• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Makan

Lokasi Burger Homemade Miri Yang Pasti Buat Anda Terliur

Oleh
Farisha
30 Oktober 2023
Kongsi
6 Min Bacaan

Burger Homemade Paling Legit Di Sarawak Setakat Ini

Lokasi Burger Homemade Miri Yang Pasti Buat Anda Terliur. Bandaraya Miri terkenal dengan keindahan pantai serta pemandangan matahari terbenam yang sangat breathtaking. Namun begitu, kunjungan anda di Miri tidak akan lengkap jika anda tidak mencuba pilihan burger homemade yang dijual di sini.

Jika anda tercari-cari syurga burger homemade di Sarawak, kami boleh katakan bahawa Miri adalah tempatnya. Setiap lokasi burger ini mempunyai keistimewaan nya yang tersendiri dan pasti tidak akan mengecewakan tekak anda.

Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan lokasi burger homemade halal dan non-halal di Miri yang legit dan pasti membuatkan anda terliur. Jom kita start!

1. Grasso Burger Joint (Halal)

Lokasi Burger Homemade Miri Yang Pasti Buat Anda Terliur

Grasso Burger Joint terletak di perumahan Piasau Jaya Fasa 1. Walau pun beroperasi di sebuah pondok kecil yang dibina di hadapan rumah, tempat ini cukup selesa kerana terdapat kerusi dan meja makan. Burger yang dijual di sini memiliki saiz yang bersesuaian dengan harga yang ditawarkan. Jika anda merupakan seorang penggemar burger dengan inti daging homemade yang juicy dan sos-sos (cheese, cili, tomato, mayonis) yang melimpah ruah, anda wajib datang ke sini. Bukan itu sahaja, anda siap boleh dapat free flow air sirap lagi. Wow!

Menu yang anda mesti cuba apabila anda tiba di Grasso ini semestinya Cheese Mozzarella Burger, set Temahak (set burger yang dilengkapi dengan cip nacho, ayam goreng, nugget dan sosej). Paling tak boleh tahan, set G’Mac & Cheese Burger yang nampak mewah dengan limpahan keju pasti membuatkan anda terliur. Uggh, sangat menggoda keimanan.

Maklumat penting

Alamat : Piasau Jaya Phase 1 Jalan Dato Muip, 98000 Miri, Sarawak

Media sosial : Grasso Burger Joint

Waktu operasi: Setiap hari buka kecuali Ahad tutup (5:00pm-11:00pm)

Peminat Grasso Burger Joint yang berada di Bintulu juga boleh mendapatkan set kegemaran mereka di cawangan yang dibuka di Ibraco Town Square.

2. Don’s Burger (Halal)

Lokasi Burger Homemade Miri Yang Pasti Buat Anda Terliur
Lokasi Burger Homemade Miri Yang Pasti Buat Anda Terliur. 240 Meaty.

Jika anda merupakan penggemar burger yang bersaiz XXL, Don’s Burger mesti dimasukkan ke dalam senarai anda. Selain daripada saiz nya yang ‘tidak boleh dibawa bincang’, presentation yang kemas dan menyelerakan pada setiap menu burger di Don’s ini pasti memuaskan hati sesiapa sahaja. Dari segi rasa, patty burger di sini dimasak dengan sempurna walaupun disalut tepung dan digoreng.

Definisi sempurna bagi kami adalah inti patty yang masih berjus dan isi yang lembut walaupun luarannya garing. Paling penting, tidak keras dan kering. Salah satu keistimewaan Don’s Burger ini juga ialah pada nama menunya. Kesemua menu burger di sini mempunyai nama dengan elemen lokal.

Maklumat penting

Alamat : phase 6, Jalan Astana, Bandar Baru Permyjaya, 98000 Miri, Sarawak

Facebook : Don’s Burger

Waktu operasi: 9:00am hingga 11:00pm (Buka setiap hari)

Hubungi: 014-960 0254

3. The MC’S WOK (Non-Halal)

Lokasi Burger Homemade Miri Yang Pasti Buat Anda Terliur
Lokasi Burger Homemade Miri Yang Pasti Buat Anda Terliur. Sumber foto: borneofoodie

Beroperasi sejak 2016, MC’s Wok pasti merupakan gerai burger jalanan yang wajib dicuba jika anda datang melawat Miri. Terkenal dengan burger charcoal dan pati babi yang lazat; disediakan dengan 100% daging babi buatan sendiri, saya jamin satu gigitan kepada burger ini pasti akan membuat anda ingin datang lagi.

Anda juga boleh mencuba burger jualan terlaris mereka, Extreme Burger. Daging babi bakar yang dilapisi dengan bacon berupa, sos BBQ dan cheddar buatan sendiri, burger ini merupakan sajian lazat untuk deria pengecap anda!

Maklumat penting

NON-HALAL

Alamat: 59 Street, Lot 2077-2078, Marina Square Phase 1, 98000, Miri, Sarawak.

Waktu operasi: 4:00pm hingga 10:00pm (setiap hari buka kecuali Selasa tutup)

Hubungi: 010-386 9392

4. Coco D’Permai Homemade Pork Burger Stall (Non-Halal)

Lokasi Burger Homemade Miri Yang Pasti Buat Anda Terliur
Lokasi Burger Homemade Miri Yang Pasti Buat Anda Terliur. Sumber foto: borneofoodie

Coco D’Permai terletak di Lot 7879, Taman Permai Bandar Baru Permyjaya, Miri dan ia adalah gerai burger tanpa Halal yang menjual burger babi buatan sendiri.

Siapa yang tidak suka pati babi yang juicy? Anda boleh jumpa pati babi yang juicy dan lazat di sini. Mereka tidak menyajikan burger pati babi single, sebaliknya mereka menyajikan burger pati babi double! Betapa memuaskan rasa burger itu nanti! Mereka menyajikan burger yang agak ringkas, pati babi dan pilihan sos; bawang putih, keju, cendawan, lada hitam, sos BBQ, tomato mentega dan juga kacang “satay”. Walau bagaimanapun, ingat, rasa burger dan kelembapan pati babi adalah yang menjadi sasaran pelanggan mereka. Tidak hairanlah pelanggan mereka terus datang untuk burger ini!

Maklumat penting

NON-HALAL

Alamat: Lot.7879 taman permai bandar baru permyjaya Miri, Sarawak

Waktu operasi: 5:00pm-10:30pm

Hubungi: 010-241 9877

Anda boleh menyesuaikan burger anda dengan pelbagai tambahan topping atau sos mengikut kegemaran anda. Selamat menikmati burger buatan sendiri atau homamade! Apabila mengunjungi mana-mana restoran, adalah idea yang baik untuk hubungi mereka terlebih dahulu untuk mengesahkan tawaran menu semasa. Selamat menikmati burger anda di Miri!

Baca juga artikel yang berkaitan dengan tempat makan di Miri:

Ketahui 3 Port Terkenal Untuk Menikmati Beef Noodle Terbaik Di Miri
https://www.iloveborneo.my/restoran-de-tanjong-tawar-pengalaman-best-makan-tepi-pantai-sambil-layan-sunset-di-miri/
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Jambatan Temburong Kemegahan Kejuruteraan Agung Borneo Jambatan Temburong Kemegahan Kejuruteraan Agung Borneo
Next Article Saksikan Keunikan Seni Gendang Melayu Di Festival Gendang Sarawak 2023

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?