• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Cabul Anak Tiri Bawah Umur, Lelaki Dipenjara 15 Tahun Di Sarikei Sarawak

Oleh
Husna Hazmi
17 Disember 2021
Kongsi
2 Min Bacaan

Tertuduh juga dijatuhkan hukuman sebatan sebanyak 6 kali.

Cabul Anak Tiri Bawah Umur, Lelaki Dipenjara 15 Tahun Di Sarikei Sarawak. Dilaporkan bahawa, seorang lelaki telah dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan juga 6 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Sarikei semalam selepas mengaku bersalah mencabul anak tirinya yang hanya berusia 15 tahun.

Cabul Anak Tiri Bawah Umur, Lelaki Dipenjara 15 Tahun Di Sarikei Sarawak
Cabul Anak Tiri Bawah Umur, Lelaki Dipenjara 15 Tahun Di Sarikei Sarawak

Tertuduh yang berusia 39 tahun mengaku bersalah

Hakim Stella Augustine Druce menjatuhkan hukuman tersebut selepas tertuduh yang berusia 39 tahun mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 16 Akta yang sama.

Stella menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan tiga sebatan seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak, dan tambahan tiga tahun dan juga tiga sebatan seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 16 Akta yang sama.

Hukuman tersebut akan berjalan berturut-turut berkuat kuasa dari tarikh suspek ditahan iaitu pada 4 Disember.

Cabul Anak Tiri Bawah Umur, Lelaki Dipenjara 15 Tahun Di Sarikei Sarawak
Kredit gambar: The Borneo Post

Tertuduh melakukan kesalahan itu di sebuah rumah panjang di Julau

Mengikut fakta ringkas kes yang dibacakan oleh DPP Jayniesa Lawang Jarit, tertuduh melakukan kesalahan itu di sebuah rumah panjang di Julau kira-kira jam 3.30 pagi pada 4 Disember ketika mangsa tidur bersama adik perempuannya yang berusia 4 tahun, di ruang tamu rumah berkenaan.

Menurut mangsa, tertuduh bertindak menyentuh tangan kirinya, mencium lehernya dan menyentuh payudaranya. Kerana takut, dia melarikan diri ke rumah ibu saudaranya lalu menceritakan kejadian traumatis itu.

Bertindak atas laporan yang dibuat mangsa pada hari yang sama, anggota polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Julau terus menahan suspek kira-kira jam 3.40 petang pada hari yang sama.

Bagi mangsa serangan seksual di luar sana, lapor segera kepada pihak berkuasa agar tindakan yang sepatutnya boleh diambil. Walaupun penyerang merupakan individu yang anda kenali atau sayangi, mereka adalah penjenayah yang perlukan hukuman setimpal.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-12 Tidak Lama Lagi, Ini Adalah Senarai Janji Parti Yang Terlibat Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-12 Tidak Lama Lagi, Ini Adalah Senarai Janji Parti Yang Terlibat
Next Article ‘Warrior Spirit’, Muzik Video Alena Murang Menang Anugerah Video Terbaik Antarabangsa Di Buenos Aires Kali Ini

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?