• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

MOF Keluarkan Pekeliling Baharu, Minta Kerajaan Buat Penjimatan Besar-Besaran

Oleh
Husna Hazmi
15 Julai 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Kementerian Kewangan Malaysia telah mengeluarkan pekeliling Garis Panduan Penjimatan Perbelanjaan Awam.

MOF Keluarkan Pekeliling Baharu, Minta Kerajaan Buat Penjimatan Besar-Besaran. Dipetik daripada akhbar tempatan, Kerajaan semalam telah mengeluarkan Garis Panduan Penjimatan Perbelanjaan Awam seiring dengan mengoptimumkan perbelanjaan kerajaan.

Dokumen sembilan halaman itu telah dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan, Datuk Seri Asri Hamidon pada 14 Julai 2022.

MOF Keluarkan Pekeliling Baharu, Minta Kerajaan Buat Penjimatan Besar-Besaran
MOF Keluarkan Pekeliling Baharu, Minta Kerajaan Buat Penjimatan Besar-Besaran

Menyusun semula program atau aktiviti

Garis Panduan memaklumkan bahawa Kementerian, Jabatan, Agensi, Badan Berkanun Persekutuan serta Syarikat Terhad Dengan Jaminan (CLBG) hendaklah menyusun semula program atau aktiviti dan menguruskan aliran tunai mengikut keutamaan dengan memastikan tidak membuat ‘trade-off‘ ke atas program dan aktiviti yang mengfokuskan kepada kesejahteraan rakyat.

Kerajaan telah mengambil langkah untuk melaksanakan subsidi barangan perlu (essential goods) serta kawalan harga bagi mengurangkan impak inflasi dunia kepada negara dan rakyat.

“Peningkatan subsidi sedia ada terutamanya produk petroleum dan minyak masak serta subsidi baharu seperti elektrik dan ayam telah menyumbang kepada peningkatan perbelanjaan Kerajaan.

“Perbelanjaan bagi bantuan dan subsidi diunjurkan mencecah RM77.7 bilion berbanding dengan peruntukan RM31 bilion yang diluluskan dalam Bajet 2022.

“Dengan itu, Kerajaan seharusnya melaksanakan langkah-langkah penjimatan perbelanjaan bagi membantu membiayai sebahagian perbelanjaan tambahan berkaitan subsidi demi kesejahteraan rakyat,” memetik kandungan dokumen tersebut.

MOF Keluarkan Pekeliling Baharu, Minta Kerajaan Buat Penjimatan Besar-Besaran

Melaksanakan penjimatan peruntukan

Antara yang dinyatakan dalam dokumen tersebut termasuk sasaran Kementerian Kewangan melaksanakan penjimatan peruntukan mengurus sekurang-kurangnya lima peratus.

Antara penjimatan yang digariskan termasuk melibatkan pejawatan, kontrak, elaun, aset, penganjuran acara, iklan, pelaburan, rizab dan perbelanjaan pembangunan.

Untuk dokumen lengkap sembilan halaman Garis Panduan Penjimatan Perbelanjaan Awam ke https://bit.ly/3aEwFcL.

Lagi di sini berita semasa buat anda:

SUMBER :Astro Awani
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kantoi Rogol Wanita Hamil Semasa Pembedahan, Seorang Doktor Dari Brazil Ditahan Polis Kantoi Rogol Wanita Hamil Semasa Pembedahan, Seorang Doktor Dari Brazil Ditahan Polis
Next Article Cabar Diri Anda! Sibu International Base Jump Kembali Lagi Tahun Ini Cabar Diri Anda! Sibu International Base Jump Kembali Lagi Tahun Ini

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?