• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Gangguan Seksual Di Kuching, Lelaki Tinggalkan ‘Ciuman Bibir Tebal’ Di Cermin Kereta

Oleh
ILB - AI
8 Mei 2023
Kongsi
3 Min Bacaan

Gangguan seksual berlaku di jalan raya, Kuching dengan mencium di cermin kereta seorang wanita

Gangguan Seksual Di Kuching, Lelaki Tinggalkan ‘Ciuman Bibir Tebal’ Di Cermin Kereta. Baru-baru ini, tular satu video menunjukkan seorang lelaki membuat gangguan seksual terhadap seorang wanita yang sedang memandu di sebuah jalan raya di Kuching, Sarawak.

Kejadian dipercayai berlaku pada Ahad ketika mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah. Mangsa merakam rakaman viral itu selepas menyedari sebuah motosikal mengekorinya dengan mencurigakan.

Menurut sumber, difahamkan video tular tersebut dimuat naik semula di laman Facebook Kenny Alvin pada hari yang sama.

Gangguan Seksual Di Kuching, Lelaki Tinggalkan 'Ciuman Bibir Tebal' Di Cermin Kereta
Sumber: Facebook

Para wanita diminta berhati-hati

“Hati-hati semua, seorang wanita diganggu individu yang tidak dikenali pada petang tadi. kejadian berlaku di Kuching. Tempat terpaksa dirahsiakan demi keselamatan mangsa. Waktu siang pun berani buat kerja. Minta dijauhkan terkena pada adik perempuan aku,” ujar Kenny.

Menurut laporan, Kenny menyatakan dia tidak mengenali mangsa dan mendapatkan video itu melalui WhatsApp.

“Aku tak kenal mangsa tapi kesal dengan sikap lelaki itu. Bayangkan kalau permpuan itu panik, sudah tentu boleh menyebabkan kemalangan,” tulisnya lagi.

Gangguan Seksual Di Kuching, Lelaki Tinggalkan 'Ciuman Bibir Tebal' Di Cermin Kereta
Sumber: Facebook

Wanita itu menangis, meminta lelaki itu tidak mengganggunya

Video tersebut memaparkan suspek yang menunggang motosikal tanpa topi keledar dilihat mengekori kereta mangsa. Bahkan, turut kedengaran suara wanita merayu lelaki itu supaya tidak mengganggunya sambil menangis.

“Dari tadi dia menegekori saya. Tolong saya, ALLAHUAKBAR, tolong,”kata wanita tersebut di dalam video berdurasi 21 saat itu.

Apa yang lebih menakutkan lagi, lelaki itu bertindak mencium pipi depan kenderaan wanita tersebut sebelum melarikan diri dari tempat kejadian.

Gangguan Seksual Di Kuching, Lelaki Tinggalkan 'Ciuman Bibir Tebal' Di Cermin Kereta
Sumber: Facebook

Dalam perkembangan lain, pentadbir laman Facebook Sarawak Road Updates turut berkongsi rakaman itu tetapi menyatakan suspek menghidap penyakit mental.

“Adik kepada suspek bagitahu saya abangnya bertindak sedemikian kerana mengalami masalah mental.

“Tetapi bagi saya agak pelik kenapa orang kurang waras dibiarkan merayau dengan menunggang motosikal seperti itu,” tulisnya.

Diminta buat laporan polis

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengecam tindakan lelaki tidak senonoh itu serta berharap mangsa berkenaan membuat laporan polis kerana ini adalah perkara yang serius.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Bekas Miss Universe Sarawak Dedah Diganggu ‘Lebai Berjubah’ Siap Ajak Lepak Bilik Hotel
Guna FaceApp Tukar Wajah Ke Perempuan, Lelaki Ini Diganggu Seksual Dalam Media Sosial
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article 'Legend' Di Kota Samarahan, Anda Wajib Cuba Nasi Ayam Mak Entek Di Desa Ilmu ‘Legend’ Di Kota Samarahan, Anda Wajib Cuba Nasi Ayam Mak Entek Di Desa Ilmu
Next Article Setelah Bask Bear, Kini Burger King Bakal Buka Cawangan Pertama Di Samarahan Setelah Bask Bear, Kini Burger King Bakal Buka Cawangan Pertama Di Samarahan

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?