu, Sebuah Kapal Kargo Malaysia Dilaporkan Hilang
Next Article Powerbank Meletup Dalam Penerbangan Ke Singapura, Didapati Akibat 'Overheating' Powerbank Meletup Dalam Penerbangan Ke Singapura, Didapati Akibat ‘Overheating’

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?