I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Part Of Borneo Digital
Reading: Rentetan Kes Pelajar Saman Guru Ponteng Di Sabah, Banyak ‘Bukti’ Dalaman Lain Mulai Terbongkar
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Rentetan Kes Pelajar Saman Guru Ponteng Di Sabah, Banyak ‘Bukti’ Dalaman Lain Mulai Terbongkar

Oleh Siti Nur Atiqah Manan 10 Januari 2023
Kongsi
4 Min Bacaan

4 remaja saman seorang guru Bahasa Inggeris selepas 7 bulan ponteng mengajar di sebuah sekolah menengah di Kota Belud, Sabah

Rentetan Kes Pelajar Saman Guru Ponteng Di Sabah, Banyak ‘Bukti’ Dalaman Lain Mulai Terbongkar. Tahun lepas, telah heboh di media massa tentang 4 orang remaja lepasan sekolah telah bertindak dengan menyaman individu yang bergelar pendidik kerana ponteng mengajar selama 7 bulan. Pendidik yang disaman tersebut difahamkan bertugas sebagai seorang guru Bahasa Inggeris di sebuah sekolah menengah di Kota Belud, Sabah.

Rentetan kes ini, cukup mengejutkan apabila mulai terbongkarnya satu-persatu bukti dalaman yang lain yang tidak kurang mencengangkan orang ramai yang mengikuti perkembangan kes pelajar saman guru ini.

Rentetan Kes Pelajar Saman Guru Ponteng Di Sabah, Banyak ‘Bukti’ Dalaman Lain Mulai Terbongkar
Rentetan Kes Pelajar Saman Guru Ponteng Di Sabah, Banyak ‘Bukti’ Dalaman Lain Mulai Terbongkar. Sumber gambar: Twitter @fiqahdarisabah

Saman dilakukan kerana aduan yang diadukan oleh pelajar tidak diendahkan, perbicaraan dimulakan dan mulai terbongkar juga isu dalaman yang lain

Perbicaraan yang pertama pada 5 September 2022 yang lalu, menyaksikan kes ini bermula kerana tindakan seorang guru yang ponteng daripada tugasan mengajar di sebuah sekolah di Kota Belud, Sabah sehingga 7 bulan para pelajar tidak dapat mengikuti kelas Bahasa Inggeris.

Oleh kerana tiada tindakan yang diambil oleh pihak berwajib tentang sikap culas guru ini maka 4 remaja lepasan sekolah ini telah mula bertindak dengan menyaman guru tersebut. Tindakan mereka ini didorong oleh rasa ketidakadilan kerana mereka pada mulanya menyalurkan aduan terhadap guru tersebut menggunakan saluran yang betul namun tetap tiada tindakan yang dilaksanakan.

Rentetan Kes Pelajar Saman Guru Ponteng Di Sabah, Banyak ‘Bukti’ Dalaman Lain Mulai Terbongkar
Rentetan Kes Pelajar Saman Guru Ponteng Di Sabah, Banyak ‘Bukti’ Dalaman Lain Mulai Terbongkar. Sumber gambar: Twitter @fiqahdarisabah

Bukan itu sahaja, mereka juga merasakan mereka tidak mendapatkan pendidikan yang sewajarnya kerana sikap culas ponteng bertugas guru tersebut. Malah, mereka diarahkan pula untuk memalsukan kehadiran guru tersebut. Memandangkan saman telah dikeluarkan maka berlakunya perbicaraan dan disini lah semua isu dalaman yang lain mulai terbongkar.

Mereka dipinta endahkan isu guru ponteng, belajar sendiri tanpa adanya guru ganti

Salah satunya apabila seorang pelajar telah menyatakan dalam perbicaraan bahawa mereka diminta untuk membiarkan sahaja isu guru ponteng mengajar ini dan meminta mereka untuk belajar sendiri, tanpa ada guru ganti untuk mengisi waktu guru ponteng tersebut. Tiba masa peperiksaan pula, mereka telah diberikan soalan bocor oleh guru ponteng tersebut yang pasti hal ini dilakukan untuk mengaburi keculasan guru tersebut.

Bekas pengetua juga telah memarahi dan beri gelaran ‘bodoh’ kepada pelajar sebanyak 2 kali!

Bukan itu sahaja, bekas pengetua sekolah terbabit juga telah dinyatakan oleh pelajar dalam perbicaraan apabila bekas pengetuanya memarahi pelajar ini dengan gelaran ‘bodoh’ kerana membangkitkan isu guru bahasa Inggeris mereka yang ponteng bertugas ini. Bukan sekali, tetapi sehingga 2 kali gelaran tersebut dilontarkan kepada mereka.

Rentetan Kes Pelajar Saman Guru Ponteng Di Sabah, Banyak ‘Bukti’ Dalaman Lain Mulai Terbongkar
Sumber gambar: Twitter @fiqahdarisabah

Bekas guru yang menyokong tindakan remaja pula bukan sahaja dimarah, dimalukan malah menerima ugutan bunuh sehingga 2 kali juga!

Yang lagi mencengangkan apabila ada bekas guru yang menyokong tindakan remaja ini dengan cuba bersuara telah menerima ugutan bunuh. Beliau juga telah dimalukan, dimarahi dan dipersalahkan sehingga menerima 2 kali ugutan bunuh. Selepas itu, tayar kereta beliau pula ditebuk selepas menerima ugutan tersebut.

Rentetan Kes Pelajar Saman Guru Ponteng Di Sabah, Banyak ‘Bukti’ Dalaman Lain Mulai Terbongkar
Sumber gambar: Twitter @fiqahdarisabah

Begini kah sistem pendidikan negara kita dengan menutupi kesalahan pendidik yang sekaligus menggadaikan proses pembelajaran dan masa depana pelajar kita? Ini kah yang kita mahu kan?

Untuk lebih memahami alur cerita isu remaja saman guru ponteng ini, boleh baca ceritanya dalam artikel di bawah:

Guru Tak Mengajar 7 Bulan, 4 Pelajar Sabah Nekad Fail Saman
SUMBER : Twitter @fiqahdarisabah
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article [VIDEO] Ikan Empurau Sebesar 15KG Yang Dijual Di Tamu Simanggang Tarik Perhatian Netizen [VIDEO] Ikan Empurau Sebesar 15KG Yang Dijual Di Tamu Simanggang Tarik Perhatian Netizen
Next Article Disanjung Tinggi Oleh Penganut Hindu, Gajah Berusia 58 Tahun Ini Juga Merupakan Gajah Tertinggi Di India Disanjung Tinggi Oleh Penganut Hindu, Gajah Berusia 58 Tahun Ini Juga Merupakan Gajah Tertinggi Di India

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023
11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023
#innovatesarawak 29 Mac 2023
Mastermind Di Sebalik Ruang Komuniti Seni Think & Tink, Kenali Arkitek Wanita Berjiwa Borneo Ini
Cerita Borneo 11 Mac 2023
Dari Oversea Ke Kota Kinabalu, Ini Kisah Bagaimana Idea Mural Tiang Pemuda Ini Menyatukan Artis Lokal Di Sabah
Cerita Borneo 4 Mac 2023
Wanita Ini Antara Penyambung Legasi Dastar, Tenunan Berwarna Warni Dari Sabah
Wanita Ini Antara Penyambung Legasi Dastar, Tenunan Berwarna Warni Dari Sabah
Cerita Borneo 18 Februari 2023
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?