• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Burung Dikhuatiri Pupus 172 Tahun Lalu Ditemui Semula Di Borneo

Oleh
ILB - AI
18 Mac 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Betul ke burung itu tak pupus?

Burung Dikhuatiri Pupus 172 Tahun Lalu Ditemui Semula Di Borneo. Berdasarkan artikel yang dikeluarkan dalam journal oleh BirdingAsia , The Blacked-browed Babbler (Malacocincla perspicillata) ataupun dikenali sebagai ‘Greatest Enigma in Indonesian Ornithology’ telah ditemui di hutan Banjarmasin, Kalimantan setalah ditemui pertama kali 172 tahun yang lalu.

Burung itu ditemui oleh Muhammad Suranto dan Muhammad Rizky Fauzan, apabila mereka sedang mengumpul hasil hutan di daerah yang tidak jauh dari tempat mereka tinggal. Mereka menemui burung yang tidak dikenali itu mulanya itu dengan tidak sengaja lalu menangkap dan melepaskannya setelah mengambil beberapa gambar.

Mereka kemudian menghubungi kumpulan pemerhati burung tempatan, BW Galeatus dan Birdpacker yang kemudian mengesyaki burung itu adalah burung yang dikhuatiri pupus 172 tahun yang lalu. Hal ini kemudiannya disahkan setelah berunding dengan pakar ornitologi dari Indonesia dan sekitar wilayah itu.

Setelah melakukan penelitian mengenai burung itu berdasarkan gambar itu, keterangan burung itu sama seperti deskripsi dalam data yang disimpan di Belanda. Tinjauan lebih terperinci mengesahkan bahawa ia memang spesies yang sama iaitu The Blacked-browed Babbler (Malacocincla perspicillata) yang hidup.

Burung Dikhuatiri Pupus 172 Tahun Lalu Ditemui Semula Di Borneo
Burung Dikhuatiri Pupus 172 Tahun Lalu Ditemui Semula Di Borneo. The Blacked-browed Babbler (Malacocincla perspicillata) . Gambar hiasan Mashable Pakistan

Ingat dah pupus, rupanya salah tempat dicari

Babbler berkulit hitam itu digambarkan oleh pakar ornitologi Perancis yang terkenal, Charles Lucien Bonaparte pada tahun 1850 berdasarkan spesimen yang dikumpulkan beberapa ketika pada tahun 1840-an oleh ahli geologi dan naturalis Jerman, Carl A.L.M. Schwaner semasa ekspedisi ke Hindia Timur.

Sejak itu, tidak ada spesimen atau penampakan lain yang dilaporkan dan asal-usul spesimen jenis itu diselubungi misteri. Bahkan pulau di mana ia ditangkap juga tidak jelas; hanya dianggap luas sebagai Jawa. Namun, hanya pada tahun 1895, pakar ornitologi Switzerland Johann Büttikofer menunjukkan bahawa Schwaner berada di Borneo pada saat penemuannya.

Burung itu ditangkap di pusat pulau Kalimantan, dan penemuannya membuktikan bahawa burung itu hanya dianggap pupus kerana pencariannya dilakukan di tempat yang salah. Keberadaannya juga menimbulkan pertanyaan tentang berapa banyak spesisnya yang hidup di Borneo, dan adakah ia berisiko untuk pupus?

Para penyelidik kini berhasrat untuk ke Kalimantan di mana burung itu dijumpai, tetapi wabak Covid-19 menyukarkan lagi ekpedisi mereka itu. Sementara itu, mereka akan membuat pembaharuan pada arkib ornitologi di mana status pupus pada burung itu akan diubah dan memberikan lebih banyak perincian mengenai ciri fizikalnya.

Baca lagi artikel menarik tentang Borneo :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Golongan B40 Yang Menjalani Kuarantin Di Rumah Layak Menerima RM50 Sehari Selama 14 Hari
Next Article Ini Adalah 7 Kategori OKU Untuk Kad Orang Kurang Upaya, Termasuk Kategori OKU Mental Ini Adalah 7 Kategori OKU Untuk Kad Orang Kurang Upaya, Termasuk Kategori OKU Mental

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?