• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Cabar Umobile, Hotlink Lancar Pakej Internet ‘Unlimited’ Termurah Bermula RM 35 Sebulan

Oleh
Ismail NA
4 Jun 2020
Kongsi
3 Min Bacaan

Lebih Menarik, Ini Merupakan Pelan Prabayar!

Cabar Umobile, Hotlink Lancar Pakej Internet ‘Unlimited’ Termurah Bermula RM 35 Sebulan. Ini merupakan berita baik bagi mereka yang gemar menggunakan pelan prabayar. Apatah lagi pelan termurah pada kini berharga bawah RM 50, tawaran terbaru ini sememangnya menggoda mereka yang mempunyai bajet yang terhad setiap bulan.

Terbaharu, pakej prabayar Maxis iaitu Hotlink kini menjadi pencabar kepada telco termurah, Umobile apabila menawarkan pelan prabayar internet tanpa had serendah RM 35 sebulan. Wow!

Pelan Hotlink RM 35 – Internet Tanpa Had, Panggilan Percuma Ke Semua Rangkaian

Untuk pelan internet data, pakej RM 35 sebulan hadir dengan internet tanpa had dengan kelajuan 3Mbps, panggilan percuma ke semua rangkaian serta akses premium ke platform penstriman Viu.

Jika anda inginkan kelajuan yang lebih tinggi, anda boleh melanggan pelan RM 45 sebulan. Pelan ini pula hadir dengan pakej internet tanpa had dengan 2 kali kelajuan iaitu 6Mbps, panggilan percuma ke semua rangkaian serta premium ke platform penstriman Viu.

Cabar Umobile, Hotlink Lancar Pakej Internet 'Unlimited' Termurah Bermula RM 35 Sebulan
Cabar Umobile, Hotlink Lancar Pakej Internet ‘Unlimited’ Termurah Bermula RM 35 Sebulan

Walau bagaimanapun, pelan ini tidak didatangkan dengan data hotspot. Anda perlu melanggan data hotspot tanpa had pada kadar RM 1 untuk penggunaan sejam, data hotspot 3GB pada kadar RM 3 sehari atau data hotspot 5GB pada kadar RM 10 untuk seminggu.

Umobile Lancar ‘Perang Harga’, Buat Promo Pakej RM 38 Jadi RM 35

Dalam masa yang sama, telko termurah setakat ini iaitu Umobile turut melancarkan ‘perang harga’ dengan pakej tawaran masa terhad. Pakej internet RM 38 sebulan (GX38) mereka kini ditawarkan pada harga promosi RM 35 sebulan sahaja. Ia didatangkan dengan internet data tanpa had berkelajuan 6Mbps serta 3GB data khas untuk hotspot. Walau bagaimanapun, pelan Umobile ini tidak didatangkan dengan pakej panggilan percuma ke semua rangkaian.

Walau bagaimanapun, anda boleh mendapatkan pakej panggilan percuma ke seluruh rangkaian dengan melanggan pelan mingguan (GX12) pada harga RM 12 sekali dengan internet data tanpa had berkelajuan 3 Mbps dan 1GB data khas hotspot.

Cabar Umobile, Hotlink Lancar Pakej Internet 'Unlimited' Termurah Bermula RM 35 Sebulan

Jika dibandingkan, pelan Hotlink nampaknya mempunyai lebih banyak kelebihan berbanding pakej Umobile. Nasihat ringkas, pilih lah pelan data yang mempunyai rangkaian yang baik di kawasan anda. Pelan data yang murah dengan rangkaian yang buruk pun tidak ada gunanya, kan?

Pilih lah dengan bijak, gais!

Lihat prestasi syarikat telko di Sabah dan Sarawak melalui artikel ini :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Rakyat Sarawak Terkandas Di Nigeria Merayu Perhatian Dari Kerajaan Rakyat Sarawak Terkandas Di Nigeria Merayu Perhatian Dari Kerajaan
Next Article Peragut Kembali Lagi, Selamba Rampas Telefon Sambil Acu Pisau Peragut Kembali Lagi, Selamba Rampas Telefon Sambil Acu Pisau Di Kuching

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?