Hukuman seorang lelaki yang ditangkap bulan lalu atas kesalahan menyamar sebagai doktor telah ditentukan hari ini
Doktor Palsu Dijatuhkan Hukuman Khidmat Masyarakat Selama 120 Jam. Pada bulan Julai lalu, seorang lelaki berusia 20 tahun ditangkap atas kesalahan menyamar sebagai doktor ketika di pusat vaksinasi Covid-19 di Stadium Perpaduan. Tertuduh juga dilapor menyamar sebagai doktor sebanyak 32 kali dengan memasuki hospital sambil menggunakan kad pekerja palsu di Hospital Umum Sarawak (HUS).
Hukuman tertuduh telah ditentukan hari ini.
Tertuduh menyamar sebagai doktor dari 16 Jun sehingga penangkapannya
Shah Hairil dari Bandar Baru Semariang ditangkap di pusat vaksinasi pada pukul 3PM pada 1 Julai tahun ini kerana melakukan kesalahan di bawah Seksyen 170 Kanun Keseksaan. Menurut laporan, tertuduh menyamar sebagai doktor dari 16 Jun sehingga penangkapannya.
Penyamarannya akhirnya dibongkar apabila seorang doktor yang sebenar menyedari tingkah lakunya mencurigakan dan melaporkan tertuduh kepada pihak berkuasa.
Ketika ditangkap, tertuduh mempunyai pakaian scrub merah dan biru serta alat lain yang digunakan oleh doktor seperti stetoskop, pulse oximeter dan sebuah tag nama dengan nama “Dr. Shah Hairil Izma.”. Ia difahamkan bahawa kad pekerja yang dimilikinya – ‘dikeluarkan’ oleh HUS – adalah palsu.
Perintah khidmat masyarakat
Tertuduh dijatuhkan hukuman khidmat masyarakat di bawah Seksyen 293 (1) (e) Kanun Prosedur Jenayah. Ini bermakna tertuduh tidak akan dikenakan hukuman maksimum 2 tahun penjara atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Tertuduh tidak diwakili peguam dan mengaku bersalah atas kesalahan di hadapan Majistret Zubaidah Sharkawi setelah laporan sosialnya dibaca. Mahkamah menerima pengakuannya seperti yang dicadangkan oleh pihak Jabatan Kebajikan Negeri.
