• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Bunuh Rakan Sekerja Kerana Sering Dibuli, Warga Indonesia Serah Diri Di Balai Polis Bintawa

Oleh
Husna Hazmi
17 Ogos 2021
Kongsi
2 Min Bacaan

Kejadian berlaku semalam di Muara Tabuan, Kuching.

Bunuh Rakan Sekerja Kerana Sering Dibuli, Warga Indonesia Serah Diri Di Balai Polis Bintawa. Dilapoprkan bahawa, oleh kerana tidak puas hati sering dibuli, seorang warga Indonesia mengamuk dan nekad menetak dua rakan sekerjanya sehingga mati manakala seorang lagi cedera parah. Kejadian amuk tersebut dipercayai berlaku pada awal pagi Isnin di sebuah kapal tongkang, di kawasan dermaga Muara Tabuan, Kuching.

Bunuh Rakan Sekerja Kerana Sering Dibuli, Warga Indonesia Serah Diri Di Balai Polis Bintawa
Bunuh Rakan Sekerja Kerana Sering Dibuli, Warga Indonesia Serah Diri Di Balai Polis Bintawa

Menyerang tiga pekerja lain menggunakan sebilah parang

Kejadian yang mengerikan itu berlaku di bahagian dek pemandu kapal di mana suspek yang berusia 47 bertindak menyerang tiga pekerja lain menggunakan sebilah parang ketika mereka sedang tidur.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, DCP Macha Ata, susulan itu dua mangsa maut di tempat kejadian manakala seorang lagi cedera parah.

“Mangsa yang terbunuh melibatkan dua lelaki tempatan manakala seorang lagi cedera dengan kesan tetakan objek tajam.

“Dia telah dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut, setakat ini keadaanya stabil,” kata beliau.

Bunuh Rakan Sekerja Kerana Sering Dibuli, Warga Indonesia Serah Diri Di Balai Polis Bintawa

Suspek kemudiannya telah menyerahkan diri di Balai Polis Bintawa

Beliau berkata, suspek kemudiannya telah menyerahkan diri di Balai Polis Bintawa sebelum ditahan untuk siasatan yang lebih lanjut. Difahamkan juga bahawa, suspek telah bekerja di atas kapal tersebut sejak enam bulan lalu.

Mayat kedua-dua mangsa yang berusia dalam lingkungan 20-an itu telah dihantar ke rumah mayat Hospital Umum Sarawak untuk proses saringan COVID-19 dan bedah siasat. Bagaimanapun DCP Macha menjelaskan punca sebenar dan motif kejadian masih lagi di dalam siasatan pihaknya.

Suspek berasal dari Pontianak, Indonesia itu direman sehingga 23 Ogos ini untuk siasatan yang lebih lanjut di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Selain itu, suspek juga turut disiasat mengikut Seksyen 307 kanun sama atas cubaan membunuh.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kembali Ke Malaysia? Rakyat Malaysia Dikehendaki Untuk Isi Borang Ini Kembali Ke Malaysia? Rakyat Malaysia Dikehendaki Untuk Isi Borang Ini
Next Article Doktor Palsu Dijatuhkan Hukuman Khidmat Masyarakat Selama 120 Jam Doktor Palsu Dijatuhkan Hukuman Khidmat Masyarakat Selama 120 Jam

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?