• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Netizen Teruja Lihat Busker Pakai Kostum Gorilla Sambil Main Kulintangan Lagu Etnik di Airport KK

Oleh
Ismail NA
18 Ogos 2024
Kongsi
3 Min Bacaan

Siapa sangka, kadang-kadang kita perlu pakai topeng gorilla untuk buat orang sedar akan keindahan budaya kita sendiri, kan?

Netizen Teruja Lihat Busker Pakai Kostum Gorilla Sambil Main Kulintangan Lagu Etnik di Airport KK. Menerusi sebuah video TikTok tular yang dimuat naik oleh pengguna @salahnotwrong, terlihat seorang busker yang memainkan set kulintangan, alat muzik tradisional Sabah yang mirip gamelan, di ruangan busking Lapangan Terbang Kota Kinabalu, Sabah dengan cara yang unik dan menghiburkan.

Tidak seperti busker yang kebiasaannya anda lihat mengenakan pakaian kasual, busker ini mengambil pendekatan yang berbeza apabila memakai kostum gorilla.

Netizen Teruja Lihat Busker Pakai Kostum Gorilla Sambil Main Kulintangan Lagu Etnik di Airport KK
Netizen Teruja Lihat Busker Pakai Kostum Gorilla Sambil Main Kulintangan Lagu Etnik di Airport KK. Sumber: TikTok @salahnotwrong

Lebih menarik, busker kostum gorilla ini tidak membawakan lagu terkini, tetapi sebaliknya memilih untuk memainkan bunyi kulintangan dengan lagu etnik kreatif – sesuatu yang jarang dilakukan, apatah lagi genre ini kurang diketahui oleh generasi muda masa kini!

Mengapa saya rasa ini adalah sambutan ketibaan lapangan terbang yang terbaik? – Netizen

Pengguna TikTok, @salahnotwrong tampak teruja melihat persembahan kreatif busker gorilla tersebut yang pada ketika itu memainkan lagu ‘Dikir Puteri’ nyanyian asal Noraniza Idris. Dalam video yang sama, pengguna tersebut mempamerkan rasa kagumnya menerusi kapsyen yang berbunyi “Why was this the best airport welcome ever? 😭” (Mengapa saya rasa ini adalah sambutan ketibaan lapangan terbang yang terbaik?).

@salahnotwrong

watch till the end for maximum hype 😭😭😭😂 love itttt @bagindabusker 💯💯💯💯 . . #kotakinabalu #sabah #airport

♬ original sound – xOHNOx – OHNO

Menerusi maklumat lanjut yang dimuat naik oleh pengguna berkenaan, busker tersebut bernama @bagindabuskers. Ternyata mereka sering membuat persembahan busking dengan gaya yang kreatif seperti memakai pakaian tradisional Sabah dan hiasan kepala kaum asli Amerika.

Netizen setuju dengan cara busker ini buat persembahan berunsurkan tradisional

Tinjauan di ruangan komen pula rata-ratanya memuji persembahan Baginda Buskers yang dilihat sebagai satu usaha berkesan untuk menarik minat golongan muda mengenali lagu etnik kreatif Malaysia.

Apatah lagi, genre ini jarang sekali didendangkan di khalayak ramai terutamanya di rantau Borneo sekiranya tidak ada acara berunsurkan tradisional seperti pertandingan nyanyian irama Melayu.

Netizen Teruja Lihat Busker Pakai Kostum Gorilla Sambil Main Kulintangan Lagu Etnik di Airport KK
Sumber: TikTok @salahnotwrong
Sumber: TikTok @salahnotwrong
Netizen Teruja Lihat Busker Pakai Kostum Gorilla Sambil Main Kulintangan Lagu Etnik di Airport KK
Sumber: TikTok @salahnotwrong
Sumber: TikTok @salahnotwrong

Jadi, apa pendapat anda? Adakah ini cara terbaik untuk menghidupkan semula minat terhadap muzik tradisional kita? Atau adakah ia hanya gimik semata-mata? Kongsi pandangan anda di ruangan komen!

Lagi cerita yang bawa positive vibe di Sabah minggu ini:

👉🏻 Tiada Lagi Penggunaan Plastik, Rakyat Sabah Dilihat Bawa Bakul Tradisional Ke Pasar Raya

👉🏻 Borneo Bersatu, Penyokong Sabah Sarawak Sukma 2024 Nyanyi Bersama Lagu ‘Bekikis Bulu Betis’

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Miki Ghazali Melangkah Ke Final SUKMA Sarawak Dengan Bergaya
Next Article Yee Xin Ying Cipta Sejarah, Raih Emas Pertama Skuasy SUKMA Untuk Sabah

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?