• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Aktiviti Menarik

Cabar Diri Anda! Sibu International Base Jump Kembali Lagi Tahun Ini

Oleh
ILB - AI
16 Julai 2022
Kongsi
3 Min Bacaan
Cabar Diri Anda! Sibu International Base Jump Kembali Lagi Tahun Ini

Acara ini bakal berlangsung bermula 15 September ini!

Cabar Diri Anda! Sibu International Base Jump Kembali Lagi Tahun Ini. Pasti ada yang meminati aktiviti sukan yang mencabar dan menaikkan adrenalin, bukan? Jadi, aktiviti kali ini perlu menjadi salah satu aktiviti di reminders telefon anda.

Pada 15 hingga 17 September 2022 nanti, Sibu International Base Jump kembali memeriahkan Sibu, Sarawak secara amnya untuk kali ke 12. Aktiviti ini akan diadakan di Dataran Tun Tuanku Bujang fasa 1, berhadapan dengan Wisma Sanyan.

Cabar Diri Anda! Sibu International Base Jump Kembali Lagi Tahun Ini
Cabar Diri Anda! Sibu International Base Jump Kembali Lagi Tahun Ini. Sumber gambar: UKAS

Banyak agensi terlibat untuk menjayakan penganjuran kali ini.

Pelbagai pihak terlibat dalam menjayakan aktiviti ini pada September kelak. Antaranya, Jawatankuasa Pelancongan Bahagian Sibu yang merupakan penganjur utama dan Ababil Base Jump Club sebagai penasihat teknikal.

Menurut Wong Hee Sieng yang merupakan Residen Bahagian Sibu, beberapa pihak juga turut terlibat dalam penganjuran kali ini seperti Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Wisma Sanyan, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam, RH Hotel, Pejabat Kesihatan Bahagian Sibu, Hospital Sibu, RELA, Jabatan Kerja Raya (JKR), Majlis Perbandaran Sibu, MOMA Water dan Sarawak Tourism Board.

Cabar Diri Anda! Sibu International Base Jump Kembali Lagi Tahun Ini
Cabar Diri Anda! Sibu International Base Jump Kembali Lagi Tahun Ini. Sumber gambar: FB Sibu International BASE Jump

Selain dikenali sebagai tempat bersejarah, bandar Sibu ini juga mempunyai banyak tarikan lain yang menarik!

Dalam sidang media di Residen Bahagian Sibu Khamis lepas, Wong Hee Sieng turut berharap bahawa aktiviti ekstrem ini dianjurkan di Sibu supaya dapat mengetengahkan lagi Bandaraya Sibu untuk menjadi salah satu pilihan kepada pelancong yang meminati aktiviti sedemikian.

Bahkan, memberi peluang kepada pelancong menerokai Bandaraya Sibu yang memiliki banyak lagi tarikan dari segi budaya, adat, makanan dan tempat bersejarah.

Cabar Diri Anda! Sibu International Base Jump Kembali Lagi Tahun Ini
Sumber gambar: FB Sibu International BASE Jump

Selain itu, beliau juga memberitahu dalam sidang media tersebut bahawa beberapa penerjun luar dan tempatan telahpun mengesahkan penyertaan dan kesemua penyertaan akan diumumkan dalam sidang 14 September 2022 kelak.

Untuk yang ingin menyertai, penyertaan boleh didaftarkan melalui laman web rasminya sebelum 14 September 2022. Jom ajak kawan-kawan korang! Anda boleh tekan butang di bawah:

Sibu International Base Jump 2022

Cabar Diri Anda! Sibu International Base Jump Kembali Lagi Tahun Ini
Cabar Diri Anda! Sibu International Base Jump Kembali Lagi Tahun Ini. Sumber gambar: FB Sibu International BASE Jump

Memandangkan aktiviti Base Jump akan dianjuran di Bandaraya Sibu, maka jangan ketinggalan untuk mencuba beberapa aneka pilihan makanan di Sibu seperti:

SUMBER :UKAS
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article MOF Keluarkan Pekeliling Baharu, Minta Kerajaan Buat Penjimatan Besar-Besaran
Next Article Ditipu Skim Pinjaman Tidak Wujud Dalam Talian, Penjual Ikan Di Sibu Rugi RM 69,700

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?