• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Cabul Pelancong Ketika Skuba Di Sabah, Pembantu Jurulatih Selam Dicekup Polis

Oleh
ILB - AI
9 Mei 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Cabul Pelancong Ketika Skuba Di Sabah, Pembantu Jurulatih Selam Dicekup Polis

Wanita itu mendakwa instructor itu mencabul dia ketika selam skuba

Cabul Pelancong Ketika Skuba Di Sabah, Pembantu Jurulatih Selam Dicekup Polis. Seorang pelancong dari China melaporkan kejadian pencabulan yang berlaku semasa sesi menyelam di Sabah.

Wanita itu mendakwa bahawa seorang pembantu jurulatih selam skuba telah mencium pipinya tanpa persetujuannya semasa mereka berada di dalam air.

Cabul Pelancong Ketika Skuba Di Sabah, Pembantu Jurulatih Selam Dicekup Polis

Berkongsi kejadian di akaun Douyin

Difahamkan, wanita terbabit berkongsi kejadian itu di akaun Douyinnya (serupa dengan TikTok) dan memfailkan laporan polis dengan harapan pihak berkuasa tempatan akan mengambil tindakan terhadap lelaki terbabit serta mengelakkan kejadian serupa daripada berlaku pada masa hadapan.

Menurut perkongsiannya, kejadian itu berlaku pada 5 Mei lalu dan selepas kembali ke pantai, pembantu jurulatih itu berulang kali mengajaknya keluar.

Kredit: FB 斗湖の那些事

Lelaki itu juga telah mencadangkan mereka meluangkan masa bersama pada malam terakhir wanita itu sebelum pulang ke China.

Beberapa tangkapan layar perbualan mereka turut dikongsi dan menunjukkan lelaki itu memaksa wanita itu untuk keluar bersamanya.

Ditahan polis susulan kejadian

Salah satu daripada chat menunjukkan lelaki itu memintanya berbohong tentang kejadian terbabit. Difahamkan, lelaki itu telah meminta wanita tersebut untuk mengatakan bahawa wanita itu yang mahukan ciuman terbabit tetapi wanita itu enggan.

Lelaki itu juga dilihat menerusi perbualan mereka untuk terus memujuknya bagi keluar bersamanya, malah menyewa kereta untuk mereka keluar bersama. Tetapi wanita itu dilihat menolak ajakan lelaki itu kerana ketakutan.

Susulan kejadian itu, lelaki terbabit dilaporkan telah ditahan polis pada 8 Mei lalu dan kes kini masih dalam siasatan.

Lagi di sini:

Gangguan Seksual Di Kuching, Lelaki Tinggalkan ‘Ciuman Bibir Tebal’ Di Cermin Kereta
‘Boleh Dipijak Ke?’ Ini Pendapat Netizen Berbangsa Iban Tentang Isu Pua Kumbu Dijadikan Permaidani
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Setelah Bask Bear, Kini Burger King Bakal Buka Cawangan Pertama Di Samarahan Setelah Bask Bear, Kini Burger King Bakal Buka Cawangan Pertama Di Samarahan
Next Article Hajat Ke Tandas Terbantut, Lelaki Di Miri Terkejut Temui Ular Tedung Hitam Bawah Singki Hajat Ke Tandas Terbantut, Lelaki Di Miri Terkejut Temui Ular Tedung Hitam Bawah Singki

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?