• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

‘Warrior Spirit’, Muzik Video Alena Murang Menang Anugerah Video Terbaik Antarabangsa Di Buenos Aires Kali Ini

Oleh
Husna Hazmi
17 Disember 2021
Kongsi
2 Min Bacaan

Tahniah Alena Murang!

‘Warrior Spirit’, Muzik Video Alena Murang Menang Anugerah Video Terbaik Antarabangsa Di Buenos Aires Kali Ini. Gadis kacukan Kelabit Itali ini sekali lagi berjaya mengharumkan nama Malaysia di peringkat Antarabangsa setelah berjaya membawa pulang anugerah Video Terbaik Antarabangsa di Buenos Aires Music Video Festival 2021.

'Warrior Spirit', Muzik Video Alena Murang Menang Anugerah Video Terbaik Antarabangsa Di Buenos Aires Kali Ini
‘Warrior Spirit’, Muzik Video Alena Murang Menang Anugerah Video Terbaik Antarabangsa Di Buenos Aires Kali Ini. Kredit gambar: Alena Murang

Trek Instrumental ‘Warrior Spirit’ merupakan instrumental gabungan sape dan gitar elektrik dan membawa maksud Semangat Pahlawan!

Muzik Video Warrior Spirit yang diterbitkan oleh Project Room & Kanid Studio ini mengisahkan tentang semangat pahlawan dirinya yang diwarisi daripada nenek moyangnya sendiri. Alena pernah memberitahu bahawa beliau merupakan seorang yang berasal daripada keturunan pahlawan. Moyangnya, Nganud Balang merupakan seorang pahlawan yang gagah dan berani sehingga komunitinya memanggil beliau dengan gelaran ‘Harimau yang mengapungkan kepala musuh di sungai’.

Walaupun adat seperti itu tidak lagi diamalkan pada masa kini, tetapi keturunan Alena masih lagi mewarisi semangat, kesungguhan, kegagahan dan keberanian untuk melawan sesuatu yang lebih besar daripada diri mereka sendiri.

'Warrior Spirit', Muzik Video Alena Murang Menang Anugerah Video Terbaik Antarabangsa Di Buenos Aires Kali Ini
Kredit gambar: Alena Murang

Melambangkan identiti dan budaya masyarakat di Borneo

Jika anda lihat video ‘Warrior Spirit’ arahan Sarah Lois Dorai ini, anda akan melihat pelbagai elemen menarik dan unik di dalamnya kerana ianya bukan sekadar video instrumental dan tarian semata-mata, video tersebut juga melambangkan identiti dan budaya masyarakat di Borneo.

Di samping itu, penghasilan video ini juga mengambil masa yang lama iaitu satu tahun bagi menentukan masa yang benar-benar sesuai dan selamat untuk menjalankan penggambaran selain mengatur semula jadual yang tergendala.

Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Alena Murang!

Lagi di sini kejayaan Alena Murang:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Cabul Anak Tiri Bawah Umur, Lelaki Dipenjara 15 Tahun Di Sarikei Sarawak
Next Article MASwings Tambah Penerbangan Dari Miri Ke Lawas Dan Limbang Mulai Hari Ini MASwings Tambah Penerbangan Dari Miri Ke Lawas Dan Limbang Mulai Hari Ini

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?