• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Makan

Cafe Hidden Gem, Dawn House Di Sarikei Ini Saji Menu Unik Gabungan Asia Dan Barat Buat Anda

Oleh
Husna Hazmi
11 Mac 2023
Kongsi
3 Min Bacaan

Dawn House adalah tempat makan muslim friendly di Sarikei.

Cafe Hidden Gem, Dawn House Di Sarikei Ini Saji Menu Unik Gabungan Asia Dan Barat Buat Anda. Sarikei merupakan salah satu bandar di Sarawak yang menawarkan pelbagai makanan menarik. Daripada makanan kegemaran lokal sehingga ke makanan fusion, semuanya anda boleh dapati di sini.

Salah satu tempat makan yang anda perlu cuba jika singgah ke Sarikei adalah Dawn House (pork free cafe) di Jalan Repok, Sarikei ini.

Cafe Hidden Gem, Dawn House Di Sarikei Ini Saji Menu Unik Gabungan Asia Dan Barat Buat Anda
Cafe Hidden Gem, Dawn House Di Sarikei Ini Saji Menu Unik Gabungan Asia Dan Barat Buat Anda. Sumber foto: FB Dawn House
Cafe Hidden Gem, Dawn House Di Sarikei Ini Saji Menu Unik Gabungan Asia Dan Barat Buat Anda
Sumber foto: FB Dawn House

Pelbagai menu untuk anda cuba

Menawarkan hidangan Asia dan Barat, anda boleh menikmati pelbagai jenis menu menarik yang ditawarkan di sini antaranya Japanese Curry with Crispy Chicken, Teriyaki Chicken, Potato Soup with Garlic Bread, Aglio Olio Pasta, Creamy Carbornara, Grilled Salmon Fillet, Avocado Egg Sandwich, Hot and Spicy Chicken, Kimchi Chicken Sandwich dan banyak lagi!

Selain daripada menu di atas, Dawn House ini juga menyediakan Poke Bowl di mana anda boleh memilih sendiri variasi Poke Bowl yang anda inginkan. dengan mengisi 5 step mudah iaitu pilih Base, Protein, Sides, Sauce dan Topping kesukaan anda!

Cafe Hidden Gem, Dawn House Di Sarikei Ini Saji Menu Unik Gabungan Asia Dan Barat Buat Anda
Sumber foto: FB Dawn House
Cafe Hidden Gem, Dawn House Di Sarikei Ini Saji Menu Unik Gabungan Asia Dan Barat Buat Anda
Sumber foto: FB Dawn House

Macam-macam jenis minuman menarik ditawarkan

Untuk menu minuman pula, di sini ada banyak jenis kopi, teh dan jus menarik! Antaranya adalah, Piccolo Coffee, Dirty Coffee, Oat Latte, Mocha, Cappucino, Matcha, Hojicha, Chocolate Mint, Honeydew Juice, Orrange Baby Juice, Avocado Juice, Earl Grey Tea, Peach GreenSenCha, GenMaiCha, Belgium Chocolate Frappe, Salted Caramel Frappe dan banyak lagi!

Cafe Hidden Gem, Dawn House Di Sarikei Ini Saji Menu Unik Gabungan Asia Dan Barat Buat Anda
Sumber foto: FB Dawn House
Cafe Hidden Gem, Dawn House Di Sarikei Ini Saji Menu Unik Gabungan Asia Dan Barat Buat Anda
Sumber foto: FB Dawn House

Suasana cafe selesa dan tenang

Memang meriah sangat menu di sini! Selain dari menu makanan serta minumannya yang pelbagai, Dawn House juga menawarkan harga yang berpatutan dan suasana selesa di dalam cafe mereka.

Oleh demikian, Dawn House ini menjadi port makan menarik dan paling best untuk lepak di Sarikei. Tunggu apa lagi, cepat bawa keluarga, rakan dan orang tersayang untuk makan di sini!

Lokasi: NO. 22 1ST FLOOR JALAN REPOK, Sarikei.

Waktu beroperasi: Isnin-Jumaat (11 pagi hingga 10 malam), Sabtu-Ahad (10 pagi higga 10 malam)

Lagi tempat makan menarik di Sarikei buat anda di sini:

Port Breakfast Legend Di Sarikei, Aik Seng Cafe Jadi Tempat Makan Kegemaran Penduduk Tempatan
Hing Chuong Cafe Di Sarikei Ini Menyediakan Laksa Sarawak Enak Kegemaran Penduduk Tempatan
SUMBER : FB Dawn House
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Port Wayang Terkenal Kini Terbiar, Bangunan Miramar Plaza Ini Jadi Persoalan Netizen Port Wayang Terkenal Kini Terbiar, Bangunan Miramar Plaza Ini Jadi Persoalan Netizen
Next Article Meski Sudah Mohon Maaf, Ahli Politik Belum Turunkan Video Sokong 'Abah' Guna Lagu Amir Jahari Di Tiktok Meski Sudah Mohon Maaf, Ahli Politik Belum Turunkan Video Sokong ‘Abah’ Guna Lagu Amir Jahari Di Tiktok

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?